04 August 2015

SIAPA DIANA ? FENOMENA BERJANGKIT YANG SEMAKIN MENJADI VIRAL


Siapa Diana ? Siapa dia ? semua orang sedang bertanya dan menyebut nama dia di mana mana. ramai yang tertanya - tanya siapakah sebenarnya si Diana ini ? di sana  sini orang banyak berceritakan tentang siapa Diana ? Heboh dan viral sekarang orang bercerita tentang siapa Diana ?

SIAPA DIANA ?

Baru - baru ini saya mendapati ramai yang mula bercerita tentang siapa Diana ini.Malah ramai yang berjangkit menggunakan nama ini untuk mengenakan pasangan masing masing.Kebanyakannya lelaki.Mereka banyak bercerita tentang Diana yang selalu menolong balutkan luka mereka.
Uihhh.. sungguh baik hati si Diana ni...Diana ni Nurse ke ?

Lelaki tidak mengira kekasih orang,tunang orang dan suami orang semua menggunakan nama Diana untuk mengenakan pasangan masing masing dan wujudlah pelbagai reaksi dan tidak balas dari pasangan mereka.Tidak kurang yang bergaduh kerana cemburu.Mana tidak nya tiba - tiba muncul nama si Diana dalam perhubungan mereka? hehehe...
Siapa Diana? Yang perempuan pula bila dengar nama Diana mulalah menyoal siasat pasangan masing masing kerana sayang dan cemburu demi mempertahankan hubungan CINTA SEJATI yang terjalin sekian lama.Bermula dialog babak cinta filem dan drama melayu..

Tak percaya ? tengok ni....sehingga kamu mengetahui siapa Diana ? Siapa Diana ? Siapa ?
 

















Nak tahu siapa  Diana ? Ini wajah dan rupa sebenar si Diana yang diheboh - hebohkan tu...hahaha...
ingatkan perempuan atau manusia la kan ? sekali pembalut luka rupanya.

Yang perempuan pula dah fikir yang macam - macam bila pasangan sebut nama Diana yang balut luka.Saya faham mereka cemburulah tu takut - takut kalau pasangan ada simpan perempuan lain.Kes tidak mahu diMADUkan ini.

Pesanan kepada lelaki.nak prank pasangan dengan nama Diana ni nak kena hati - hati.. jangan sampai ada kemalangan jiwa ok...






TERIMA KASIH DIANA...HEHEHE....

 AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



 

PUISI : SESETIA MALAM PADA SIANG Ciptaan SITI ZAHELA M.HASHIM





SESETIA MALAM PADA SIANG 


Sejak namamu menggetar rasa
kukhabarkan pada angin
bawalah daunan kering
terbang jauh dari hidupku
ingin aku bersama awan
mengarang kembang cantik untukmu

Jika kutahu
kaulah ciptaan terakhir
tiada kujadi pelari sepi
diburu mimpi demi mimpi
lalu berhenti di kaki hari
merenung pagi yang cerah
sekadar datang dan pergi

Kau buatku
lalu berpayung senja indah
suara ombakmu
memecah sepi pantai rinduku
di balik karangan batu
ikan kecil berenang riang
ingin selalu di dasarmu
sesetia malam pada siang

SITI ZAHELA M.HASHIM

03 August 2015

BERSAMA ULTRAS GB13 DI PERLAWANAN SARAWAK VS JDT DI STADIUM NEGERI KUCHING, SARAWAK


Pada Sabtu yang lepas telah berlangsung perlawanan LIGA SUPER 2015 antara Sarawak melawan Johor Darul Takzim ( JDT ) di Stadium Negeri Kuching,Sarawak.

Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai bukanlah penghalang untuk orang ramai turun ke Stadium untuk menonton perlawanan.Walaupun kehadiran penonton di Stadium pada malam itu agak kurang, namun sorakan dari Kelab Penyokong Pasukan Bola Sepak Sarawak,GB13 memeriahkan suasana perlawananan pada malam itu.

Perlawanan pada malam itu juga di serikan dengan Kehadiran Tengku Mahkota Johor yang menerima Sorakan " Selamat Datang Tengku Mahkota " dari GB13.Tengku Mahkota berdiri sebagai tanda hormat dan memberikan tepukan kepada GB13.Salute,Tuanku !


SEBELUM PERLAWANAN

Seawal jam 5.30 petang ahli - ahli pasukan penyokong GB13 berkumpul di tempat parking kereta bagi sementara menunggu kehadiran ahli - ahli yang yang lain.Menurut informasi dari salah seorang dari mereka,tiket telahpun disediakan lebih awal bagi mengelakkan masalah untuk memasuki pintu masuk stadium.




Setelah bilangan ahli - ahli mencukupi sedikit taklimat ringkas akan dibuat oleh seorang leader untuk menerangkan perancangan pada pada malam perlawanan yang akan berlangsung disamping memberikan pesanan dan peringatan untuk ahli - ahli yang lain.



Sebelum memasuki stadium pemeriksaan tehadap instrument alat muzik seperti drum di periksa terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah  semasa perlawanan berlangsung nanti.

Setelah semua CLEAR.Kami pun mula bergerak ke Stadium.






Di pintu Stadium laluan Gate B menjadi laluan kemasukan ke Stadium. Kami menunggu di Gate B untuk memasuki Stadium setelah mendapat kebenaran dari Pihak Pengurusan Stadium Negeri Sarawak.


Alhamdulillah..kira - kira pukul 7.00 lebih kami telah memasuki Stadium dan mengambil tempat serta membuat persiapan terakhir seperti memasang bendera dan banner serta memasang peralatan yanng terlibat seperti drum dan sebagainya.


FINALLY ! WE ARE HERE FOR CHANTING ! Chanting berterusan sepanjang perlawanan dengan mempersembahkan barisan lagu - lagu yang membakar semangat pemain Sarawak dan semangat penyokong setia Pasukan Bola Sepak Sarawak.


Seterusnya saya kongsikan aksi penyokong yang tetap setia duduk dibangku stadium untuk memberikan sokongan penuh dan padu kepada Pasukan Bola Sepak Sarawak pada malam itu.






Kelihatan dibahagian hujung dengan Banner berwarna hitam adalah penyokong JDT atau lebih dikenali dengan nama B.O.S (  Boys Of Straits ) yang datang dari Semenanjung Malaysia untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan JDT bersama dengan kehadiran Tengku Mahkota Johor ( TMJ ) pada malam itu.

Walau apapun pujian terhadap disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh mereka disamping dengan hubungan baik dengan penyokong tempatan GB13.Terima kasih kepada penyokong Pasukan JDT pada malam itu.




Terdapat juga penyokong dari Luar Negara yang sempat bergambar bersama - sama saya pada malam itu.











Pelawanan yang berlangsung selama 90 Minit menyaksikan Sarawak kalah ditangan Pasukan JDT.Namun sokongan padu yang diberikan kepada pasukan Sarawak dari GB13 tetap diteruskan kerana hakikatnya BOLA ITU BULAT dan KALAH MENANG ADAT PERTANDINGAN.

Pandangan saya pada malam itu,ada sedikit kemajuan dalam permainan Sarawak pada malam.Separuh masa pertama Sarawak banyak bertahan dan menyerang.Namun pada separuh masa kedua.Sedikit kesilapan di atas padang memberikan dua gol kepada JDT.







MARI KITA KE STADIUM MENYOKONG PASUKAN BOLA SEPAK NEGERI SARAWAK.
KALAH MENANG NANG NGIRA
ANANG CHABUT TERUS MANSANG


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



DP AIS KRIM GULA APONG DI JUN RONG TAMAN SUKMA,KUCHING,SARAWAK

  

Salam #sehatisejiwa

Pada hujung minggu yang lepas saya dan keluarga berkunjung ke Jun Rong Taman Sukma nak membeli beberapa barangan keperluan di sana.Tetiba,sampai kat satu sudut saya nampak ramai orang berbaris - baris panjang.

Rupa - rupanya mereka yang berbaris panjang ni nak membeli ais krim gula apong.

DP AISKRIM GULA APONG

Mereka kini telah pun membuka cawangan mereka di Hypermarket Jun Rong Taman Sukma Kuching Sarawak.Jika sebelum ini peminat ais krim gula apong terpaksa ke bandaraya untuk membeli sekarang tidak perlu lagi kerana di sini juga telahpun menjual aiskrim gula apong yang setanding  ais krim yang lain.


DP AIS KRIM GULA APONG menawarkan dua saiz mengikut citarasa pelanggan.Terdapat saiz mangkuk dan saiz cawan.

PILIIHAN  SAIZ AIS KRIM GULA APONG

Saiz Cawan/Cup di jual dengan harga RM2.00
Saiz Mangkuk di jual dengan harga RM5.00

 
 

Keenakan ais krim gula apong semakin menjadi kegilaan dan semakin merebak ke seluruh kawasan Kuching.Malah ada pelanggan yang sanggup berdiri dan berbaris panjang untuk mendapatkan ais krim yang diminati ramai ini.

Semasa saya sampai di Jun Rong Taman Sukma,Perkara yang sama berlaku di mana pelanggan berbaris panjang dan menunggu untuk membeli ais krim gula apong di Dp Ais Krim Gula Apong

Selain dari itu juga  apa yang saya ingin highlight kan Ais Krim Gula Apong ini hanya terdapat di Sarawak dan keunikkan rasanya menyebabkan pelanggan terasa ingin menikmatinya berkali kali.
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang DP Gula Apong di Jun Rong,Taman Sukma,Kuching anda bolehlah menghubungi Cik Zaza di talian 016-8780888


SUPPORT OUR LOCAL PRODUCT

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com