14 April 2015

MAJLIS PERKAHWINAN DIRAJA ANAK SULTAN BRUNEI YANG BERLANGSUNG MEWAH.


Semalam berlangsung Majlis Perkahwinan Diraja Putera Sultan Brunei,Sultan Hasanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Abdul Malik dan Dayangku Raabiatul Adawiyah binti Pengiran Haji Bolkiah.Majlis Perkahwinan Diraja ini dihiasi dengan kemewahan dan penuh gemilang.Majlis berlangsung di Istana Nurul Iman yang terletak di Bandar Seri Begawan.


Majlis meraikan Perkahwinan Kedua pasangan Diraja ini berlangsung selama tujuh hari dan tujuh malam dan penuh gemilang.

Perhiasan emas dan permata yang penuh kemewahan menghiasi Majlis Perkahwinan Diraja ini.

Majlis Ijab Kabul Pasangan Diraja Pangiran Muda Abdul Malik yang bersusia 31 tahun dengan pasangannya Dayangku Raabi’atul Pengiran Haji Bolkiah yang berusia 22 tahun diadakan di hadapan  tetamu terhormat yang terdiri dari Kerabat dan diraja dan jemputan Khas.

Mernurut laporan dari Maily Post,turut menghadiri Majlis tersebut adalah Sultan - sultan dari Malaysia dan Gabenor dari Arab Saudi.

Putera Abdul Malik merupakan putera yang keenam Baginda Sultan Hasanal Bolkiah dengan Isteri baginda iaitu Pengiran Anak Hajah Saleh.





Kasut jenama mewah Christian Laboutin yang bertatah permata dengan gelang kaki yangdiperbuat dari emas tulen antara aksesori perhiasan yang menghiasi Dayangku Raabi’atul semasa majlis tersebut.



Kedua Pasangan Diraja ini diraikan dengan penuh adat istiadat dan penuh meriah.Kedua Pasangan Diraja ini dihiasi dengan Pakaian yang berwarna emas yang dihiasi dengan permata indah.Dayangku Raabi’atul turut dihiasi dengan kilauan permata dan yang paling menarik apabila Dayangku Raabi’atul membawa sejambak bunga yang digubah daripada Berlian tulen.

Pelamin yang direka secara esklusif dengan menggunakan emas turut menghiasi majlis perkahwinan Diraja  ini yangsemestinya menarik perhatian segenap dimensi terutama ianya adalah merupakan perkahwinan Diraja Putera kepada Sultan Brunei yang merupakan antara Individu yang terkaya di dunia.
 








CREDIT TO :


08 April 2015

SEKARANG DAH TAK JUMPA LAGI BEKAS LUCKY STRIKES CIGARETTE NI

Sekali sekala pasti ada yang tersenyum sorang melihat gambar tin rokok yang sudah lama tidak dilihat lagi terutama mereka yang hidup pada tahun 60 an 70 an dan ke atas.Apa yang unik dan menariknya rokok tersebut ialah pembungkusan nya yang menggunakan tin pada masa itu berbanding rokok pada masa sekarang yang banyak menggunakan kotak.Lagipun rokok pada ketika itu jauh lebih murah berbanding zaman sekarang ni kan.Mungkin ramai yang masih menyimpan kotak - kotak rokok yang lama ini sebagai kenangan.



Beginilah kotak rokok lucky strikes pada suatu ketika dulu diawal - awal pengeluaran menggunakan kotak.Rokok lucky strikes merupakan antara rokok yang diminati ramai ketika itu berbanding rokok lain.



Ada rokok pasti ada mancisnya.Tak sama dengan zaman sekarang ini yang meggunakan pemetik api atau lighter pada sebutan ramainya.Pada zaman dulu perokok selalunya menggunakan mancis untuk menyalakan rokok.Mungkin jarang sudah kita menemui mereka yang masih menggunakan mancis seperti ini.



BAGAIMANA SMARTPHONE ANDA BOLEH MENJADI PROJEKTOR YANG SANGAT BERGUNA



 



Selama ini kita hanya beranggapan bahawa smartphone hanyalah untuk membuat dan menerima panggilan,menghantar dan menerima SMS,Selfie dan menggunakan pelbagai laman sosial dengan internet.Tetapi tidak ramai yang boleh memikirkan kegunaan smartphone untuk kegunaan yang selainnya.

Selain dari kegunaan yang saya perkatakan di atas,Smartphone juga boleh dijadikan projektor seperti TV flatscreen anda dirumah denngan menggunakan kos yang sangat jimat dan murah.Cuma gunakan sedikit daya kreativiti anda maka anda mampu memiliki projektor dari smartphone anda .

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara bagaimana menjadikan smartphone anda sebuah projektor.


06 April 2015

GAMBAR TERAKHIR ALLAHYARHAM TAN SRI JAMALUDDIN JARJIS SEBELUM NAHAS


Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dikatakan terkorban semasa dalam perjalanan balik dari Kuantan ke Subang selepas menghadiri Majlis Perkahwinan anak Perdana Menteri,Dato Sri Najib di Pahang.

Semasa dalam Majlis tersebut beliau sempat mengambil gambar bersama rakan - rakan seperjawatan sepanjang Majlis berlangsung menjadikan ianya adalah gambar kenangan terakhir beliau semasa hidup.

Kepada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.



VIP TERKORBAN DALAM NAHAS HELIKOPTER TERHEMBAS DAN GAMBAR SEPANJANG KEJADIAN



APRIL 2015 menyaksikan satu lagi tragedi menyayat hati melibatkan helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) yang membawa enam orang termasuk Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, terhempas di kawasan kebun getah  pada 4.55 petang di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih.

Panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.57 petang merujuk kepada Jurucakap Balai Bomba Dan Penyelamat Kajang.Beliau menyatakan tiga pasukan dari Bomba dan Penyelamat dari Kajang,Bangi dan Semenyih di arah ke tempata kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian.

Menurut sumber dari kejadian,Mengatakan bahawa helikopter tersebut dalam perjalan dari Kuantan ke Subang.

Saksi ditempat kejadian mengatakan bahawa semasa nahas berlaku helikopter tersebut telah meletup diudara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah.

Berikutan kejadian nahas helikopter ini satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat punca nahas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, pasukan itu akan menyiasat dengan menyeluruh termasuk mengambil semua bukti di lokasi nahas itu di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru.
"Pasukan khas ini akan membuat tinjauan di lokasi kejadian termasuk mengambil rakaman kokpit dalam helikopter untuk siasatan lanjut,"

Semua enam mayat mangsa nahas itu sudah ditemui pasukan mencari dan menyelamat melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam beberapa jam selepas insiden itu

semua enam mayat mangsa nahas itu akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan pengecaman identiti

Seterusnya kami kongsikan beberapa gambar sepanjang kejadian nahas dan semasa menunggu ketibaan jenazah mangsa nahas

Kita sedekahkan ALfatihah kepada mangsa - mangsa nahas bagi yang beragama Islam dan bertafakur kepada yang bukan beragama Islam.







Perdana Menteri,Dato Seri Najib sedang mendengar taklimat dan mengadakan sidang Akhbar ringkas berkenaan dengan nahas.






















01 April 2015

SEORANG GADIS CANTIK DAN TEMAN LELAKINYA MERANCANG UNTUK MEMBUNUH DIRI DENGAN MENELAN PILL TIDUR - SAKSIKAN APA YANG BERLAKU KEESOKANNYA.



Di tengah hutan tebal,berdekatan dengan unggun api,pasangan kekasih ini merancang untuk membunuh diri dengan menelan sejumlah pil tidur dengan banyak.

saksikan kesudahan kisah yang menyeramkan ini.


CARA MUDAH UNTUK MEMBUAT AIR DETOX UNTUK KESIHATAN HARIAN


CARA MUDAH UNTUK MEMBUAT AIR DETOX UNTUK KESIHATAN HARIAN

AIR DETOX sekarang menjadi sesuatu yang popular sebagai salah satu cara mencantikkan kulit.Penjagaan kesihatan dan kecantikan dengan mengamalkan meminum air detox bukan sahaja membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh badan, malah mampu memberikan maanfaat lain seperti mencantikkan kulit dan amat berkesan dalam menurunkan berat badan bagi yang mencari alternatif yang mudah dan senang untuk diikuti.


Air detox ini juga begitu mudah untuk disediakan kerana bahan - bahan untuk membuatnya senang untuk didapati dipasaran dan kos pembuatannya cukup jimat selain memberikan kelebihan yang sangat memuaskan bagi pengamal minuman air detox ini.

Untuk pengenalan ini kami memilih air tembikai sebagai bahan campurannya selain daripada buah lemon sebagai bahan utama yang paling penting dalam pembuatan air detox ini.Kelebihan yang terdapat dalam buah tembikai ini ianya mempunyai serat yang tinggi dan  kaya dengan agen anti penuaan.

BAHAN - BAHAN UNTUK AIR DETOX

Buah tembikai ( secukupnya )
Lemon 
500ml Air sejuk
Daun Pudina
Mason Jar

CARA - CARA MEMBUAT AII DETOX

Untuk membuat air detox ini bolehlah mengikuti langkah langkah berikut.

1. Buah tembikai dan buah limau dipotong - potong mengikut saiz yang sesuai.Yang penting mudah untuk dimasukkan dalam mason jar.


2. Masukkan air sejuk ke dalam mason jar dalam jumlah yang secukupnya.


3. Buah - buahan yang dipotong tadi dimasukkan ke dalam mason jar yang telah berisi air tadi.Terpulang kepada anda sama ada nak masukkan dengan padat atau tidak ramuan buah tersebut.


4.Masukkan daun pudina di atas ramuan buahan yandg telah dimasukkan dalam mason jar itu tadi.


5. Tutup mason jar ketat - ketat.

dah siap..


6.Air detox itu tadi dimasukkan ke dalam peti sejuk semalaman.Untuk kesan yang optimun simpan air detox itu sekurang - kurangnya selama 8 jam sebelum anda menikmati air detox tersebut.


PILIHAN RAMUAN LAIN

Selain dari bahan ramuan seperti di atas anda juga boleh mempelbagaikan air detox dengan menggunakan ramuan buahan yang lain seperti LEMON DENGAN TIMUN.Anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menghasilkan air detox mengikut citarasa masing - masing.
Ramuan yang paling penting dalam air detox ini adalah Air sejuk dan lemon.Manakal ramuan yang lain adalah mengikut pilihan masing masing.

Selain dari menggunakan mason jar ,anda juga menggunakan bekas minuman yang lain.Asalkan dapat dimasukkan potongan buahan yang anda inginkan sebagai ramuan tambahan dalam air detox tersebut dan senang untuk dimuatkan dalam ruang penyimpanan dalam peti sejuk.



Selain dari itu terdapat banyak lagi idea - idea dalam menghasilkan air detox menggunakan pelbagai ramuan yang menyegar dan bermanfaat seperti dalam gambar - gambar yang berikut.






Untuk memudahkan semua saya sediakan video dibawah sebagai rujukan 





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



CARA - CARA MEMBERSIHKAN PARU-PARU ANDA DALAM 3 HARI


Adakah anda seorang perokok tegar yang sukar untuk memberhentikan tabiat merokok anda ? anda perlu baca ini sampai habis terutama mereka yang selalu sahaja kecundang dalam usaha memberhentikan tabiat merokok anda dan sesetengah yang masih dalam berada kontek logik dengan menganggap bahawa adalah sia - sia untuk berhenti dan memulihkan tabiat merokok dengan menyedari bahawa paru - paru kamu sediakala sedang rosak menghadapi masalah.

Ramai mereka yang kecewa apabila usaha untuk memberhentikan tabiat yang banyak meracun kesihatan tubuh secara perlahan ini gagal kerana beberapa tabiat dan sikap yang memang sukar untuk dikikis atau dibuang .Cukup menyedihkan.

Namun pada hakikatnya,walaupun anda bukanlah seorang yang merokok anda tetap terdedah kepada kerosakan paru - paru terutama mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai tahap pencemaran yang tertentu seperti kawasan - kawasan bandar utama yang kebanyakan terdiri dari kawasan perindustrian dan kilang - kilang.Selain itu, mereka yang terdedah kepada persekitaran berasap seperti seorang perokok juga terdedah dengan masalah ini.

Jangan panik.Sungguhpun begitu setiap masalah dan penyakit mesti ada cara untuk mengatasi dan mengedalikannya.Mungkin dengan tindakan bermula pada masa sekarang boleh membantu anda untuk mengatasi masalah paru - paru ini.

BERITA BAIK UNTUK SEMUA !!!!

Di sini kami kongsikan
CARA MEMBERSIHKAN PARU - PARU ANDA DALAM MASA HANYA TIGA HARI.

1. Kurangkan atau berhentikan terus tabiat merokok anda

2. Mengurangkan penggunaan produk tenusu dalam diet harian anda.

3. Minum teh herba bagi memulakan proses detox anda di malam hari.

4.Sebaik sahaja bangun tidur,anda digalakkan meminum sedikit jus citrus termasuk limau oren dan lemon dan sebagainya.

5.Banyakkan pengambilan Jus untuk menu makan tengahari terutama jus lobak merah.

6. Bila - bila pada siang hari,banyakkan pengambilan jus buahan seperti jus nanas dan jus anggur.

7. Sebelum tidur,minum sebagian jus seperti kranberi yang mengadungi potasium yang tinggi



Sumber : Healthy Food Team.