Wednesday, July 06, 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016 | 1437H


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016 | 1437H

Assalamaualaikum Wbt,

Alhamdulillah...pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana diberikan kudrat dan kekuatan untuk menyempurnakan ibadah puasa 30 hari di bulan Ramadhan yang dimuliakan.

Hari ini 6 Julai 2016 bersamaan 1 Syawal 1437H seluruh umat Islam meraikan hari kemenangan dan hari kemuliaan di Hari Raya Aidilfitri.Saya dengan ini juga ingin mengucapkan selamat merayakan Aidilfitri Walfai'zin kepada semua pembaca dan rakan - rakan blogger yang hari ini bersama - sama merayakan hari yang berbahagia ini.

Pada kesempatan ini juga saya sebagai seoarang hamba Allah dan manusia yang penuh kekurangan memohon kemaafan dan keampunan atas segala kekurangan diri saya selama ini.Saya juga ingin memohon maaf untuk seandai ada kesilapan dan kesalahan mahupun dari lisan kata dan juga perlakuan saya selama ini.Ampun dan maaf dunia akhirat dari zahir dan batin saya sepanjang perhubungan sesama manusia tidak mengira sesiapa sahaja termasuk kepada raka - rakan dan kenalan yang bukan beragama Islam.

Selain itu juga saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan sesiapa pun dari kalangan kita untuk tidak melupakan mereka yang tidak berdaya termasuk fakir miskin, mereka yang berjuang menjaga keselamatan negara,mereka yang sedang sakit,mereka yang sedang dalam pergolakan perang terutama kepada saudara sesama manusia kita di Tebing Barat dan di mana sahaja.Mereka yang sedang dalam perjalanan menyebarkan kebaikan.

Seterusnya kepada Kedua ibu bapa,Saudara mara,rakan taulan dan juga sahabat handai.

Semoga Allah menjadikan kita golongan yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Semoga Allah memberikan kita sebaik petunjuk dan hidayah dengan Kemahasucian dan KeagunganNya.
Semoga Allah merahamati dan memberkati selalu.
Semoga Allah memberikan ketenangan dan kekuatan kepada kita semua.
Semoga Allah memberikan keamanan kepada mereka yang sedangan dilanda kelana dan derita.
Semoga Allah merapatkan Saf dan silaturrahimkita sesama Islam,sesama manusia.
Semoga Allah menyempurnakan ibadah kita semua.
Semoga Allah memenuhi segenap zahir dan batin kita dengan kemuliaan sifat dan kebaikan untuk semua.

Amin ya Rabbal Alamin.


Akhir kalam,

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DARI
BLOGGER AZLAN RUMADI.

_____________________________________



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: