Tuesday, June 23, 2015

SEORANG SULTAN MENITAHKAN PERDANA MENTERI,DATO' SERI NAJIB MELETAK JAWATAN


Berita mengenai seorang Sultan yang mengutuskan surat kepada perdana menteri Malaysia menjadi semakin viral di laman media sosial.Antara isi kandungan dalam surat itu menyatakan titah Sultan tersebut supaya Perdana Menteri Malaysia,dato Seri Najib Tun Razak meletak jawatan serta merta.

Tetapi Siapakah Sultan yang dimaksudkan itu ?


Jika masih ingat suatu ketika dahulu pernah kecoh dan viral di laman sosial mengenai pemansuhan pinjaman PTPTN atas titah Sultan Kerajaan Langkasuka.Ekoran kejadian itu menjadi bahan gelak dan tersebar dengan luas di seluruh laman media sosial.

Kali ini pihak yang sama telah melakukan perkara yang sama dengan mengarahkan Perdana Menteri Malaysia,Dato Seti Najib untuk meletakkan jawatan serta merta atas alasan - alasan yang tidak munasabah.

Surat yang lengkap dengan Head Letter itu di utuskan kepada Perdana Menteri bertarikh 17 Mei 2015.

Antara isi kandungan surat itu adalah seperti berikut "

TITAH MENGISTIHARKAN SECARA RASMI PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DENGAN SERTA MERTA.

Beta selaku Raja utusan Allah Akhiruzaman dan raja agung malaysia yang sebenar, menitahkan Dato’Sri Najib Tun Abdul Razak selaku perdana menteri malaysia ini untuk mengisytiharkan secara resmi kepada umuM peletakan jawatan Dato’ sri sebagai perdana menteri malaysia serta merta.

Titah ini di buat berdasarkan telah tamatnya PERJANJIAN ‘TREATY’ yang di tanda tangani oleh president amerika syarikat.Mr.barack Obama ketika kunjungan beliau ke malaysia pada 26-28 april 2014 yang lalu.dengan itu pemerintahan NWO telahpun beralih kepada KERAJAAN EMPAYAR LANGKASUKA NUSATARA (KELN) dengan resmi dan malaysia adalah sebagian dari Empayar KELN.tapak pemerintahan daulah islamiah kali ke II Akhir zaman.

Dengan ini tidak perlu dato sri menangguhkan pengisytiharan peletakan jawatan tersebut.titah ini bertujuan memudahkan tertegaknya pemerintahan daulah islamiah kali ke II berlandaskan AL QURAN & SUNNAH SAW dengan jayanya dan penyelesaian permasalahan hukum HUDUD yang menjadi isu sekarang.
Kepada pemangku beta nenda tuanku abdul halim mu’adzam shah ibni ALMarhum Sultan Badlishah,sultan kedah merangkap YPD angong malaysia betan memerintahkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya keatas warkah terbuka ini.


Gambar di bawah merupakan imej lengkap surat yang diutuskan kepadap Perdana Menteri baru - baru ini.


Masih menjadi persoalan kepada pihak seluruh Malaysia.Siapa mereka sebenarnya ? apakah motih mereka bertindak sedemikian? dan pelbagai lagi persoalan yang lain.

Kita sama - sama nantikan jawapan kepada persoalan ini.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ARTIKEL INI

AZLAN RUMADI
 www.azlanrumadi.blogspot.com




No comments: