12 August 2015

PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : KETIBAAN DI PULAU SERASAN,INDONESIA.


PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : KETIBAAN DI PULAU SERASAN,INDONESIA. Selepas mengharungi pelayaran selama 14 jam dari Pelabuhan Dwikora,Kota Pontianak,Kalimantan Barat,Indonesia menaiki Kapal Bukit Raya akhirnya sampai juga ke Pulau Serasan.Kelihatan pemandangan yang sangat indah di depan mata yang terpandang dari dalam kepal yang menuju ke Pulau Serasan.


Kapal Bukit Raya perlahan menelusuri sebalik pulau merapati perairan Pulau Serasan.Disebalik Pemandangan Bukit yang menghijau akirnya saya tersenyum dan perasaan sedikit terharu melihat pemandangan Pelabuhan Tanjung Setelong dari balik Pulau.Dalam hati berkata..AKHIRNYA SAMPAI JUGA.hehe...

Menurut informasi yang saya dapat dari Krew kapal kami terpaksa menaiki kapal kecil untuk ke Tanjung Setelong dari Kapal Bukit Raya memandangkan Kapal Bukit raya tidak akan merapat ke Pelabuhan atas faktor kedalaman air.Selain itu,pelabuhan baru yang dibina belum dapat digunakan sehingga pelabuhan tersebut disiapkan dalam sedikit masa nanti.Mungkin dalam perjalanan yang akan datang nanti kot.
 

Kapal pun dah sampai.Tiba masa nya LOADING AND UNLOADING .Mula - mula penumpang dalam Kapal Kecil akan menaiki Kapal Bukit Raya sambil mengangkut barangan yang akan dibawa belayar nanti.
Selepas selesai,barulah kami menaiki kapal kayu itu untuk dibawa ke Pelabuhan Tanjung Setelong,Pulau Serasan.Apa - apa pun faktor keselamatan tetanp diutamakan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.


Finally... menuruni tangga untuk kenaiki kapal kayu ke Pelabuhan Setelong.Maka,berakhirnya perjalanan dan pelayaran kami bersama Kapal Bukit Raya.


SELAMAT TINGGAL KAPAL BUKIT RAYA.Selepas selesai memunggah barang dan penumpang di Pulau Serasan selesai menaiki kapal kayu,maka Kapal Bukit Raya pun memulakan perjalanannya ke Destinasi yang seterusnya dan meninggalkan Pulau Serasan.






 

KETIBAAN DI PULAU SERASAN,INDONESIA.

Maka bermulalah hari - hari percutian yang akan kami lalui di Pulau Serasan Indonesia ini.Tidak sabar untuk sampai ke rumah dan Kampung bertemu dengan Keluarga Ayah saya dan sanak saudara serta rakan - rakan taulan yang lama tidak saya temui.

Apa yang pasti,hari - hari yang menyeronokkan baru sahaja bermula.heheheh... banyak aktiviti akan dibuat sepanjang berada di Pulau Ini.






TERIMA KASIH KERANA MENERUSKAN BACAAN

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com








11 August 2015

AMANAT,PESANAN DAN NASIHAT ALLAHYARHAM TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT KEPADA SELURUH UMAT ISLAM


 
AMANAT,PESANAN DAN NASIHAT ALLAHYARHAM TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT  KEPADA SELURUH UMAT ISLAM.Beliau semasa hayat hidupnya dikenali sebagai sebagai seorang Pemimpin Islam yang sangat disegani dan dihormati kerana pemikiran dan idealogi beliau dalam membela agama Islam dalam apa jua cara perjuangan beliau.Selain sebagai seorang yang bergiat ke dalam medan politik dan pentadbiran negeri Kelantan,beliau juga disanjungi sebagai seorang guru dan pemimpin agama yang sangat gigih dalam menyampaikan ilmu - ilmu dan pemahaman agama dengan segenap daya dan ilmu yang beliau pelajari sepanjang kehidupan beliau.

Malah terdapat media - media dari luar negara yang menyembut beliau sebagai antara Pemimpin Agama Islam Yang Paling Berpengaruh.Kenyataan ini menjelaskan penglibatan beliau dalam bidang kepimpinan dengan pendekatan keagamaan Islam yang diperjuangkan beliau selama ini mendapat berjaya membuka mata dan perhatian dunia.

Perkongsian saya kali ini bukanlah bermaksud kepada unsur politik dan sebagainya.Namun rasa tersentuh kepada penyampaian ideologi dan pesanan nasihat beliau yang dikongsikan oleh satu laman page facebook menarik keinginan saya untuk mengongsikan kepada semua apa yang saya rasa bermanfaat dan memberi kebaikan kepada kita semua.Pesanan - pesanan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz ini saya ingin kongsikan untuk renungan dan difikirkan bersama.Mudahan kita mendapat petunjuk dari Allah dengan memberikan ruangan dalam diri kita untuk merenung kehidupan melalui pesanan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz ini.

AL - FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM TUAN GURU NIK AZIZ BIN NIK MAT



























PENGORBANAN BELIAU SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN BERGELAR MENTERI BESAR NEGERI KELANTAN.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui perkara ini sehingga ada pihak yang membuat perkiraan seperti berikut.









 AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


NAMA - NAMA MALAIKAT DAN TUGAS - TUGASNYA

 

NAMA - NAMA MALAIKAT DAN TUGAS - TUGASNYA .Mungkin ramai daripada kita yang telah mula lupa bahawa setiap kehidupan kita di dunia ini dari kita dilahirkan ke dunia sehinggalah kita dewasa,membesar,menjadi tua,sakit kemudian meninggal kemudian sehinggalah kita memasuki alam kubur atau alam barzakh dan seterusnya hari akhirat dan kiamat sampailah kepada syurga dan neraka.Masing masing bahagian yang saya sebutkan tadi ada bahagiannya masing - masing.Setiap bahagian tersebut terdapat malaikat - malaikat yang Allah utuskan untuk melaksanakan tugasnya.

Malah kisah - kisah malaikat ini seringkali kita dengar dalam ayat - ayat yang terkandung dalam Ayat suci Al - Quran.Kisah - kisah malaikat bersama para anbia,nabi - nabi dan rasul - rasul Allah.

KEWAJIBAN PERCAYA KEPADA MALAIKAT - MALAIKAT

Sebagai seorang Muslim yang berpegang pada Islam dan Akidah - akidahnya adalah wajib untuk kita mempercayai adanya Malaikat sebagaimana ianya dijelaskan sebagai salah satu rukun dalam Rukun Islam iaitu Rukun Islam yang kedua iaitu Percaya kepada Malaikat - malaikat bagi memenuhi tuntutan peganga iman sebagai seorang Islam.

Jika diingat kembali kita sering diajar di sekolah dalam kelas fardhu Ain tentang perkara - perkara penting dalam agam termasuk juga perihal Percaya pada Malaikat.Saya percaya mungkin ramai yang mula lupa nama - nama malaikat dan tugas - tugas nya.Jesteru kali ini saya kongsikan kembali nama - nama malaikat dan tugas - tugas mereka untuk diingati kembali untuk kita bersama. 



  





 



































 SEMOGA BERMANFAAT


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com