Friday, July 01, 2016

HELENE HAVARD MENGAMBIL FOTO PERKAHWINAN INI MENGGUNAKAN "DRONE ". MENAKJUBKAN !


HELENE HAVARD MENGAMBIL FOTO PERKAHWINAN INI MENGGUNAKAN "DRONE ". MENAKJUBKAN !

Setiap jurugambar atau cameraman mempunyai identiti tertentu dalam menghasilkan gambar - gambar yang menarik dan pada masa yang sama untuk mempersembahkan hasil yang sangat cantik untuk kepuasan pelanggan yang telah menempah dan mengeluarkan sebahagian duit untuk menempah perkhidmatan mereka.Selain itu,Jurukamera ini mempunyai identiti yang unik dan tersendiri sebagai "Trademark" hasil tersebut untuk membuat hasil hebat yang tersendiri.

Terdapat pelbagai pendekatan yag digunakan dan tidak kurang juga teknologi dan peralatan yang terlibat dalam menghasilkan sesebuah foto.

Helene Havard  merupakan seorang photographer yang mempunyai hasil yang unik dan tersendiri.Beliau telah memuatnaik beberapa gambar perkahwinan yang diambil menggunakan "drone" kawalan jauh yang memaparkan kecantikan lanskap dan latar belakang alam semulajadi yang sangat cantik.Ternyata gambar yang dihasilkan amat menakjubkan.

Sepanjang penghasilan gambar - gambar perkahwinan  tersebut Helene memilih beberapa lokasi yang strategik seperti di kawasan laut dan beberapa kawasan yang tertentu bagi menghidupkan suasana dalam foto yang diinginkan bagi mendapatkan hasil yang terbaik.Selain itu juga beliau mengambil kira sudut pandang dan juga ruang dalam foto yang akan diambil bagi memberikan pelanggan foto kenangan perkahwinan yang paling cantik.

Berikut adalah foto - foto Perkahwinan yang beliau hasilkan dan diambil menggunakan "Drone" kawalan jauh,
















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: