Satu eksperimen telah oleh seorang petani di Thailand telah menemui cara terbaru untuk memudahkan buah pisang dituai dengan mudah berbanding dengan cara yang semulajadi di mana buah pisang berada ditempat yang tinggi untuk dituai.Kaedah ini dibuat dengan membuat tunas ditengah batang pohon pisang untuk memudahkan jantung pisang terhasil dari bahagian pokok seterusnya menghasilkan buah pisang
Tunas pisang itu mengeluarkan jantung dalam masa 2 bulan.Hasil dari kaedah ini pekebun tanaman pisang tidak lagi perlu menghadapi kesukaran menuai buah di kedudukan yang tinggi.Malah dikatakan kualiti pisang yang terhasil dari jantung pisang yang ditunaskan adalah sama dengan kaedah biasa atau semulajadi.Ini bermakna kaedah tunas ini tidak menjejaskan kualiti pisang yang dihasilkan.
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ARTIKEL INI
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment