Tuesday, December 09, 2014

#3 THROWBACK - SUATU MUSIM SALJU DI SPRING SHOPPING MALL,KUCHING SARAWAK


KE KOREA KE KITA ? EHEM.


SUATU MUSIM SALJU DI SPRING SHOPPING MALL,KUCHING SARAWAK .  

Saya nak buang balik satu foto menarik yang saya ingin kongsikan kepada anda semasa saya berjalan di The Spring Shopping Mall Kuching,Sarawak suatu ketika dulu.ramai yang tertanya tanya... kat mana lokasi saya bergambar? malah ada rakan yang ingat saya sedang bercuti di Korea.Hahaha...Sebenarnya gambar ni di ambil Malaysia je...

THE SPRING SHOPPING MALL,KUCHING SARAWAK.

Salah satu yang saya paling tertarik dengan Shopping Mall ni setiap kali perayaan The Spring merupakan antara shopping mall yang paling meriah dengan meghiasi segenap ruang dalam shopping mall mengikut tema perayaan yang sedang diraikan.Mereka menterjemahkan Tema perayaan dengan cara yang amat unik dan paling meriah berbanding Shopping Mall lain.Oleh sebab itu,setiap kali musim perayaan saya suka untuk berkunjung ke The Spring Shopping Mall ,Kuching Sarawak untuk menyaksikan tema yang mereka reka dan sediakan untuk pengujung mereka.Malah ianya memberikan satu suasana dan perasaan yang teruja semasa musim perayaan.


Gambar ini saya ambil semasa Musim Perayaan Krismas pada tahun lepas di mana Shopping Mall membuat perhiasan yang seakan - akan musim salji dengan membuat bentuk rekaan tema yang sangat menarik.Secara tidak langsung ianya menterjemahkan penghargaan kepada pelanggan dan pengunjung - pengunjung mereka di The Spring Shopping Megamall,Kuching,Sarawak.

Saya berharap akan ada ramai lagi pihak pengurusan Shopping Mall yang lain terutama di Kuching,Sarawak mengikuti usaha yang dijalankan oleh The Spring Shopping Mall sebagai menyertai kemeriahan musim - musim perayaan dan penghargaan kepada pelanggan yang memgunjungi Pusat membeli belah.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com





No comments: