Wednesday, May 06, 2015

11 FESTIVAL PERAYAAN YANG PALING MERIAH DAN TERKENAL DI SELURUH DUNIA

Yi Peng Lantern Festival, Chiang Mai, Thailand

  Festival atau perayaan merupakan sesuatu yang dilakukan oleh manusia seawal - awal ketemadunan manusia.Terdapat banyak perayaan yang diraikan seluruh dunia.Sebahagian perayaan diraikan sebagai sebahagian cara untuk menjalinkan diri kepada ibadah kepada Tuhan dan sebahagian lainnya diraikan dan dijalankan untuk perkara yang lain seperti keseronokan dan kegembiraan untuk menyatukan semua masyarakat tidak mengira agama,kaum,kasta dan perbezaan.Semua orang boleh berkongsi kegembiraan dalam meraya dan meraikan  sesuatu.

 Terdapat banyak perayaan atau festival di dunia ini yang popular dan menjadi tumpuan penduduk seluruh dunia pada masa kini antaranya ialah.

Yi Peng Lantern Festival, Chiang Mai, Thailand

Yi Peng Lantern Festival disambut di seluruh Thailand, di mana orang ramai akan melepaskan bekas  ke dalam air sambil berhajat dengan berdoa supaya hajatmereka dikabulkan. Walau bagaimanapun, dalam Chiang Mai, orang melakukan perayaan dengan cara yang berbeza. Daripada melepaskan bekas ke dalam air, orang ramai juga akan melepaskan tanglung yang dinyalakan ke langit sambil berhajat.

Electric Forest Music Festival, Michigan

Electric Forest Music Festival, yang diadakan pada bulan Jun setiap tahun di Amerika Syarikat  merupakan satu acara empat hari dengan memberi tumpuan kepada persembahan band - band nyanyian dan persembahan elektronik. Persekitaran lampu menarik di sekeliling kawasan dan pertunjukan cahaya laser yang menarik perhatian mamberikan pengalaman yang mempesonakan lagi menarik. Sebahagian hasil dari festival ini akan didermakan kepada bandar yang berdekatan.

Carnival, Rio de Janeiro, Brazil

Carnical Rio de Janeiro dianggap karnival terbesar di dunia dengan dua juta orang meraikan festival ini dengan memenuhi jalan-jalan utama di ibu kota negara Brazil. Ia dipenuhi dengan perarakan gergasi, muzik samba dan kostum berwarna-warni sepanjang jalan dan perarakan diadakan.

 

 Kanamara Matsuri, Japan

 Festival Kanamara Matsuri adalah perayaan kesuburan di negara Jepun. Pada perarakan dihari perayaan itu, orang ramai mengadakana perarakan dengan arca zakar besar yang berbentuk  Mikoshi di jalan-jalan,Peserta perarakan akan mengambil gambar bersama dengan arca yang berbentuk zakar tersebut dan membeli cenderamata berbentuk zakar serta sesetengahnya mengadakan upacara menghisap zakar.Pelik kan ?

Winter Light Festival, Japan

 Apabila kedatangan musim sejuk, Taman Botani Nabana No Sato di Pulau Nagashima di Jepun akan berubah menjadi sebuah pertunjukan cahaya jalanan sangat dan mempesonakan.Gambar menunjukkan sebanyak 7 juta LED dipasang disepanjang jalan yang menghiasi kawasan sekitarnya. Taman ini juga merupakan salah satu pertunjukan cahaya di musim sejuk yang terhebat di Negara Jepun. Festical ini  berlangsung dari pertengahan November hingga pertengahan Mac.


Agitagueda Art Festival, Agueda, Portugal

 Agitagueda adalah festival seni yang terdiri daripada kraf, acara kebudayaan, pertunjukan dan konsert. Ia berlaku di Agueda dan berlangsung dari 6 Julai - 28 Julai. Semasa perayaan ini, orang ramai akan menggantungkan payung yang berwarna cerah di jalan-jalan seluruh bandar bandar

La Tomatina, Bunol, Spain

La Tomatina adalah  pesta makanan yang berlaku pada bulan Ogos setiap tahun di Bunol, Sepanyol. Dalam perayaan ini, orang ramai akan membuang buah tomato dan berlangsung perang tomato dengan membaling buah tomato sesama diri.Tomato untuk Festical Tomatina  datang dari Extremadura, di mana harganya dalah kurang mahal berbanding tempat lain.


Tomorrowland, Boom, Belgium

 Tomorrowland adalah festival muzik terbesar elektronik yang berlaku di Boom, Belgium. Setiap tahun dianggarkan 100,000 orang berduyun-duyun ke Belgium untuk berhibur sepuas - puasnya di festival ini dari siang hingga ke malam.


Songkran Water Festival, Thailand

 Festival Songkran ialah hari tradisional pada Tahun Baru Thailand. Perayaan ini juga dikenali sebagai Pesta Air Thailand atau Tahun Baru Thai.Sepanjang Festical ini akan dapat dilihat orang ramai akan menyimbah air atau membaling air sesama sendiri. Orang ramai akan berkumpul disepanjang jalan dengan pelbagai peralatan terutamanya pistol air dan baldi atau sebarang bentuk bekas air untuk membasahkan semua orang termasuk pelancong.


Wanderlust Yoga Festival, Hawaii

Festival Wanderlust adalah sambutan kesihatan selama empat hari kes terdapat pelbagai acara seperti muzik, yoga dan penghayatan alam semulajadi sepanjang festical. Pesta ini diadakand dengan bersama-sama beribu-ribu orang dari pelbagai latar belakang untuk mengalami transformasi dan berkongsikan pengalaman kesihatan dan perkongsian pengalaman.Festival Wanderlust memberikan orang ramai peluang untuk mengikuti semangat pengembaraan dalam persekitaran luaran yang menakjubkan sambil menikmati kebebasan muzik secara langsung dan untuk membawa amalan yoga mereka ke tahap yang baru.

Ultra Music Festival, Miami, United States

Ultra Music Festival adalah festival muzik elektronik yang diadakan pada bulan Mac di Miami, Amerika Syarikat. Ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Alex Omes dan Russell Faibisch, festival itu dinamakan selepas album Depeche Mod ini 1997. Orang-orang dari seluruh pelusuk dunia akan berkumpul di Miami untuk mendengar muzik dari DJ yang terbaik di dunia.

No comments: