TIPS MENGISI 330 MINIT WUKUF DI ARAFAH:
*Perkongsian daripada jemaah*
• 30 minit pertama: khutbah Arafah, solat
• 30 minit ke-2: doa utk diri sendiri
• 30 minit ke-3: utk kedua ibu bapa
• 30 minit ke-4: utk pasangan suami/istri
• 30-60 minit seterusnya: utk anak-anak setiap seorang
Baki jam seterusnya: doa yg dikirim ahli keluarga/sahabat, hajat keperluan dunia akhirat
PENGISIAN DOA SEPANJANG 330 MINIT WUKUF DI ARAFAH:
Bahagian 1 : Pengampunan Dosa
1. Mohon ampun ke atas dosa² diri sendiri
2. Mohon ampun ke atas dosa ibu bapa
3. Mohon ampun ke atas dosa pasangan
4. Mohon ampun ke atas dosa anak²
5. Mohon ampun ke atas dosa keluarga (sanak saudara, adik beradik)
6. Mohon ampun ke atas dosa guru²/ustaz/ustazah
7. Mohon ampun ke atas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia)
Bahagian 2 – Keperluan Masa Kehidupan
1. Dianugerahkan rezeki halal, mudah diperolehi dan terlindung dari yg haram
2. Diberi ketenangan (sakinah) dan kebahagiaan dalam keluarga & rumahtangga
3. Mohon anak² diperlihara dan dibimbing oleh Allah dalam kehidupan
4. Mohon rezeki diberkati
5. Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit
6. Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk ditanggung
7. Mohon anak² saling berkasih sayang, bersatu hati & tidak berpecah belah
8. Mohon orang lain kasih kepada keluarga dan diri kita kerana Allah
9. Mohon kejiranan yg baik, sentiasa nasihat menasihati, bantu membantu, saling bersatu hati dalam ketaatan & berpesan dengan kebaikan
10. Dijauhkan dari orang lain dengki khianat, iri hati, cemburu kepada kita
Bahagian 3 – Urusan Ketika Kematian
1. Mohon diakhiri kehidupan dalam kesudahan yg baik (husnul khatimah)
2. Mohon dijauhkan dari fitnah dunia dan akhirat atas kehidupan yg bakal ditinggalkan
3. Mohon dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah”
4. Minta mati sedang dalam beribadah & ketaatan kepada Allah, bukan sebaliknya
Bahagian 4 – Alam Barzakh
1. Jadikan alam kubur nanti seperti taman² syurga
2. Jangan dijadikan alam kubur dari lubang² api neraka
3. Sesungguhnya kubur itu gelap (maka terangilah kubur)
4. Sesungguhnya kubur itu sempit (maka luaskanlah kubur)
5. Mohon dilapangkan kubur sejauh mata memandang
6. Mohon direzekikan di dalam kubur nanti bertemankan syafaat al-Quran dan amal soleh
Bahagian 5 – Ketika di Padang Mahsyar
1. Mohon keselamatan daripada huru-hara di padang mahsyar
2. Mohon agar memperoleh syafaat Baginda Nabi Muhammad ﷺ dengan izinNya
3. Mohon agar mendapat perlindungan di bawah naunganNya
4. Mohon keselamatan dari kesusahan & azab seksa di padang mahsyar
5. Mohon agar diberikan suratan amal dari tangan kanan, dipadamkan catatan² dosa di dalam kitab amal
7. Mohon perlindungan dari tersingkap dosa² yg lalu ketika tayangan amalan di akhirat
8. Tutup dan dilindungi segala aib, dosa dan kesalahan lalu
9. Mohon diberatkan timbangan amalan kebaikan
10. Mohon agar tergolong di kalangan mereka yg masuk syurga tanpa hisab
11. Mohon dapat menikmati air dari telaga Nabi ﷺ, tanda diterima sebagai umat baginda
Bahagian 6 – Lintasan Titian Sirat
1. Mohon dipermudahkan melintasi titian sirat
2. Terhindar dari terjatuh ke dalam lubang neraka ketika melintasinya
3. Mohon dipercepatkan melintas titian sirat sepantasnya
4. Permudahkan perhitungan sesama mukmin atas segala ketidakpuasan hati sesama kami, pada titian terakhir sebelum kami semua diizinkan memasuki syurga
Bahagian 7 – Masuk Syurga Allah
1. Mohon agar diredhai dengan syurga, serta dijauhkan dari neraka
2. Mohon agar dikurniakan syurga firdaus yg tertinggi
2. Dianugerahkan dapat berdamping dengan Nabi Muhammad ﷺ
3. Mohon dapat dihimpunkan bersama seluruh ahli keluarga yg tercinta & insan² tersayang
5. Mohon kurniaan dapat memandang WajahMu yg Agung, sebagai sebesar² nikmat buat penghuni syurga.
Allahumma aamiin.
No comments:
Post a Comment