06 July 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016 | 1437H


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016 | 1437H

Assalamaualaikum Wbt,

Alhamdulillah...pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana diberikan kudrat dan kekuatan untuk menyempurnakan ibadah puasa 30 hari di bulan Ramadhan yang dimuliakan.

Hari ini 6 Julai 2016 bersamaan 1 Syawal 1437H seluruh umat Islam meraikan hari kemenangan dan hari kemuliaan di Hari Raya Aidilfitri.Saya dengan ini juga ingin mengucapkan selamat merayakan Aidilfitri Walfai'zin kepada semua pembaca dan rakan - rakan blogger yang hari ini bersama - sama merayakan hari yang berbahagia ini.

Pada kesempatan ini juga saya sebagai seoarang hamba Allah dan manusia yang penuh kekurangan memohon kemaafan dan keampunan atas segala kekurangan diri saya selama ini.Saya juga ingin memohon maaf untuk seandai ada kesilapan dan kesalahan mahupun dari lisan kata dan juga perlakuan saya selama ini.Ampun dan maaf dunia akhirat dari zahir dan batin saya sepanjang perhubungan sesama manusia tidak mengira sesiapa sahaja termasuk kepada raka - rakan dan kenalan yang bukan beragama Islam.

Selain itu juga saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan sesiapa pun dari kalangan kita untuk tidak melupakan mereka yang tidak berdaya termasuk fakir miskin, mereka yang berjuang menjaga keselamatan negara,mereka yang sedang sakit,mereka yang sedang dalam pergolakan perang terutama kepada saudara sesama manusia kita di Tebing Barat dan di mana sahaja.Mereka yang sedang dalam perjalanan menyebarkan kebaikan.

Seterusnya kepada Kedua ibu bapa,Saudara mara,rakan taulan dan juga sahabat handai.

Semoga Allah menjadikan kita golongan yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Semoga Allah memberikan kita sebaik petunjuk dan hidayah dengan Kemahasucian dan KeagunganNya.
Semoga Allah merahamati dan memberkati selalu.
Semoga Allah memberikan ketenangan dan kekuatan kepada kita semua.
Semoga Allah memberikan keamanan kepada mereka yang sedangan dilanda kelana dan derita.
Semoga Allah merapatkan Saf dan silaturrahimkita sesama Islam,sesama manusia.
Semoga Allah menyempurnakan ibadah kita semua.
Semoga Allah memenuhi segenap zahir dan batin kita dengan kemuliaan sifat dan kebaikan untuk semua.

Amin ya Rabbal Alamin.


Akhir kalam,

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DARI
BLOGGER AZLAN RUMADI.

_____________________________________



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

01 July 2016

HELENE HAVARD MENGAMBIL FOTO PERKAHWINAN INI MENGGUNAKAN "DRONE ". MENAKJUBKAN !


HELENE HAVARD MENGAMBIL FOTO PERKAHWINAN INI MENGGUNAKAN "DRONE ". MENAKJUBKAN !

Setiap jurugambar atau cameraman mempunyai identiti tertentu dalam menghasilkan gambar - gambar yang menarik dan pada masa yang sama untuk mempersembahkan hasil yang sangat cantik untuk kepuasan pelanggan yang telah menempah dan mengeluarkan sebahagian duit untuk menempah perkhidmatan mereka.Selain itu,Jurukamera ini mempunyai identiti yang unik dan tersendiri sebagai "Trademark" hasil tersebut untuk membuat hasil hebat yang tersendiri.

Terdapat pelbagai pendekatan yag digunakan dan tidak kurang juga teknologi dan peralatan yang terlibat dalam menghasilkan sesebuah foto.

Helene Havard  merupakan seorang photographer yang mempunyai hasil yang unik dan tersendiri.Beliau telah memuatnaik beberapa gambar perkahwinan yang diambil menggunakan "drone" kawalan jauh yang memaparkan kecantikan lanskap dan latar belakang alam semulajadi yang sangat cantik.Ternyata gambar yang dihasilkan amat menakjubkan.

Sepanjang penghasilan gambar - gambar perkahwinan  tersebut Helene memilih beberapa lokasi yang strategik seperti di kawasan laut dan beberapa kawasan yang tertentu bagi menghidupkan suasana dalam foto yang diinginkan bagi mendapatkan hasil yang terbaik.Selain itu juga beliau mengambil kira sudut pandang dan juga ruang dalam foto yang akan diambil bagi memberikan pelanggan foto kenangan perkahwinan yang paling cantik.

Berikut adalah foto - foto Perkahwinan yang beliau hasilkan dan diambil menggunakan "Drone" kawalan jauh,
















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



DOODLE YANG MENAKJUBKAN DENGAN KEHALUSAN ELEMEN " STEAMPUNK " DARI SENIMAN MALAYSIA


DOODLE YANG MENAKJUBKAN DENGAN KEHALUSAN ELEMEN " STEAMPUNK " DARI SENIMAN MALAYSIA

Doodle pada pandangan saya merupakan satu seni halus yang hanya menggunakan pen dan kertas untuk menconteng.Contengannya adalah bebas mengikut apa yang berada dan terlintas dimana sahaja.Anda boleh menconteng secara bebas dan contenglah apa sahaja.Namun sekiranya diteliti pada contengan yang halus, ianya mampu menjadi satu seni yang menakjubkan.Ramai dari seniman yang terlibat dalam seni doodle atau pun contengan pada istilah saya menghasilkan karya - karya yang sangat mempersonakan.
Kali ini hasil yang penuh halus dari seniman,Pereka Grafik dan Illustrator yang berasal dari Malaysia,Ka Kin telah menghasilkan satu karya yangt sangat halus dengan melukis bentuk haiwan dan objek.Kemudian beliau memperhalusi lukisan tersebut dengan menggunakan tema atau elemen " Steampunk" dalam lukisan tersebut untuk menghidupkan kesenian yang memukau.Bukanlah mudah untuk menyiapkan satu seni yang halus kerana banyak pendekatan yang perlu diambil kira bagi menyiapkan sebuah lukisan doodle seperti yang diingini.Apa yang paling penting adalah kepuasan diri dalam menghasilkan seni doodle ini.

Saya pernah melihat dan menyaksikan beberapa hasil doodle dari seniman yang menghasilkan beberapa hasil doodle yang hebat seperti Peter Draws dan ramai lagi.Ternyata hasil lukisan doodle dari Seniman tempatan ini mempunyai hasil yang menyaingi karya diperingkat antarabangsa.















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



30 June 2016

"GLASS SKYSLIDE" MULA DIBUKA DI BANGUNAN TERTINGGI DI LOST ANGELES,AMERIKA SYARIKAT.

 

"GLASS SKYSLIDE" MULA DIBUKA DI BANGUNAN TERTINGGI DI LOST ANGELES,AMERIKA SYARIKAT. 

Ramai yang mengatakan ianya adalah idea gila dan berfikir banyak kali untukmencubanya.Namun itulah hakikatnya dengan tarikan terbaru di Lost Angeles, California mengenai idea untuk menggelongsor di udara melalui lapisan kaca dari tingkat 70 ke tingkat 69 di kedudukan tinggi di udara.
Sungguh begitu ramai yang mula menerima cabaran untuk menggelongsor di atas pelantar kaca transparent pada ketinggian lebih 1000 kaki di udara.Bulan Jun 2016 memulakan pembukaan Glass Skyslide kepada orang ramai yang dibina pada bangunan Bangunan US Bank Tower yang berketinggian 1,018 kaki ( 304 Meter ) bersamaa dengan 72 tingkat.

Glass Skyslide dibina sepanjang 46 kaki ( 14 meter ) menghubungkan tingkat 70 ke tingkat 69 melalui gelongsor yang dibuat dari gentian kaca khas.Lapisan kaca yang digunakan adalah setebal 32 mm yang disokong oleh kerangka besi yang tergantung disisi bangunan tertinggi itu.


Sepanjang menggelongsor melalui gelongsor kaca tersebut , penggunjung akan berpeluang penyaksikan pemandangan indah Bandar Metropoolitan Lost Angeles yang menghampar luas yang merupakan pemandangan 360 darjah yang menakjubkan.Selain itu alas bagi kemudahan pengunjung semasa menggelongsor juga disediakan.
Skyslide merupakan sebahagian daripada 2,800 kaki persegi (260 meter persegi) Dek Pemerhatian Skyspace, yang dicipta oleh Singapura pemaju OUE Limited selepas membeli pencakar langit pada tahun 2013.

Destinasi pelancongan baru di bahagian atas banguanan ini memberikan pemandangan 360 darjah bandar dan landskap sekitarnya.Selain itu terdapat ruang acara dan pameran interaktif serta slaid, yang disediakan oleh OUE . Pihak OUE menggambarkan ianya sebagai "thrill experience unlike any other"

Bayaran masuk ke Skyspace berharga $ 25 (£ 17) dan menunggang Skyslide pula memerlukan tambahan
 $ 8 (£ 6).
 









AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my





29 June 2016

30 REKAAN RUANG DAPUR MODEN YANG MENJADI IDAMAN SETIAP SURIRUMAH


 30 REKAAN RUANG DAPUR MODEN YANG MENJADI IDAMAN SETIAP SURIRUMAH 

Setiap manusia tidak kira lelaki atau perempuan mempunyai impian untuk mempunyai sesuatu seperti kereta mewah,rumah yang cantik, Smartphone, dan banyak lagi keinginan untuk mempunyai sesuatu yang diidamkan dalam dunia ini.
 
Ini termasuk juga seorang wanita yang begelar surirumah yang sentiasa berusaha mencukupkan dan melengkapkan keperluan isi rumah dan menguruskan rumahtangga sebaik mungkin.Namun begitu, dari sudut lain pastinya ada idaman - idaman yang lainnya seperti dapur yang moden dan cantik bagi kepuasan dalam menyediakan keperluan makanan dan memasak hidangan yang enak - enak untuk seisi keluarga.
Saya menghargai kerajinan golongan perempuan yang tekun dan gigih memasak di dapur dan menghidangkan apa jua jenis makanan dengan sepenuh jiwa dan raga.Kerana kasih sayang banyak digambarkan melalui makanan atau masakan yang turut menterjemahkan ketulusan dan keikhlasan untuk dinikmati seseorang.Begitu juga ruangan dapur yang moden dan indah ini sedikit sebanyak memainkan peranan untuk para surirumah menyediakan yang terbaik dalam masakan untuk seseorang.


Saya tertarik dengan beberapa rekaan ruang dapur yang saya jumpai dalam Yahoo.com yang boleh dijadikan inspirasi dan impian setiap surirumah yang sering bekerja di dapur.Selain itu, secara peribadi saya sendiri juga mengimpikan sebahagian dari rekaan tersebut kerana saya sendiri juga sering ke dapur untuk mencuba memasak masakan yang saya ingini.

Saya percaya rekaan - rekaan ruangan dapur ini adalah impian bagi setiap suri rumah kerana bagi seorang suri rumah ruangan dapur adalah ruangan untuk mereka berkerja menampilkan karya - karya masakan mereka kepada ahli - ahli keluarga yang di kasihi.

Pandangan lain saya juga mengatakan surirumah yang cekap dan cemerlang akan mendedikasikan setiap masakan mereka tidak mengira apa juga jenis dapurpun demi yang tercinta dan tersayang.

Kata orang dalam rumah tangga....bahagia perempuan pada senyuman.. bahagia lelaki pada perutnya ; )

 


























 




rujukan dan sumber di Sini.






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my