Tuesday, July 19, 2022

8 TIPS UNTUK HIDUP YANG TENANG #COPYPASTE

 


8 TIPS UNTUK HIDUP YANG TENANG #COPYPASTE

1. Berdamai dengan masa silam.

Usah biarkan dendam dan kesilapan lama menghantui kehidupan sekarang. Maafkan sesiapa sahaja yang pernah kita dendam, lupakan kesilapan lama dan betulkan kehidupan sekarang.

2. Usah pedulikan apa orang kata.

Terlalu ambil peduli setiap kata-kata orang hanya membuat kita tersekat. Selagi kita rasa betul, benar, dan itulah yang terbaik, jalan terus. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.

3. Masa ‘menyembuhkan’ hampir semua perkara.

Terluka,kecewa,sakit,dendam,marah, dan apa jua rintangan akan hilang bersama masa. Beri masa kepada diri sendiri untuk biarkan semuanya sembuh sendiri.

4. Tiada orang layak menentukan cara kita untuk bahagia.

Kita tentukan kebahagiaan kita. Kita nikmati kehidupan dengan cara kita sendiri. Jangan biarkan orang lain tentukan bagaimana kita hendak hidup dengan gembira dan bahagia.

5. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.

Setiap kita berbeza. Ada yang merasa bahagia dengan ada keluarga disisi, ada yang bahagia dengan punya timbunan harta, ada yang merasa bahagia hanya dengan secawan kopi ditemani sahabat yang dikasihi.

6. Jangan menghakimi orang lain.

Kita tidak layak nak ‘judge’ kehidupan orang lain. Kita tidak berada dalam situasi mereka dan kita tidak tahu pun bagaimana perjalanan hidup mereka. Berhenti menghakimi kehidupan orang lain.

7. Jangan terlalu fikirkan sesuatu dengan mendalam.

Adakalanya, baik kita tidak tahu apa jawapannya. Tidak semua benda kita perlu ambil tahu. Overthinking juga menyekat diri kita untuk terus mencuba sesuatu yang baru dan menyebabkan kita tidak berani mengambil risiko untuk sesuatu yang mungkin memberi kejayaan pada kita.

8. Senyumlah selalu.

Kita tidak memikul semua masalah yang ada di dunia ini, maka senyum saja. Apa yang kita rasa sukar, mungkin cebisan masalah kecil pada orang lain.


Kredit : Al Amin

#Copypaste

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: