Thursday, November 09, 2017

TETAPKANLAH AKU PADA DIRIKU

Seindah ciptaan dan perbuatan manusia pasti ada yang perlu dibayar melainkan demi Allah swt semata-mata diserahkan segalanya. Oleh kerana itu,aku lebih memilih untuk menikmati indah dan sempurna semulajadinya kemahaluasan ciptaan Allah SWT, Tuhan sekalian alam yang mendamai dan menenangkan ketika duniawi dan manusia begitu keras dan sangat menyesakkan. Kerana Tuhan juga Maha mengetahui jiwa yang banyak luka berdarah akan kembali mencari jalan kepada Tuhannya ketika hidup dan matinya. Itu hakikat dan hanya disisi Tuhan sebaik keadilan dan ketenangan yang dicari. Kusyukuri saat ini masih berjalan dan bernafas lagi. Alhamdulillah.

Tetapkanlah aku pada diriku sendiri.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: