Wednesday, June 17, 2015

BERMULANYA BULAN PUASA BULAN RAMADAN UNTUK TAHUN 2015


Alhamdulilllah.
Semalam bertarikh 16 Jun 2015 pada Hari Selasa telah diumumkan  oleh 
Dato' Sri Syed Danial Syed Ahmad sebagai Penyimpan Mohon Besar Raja - Raja 
bahawa tarikh berpuasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia adalah jatuh pada hari 
KHAMIS bertarikh 18 JUN 2015 
menandakan bermulanya bulan berpuasa bagi tahun 2015 / 1436H .


Kehadiran bulan Ramadhan semestinya merupakan bulan yang dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia kerana bulan ramadhan merupakan suatu bulan untuk mensucikan diri disamping ianya merupakan bulan untuk memperbaiki amalam kepada mereka yang mencari keberkatan dan rahmat dari amalan kepada Allah SWT.Kehadiran Bulan Ramadhan juga mengandungi malam lailatul qadar yang merupakan malam yang paling dinantikan oleh mereka yang mengejar amalan di sisi ALLAH.

Di sisi lain bulan Ramadhan merupakan bulan yang menyatukan seluruh manusia.Jika kita melihat konteks masyarakat majmuk yang perbagai kaum,bangsa dan agama di Malaysia,secara tidak langsung bulan ramdhan bukan sahaja merupakan bulan untuk umat islam kerana lazimnya dibulan ramadhan akan terdapat bazaar ramadhan di seluruh Malaysia yang merupakan tempat tumpuan orang ramai tidak mengira sesiapa pun berkumpul untuk mendapatkan juadah berbuka.Diwaktu berbuka pula untuk mereka yang menjalani ibadah puasa pula turut mengajak dan menjemput sahabat handai yang berlainan agama untuk bersama - sama menyertai sajian semasa berbuka puasa.Pengalaman saya sendiri turut memperlihatkan terdapat sesetengah rakan yang berlainan agama terutama yang tinggal serumah mengambil turut sama - sama untuk berpuasa.Samaada ingin merasai pengalaman berpuasa itu sendiri dan ada yang mengambil ruang di bulan puasa untuk sama - sama berpuasa untuk kesihatan diri.

Kepada yang beragama Islam dan menjalani ibadah puasa semestinya bulan ramadhan juga merupakan bulan dihayati sebagai bulan merenungi diri dan merfleksi diri.Bulan untuk menilai setakat mana ibadah dan kekuatan iman dan akidah serta tauhid kita kepada Allah SWT.

Semoga Dibulan Ramadhan tahun merupakan bulan yang lebih baik untuk kita mendekatkan diri kepada urusan akhirat dan ibadah kita kepada Allah swt.Semoga Bulan Ramdhan ini menumpahkan hidayah kedalam jiwa kita supaya menjadikan kita orang - orang yang rajin beramal ke jalan Allah demi mencapai kemuliaan di Akhirat.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf terutama kepada kedua ibu bapa saya serta ahli keluarga dan saudara saya.Juga kepada mereka yang mengenali saya dan saya kenali.

SEMOGA DALAM RAHMAT DAN BERKAT ALLAH SELALU.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUSA SEMUA.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com




No comments: