Tuesday, June 23, 2015

KENALI JENIS - JENIS BUAH - BUAH DURIAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA


BUAH DURIAN merupakan buahan yang tidak asing lagi di Malaysia tidak mengira di mana jua kita berada.Durian yang juga dikenali dengan nama RAJA BUAH merupakan buah yang menjadi pilihan masyarakat tidak mengira waktu.Kerana permintaan terhadap durian yang sangat tinggi,bukanlah perkara yang asing apabila buahan ini juak dengan harga yang mencecah puluhan ringgit.

Bagi penggemar yang suka memakan buah ini,harga bukanlah menjadi masalah nya,yang sering di ambil kira semasa membeli buah ini adalah jenis durian tersebut.Terdapat pelbagai jenis buah durian dari pelbagai baka yang dijual di seluruh negara.dan setiap jenis buah durian ini mempunyai rasanya yang berbeza - beza dan tersendiri.Tidak hairan juga sekiranya kita singgah digerai - gerai jualan buah durian kita akan mendapati harga buah durian ini adalah berbeza - beza.

Apa yang penting adalah dengan belajar mengenali jenis - jenis durian ini kita juga dapat mengelak dari penipuan penjual yang tidak bertanggungjawab.Selain itu ianya memudahkan kita memilih jenis durian yang diingini .

Suatu fakta menarik tentang buah durian.Masyaratkat di negara barat menganggap durian adalah buah yang mengeluarkan bau yang busuk sehingga mendapat jolokan "THE MOST STINKING FRUIT IN THE WORLD ".Setiap tahun terdapat pertandingan - pertandingan serta pesta makan di adakan seluruh negara sempenan menyambut musim buah durian.













TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ARTIKEL INI

AZLAN RUMADI
www.azlanrumad.blogspot.com




No comments: