Pernah tak anda membayangkan untuk berada di sempadan negara dan hanya selangkah kaki anda akan membawa anda keluar dari pintu sempadan negara?Namun begitulah yang terjadi dibeberapa lokasi di seluruh dunia di mana ianya berada di garisan persempadanan negara - negara yang mana menandakan anda telah memasuki sesebuah atau negara atau anda baru sahaja keluar dari pintu negara.
Hanya selangkah yang memisahkan kedua - dua negara yang seperti ditunjukkan pada foto.
Berita mengenai seorang Sultan yang mengutuskan surat kepada perdana menteri Malaysia menjadi semakin viral di laman media sosial.Antara isi kandungan dalam surat itu menyatakan titah Sultan tersebut supaya Perdana Menteri Malaysia,dato Seri Najib Tun Razak meletak jawatan serta merta.
Tetapi Siapakah Sultan yang dimaksudkan itu ?
Jika masih ingat suatu ketika dahulu pernah kecoh dan viral di laman sosial mengenai pemansuhan pinjaman PTPTN atas titah Sultan Kerajaan Langkasuka.Ekoran kejadian itu menjadi bahan gelak dan tersebar dengan luas di seluruh laman media sosial.
Kali ini pihak yang sama telah melakukan perkara yang sama dengan mengarahkan Perdana Menteri Malaysia,Dato Seti Najib untuk meletakkan jawatan serta merta atas alasan - alasan yang tidak munasabah.
Surat yang lengkap dengan Head Letter itu di utuskan kepada Perdana Menteri bertarikh 17 Mei 2015.
Antara isi kandungan surat itu adalah seperti berikut "
TITAH MENGISTIHARKAN SECARA RASMI PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DENGAN SERTA MERTA. Beta
selaku Raja utusan Allah Akhiruzaman dan raja agung malaysia yang
sebenar, menitahkan Dato’Sri Najib Tun Abdul Razak selaku perdana
menteri malaysia ini untuk mengisytiharkan secara resmi kepada umuM
peletakan jawatan Dato’ sri sebagai perdana menteri malaysia serta
merta. Titah
ini di buat berdasarkan telah tamatnya PERJANJIAN ‘TREATY’ yang di
tanda tangani oleh president amerika syarikat.Mr.barack Obama ketika
kunjungan beliau ke malaysia pada 26-28 april 2014 yang lalu.dengan itu
pemerintahan NWO telahpun beralih kepada KERAJAAN EMPAYAR LANGKASUKA
NUSATARA (KELN) dengan resmi dan malaysia adalah sebagian dari Empayar
KELN.tapak pemerintahan daulah islamiah kali ke II Akhir zaman. Dengan
ini tidak perlu dato sri menangguhkan pengisytiharan peletakan jawatan
tersebut.titah ini bertujuan memudahkan tertegaknya pemerintahan daulah
islamiah kali ke II berlandaskan AL QURAN & SUNNAH SAW dengan
jayanya dan penyelesaian permasalahan hukum HUDUD yang menjadi isu
sekarang. Kepada
pemangku beta nenda tuanku abdul halim mu’adzam shah ibni ALMarhum
Sultan Badlishah,sultan kedah merangkap YPD angong malaysia betan
memerintahkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya keatas warkah
terbuka ini.
Gambar di bawah merupakan imej lengkap surat yang diutuskan kepadap Perdana Menteri baru - baru ini.
Masih menjadi persoalan kepada pihak seluruh Malaysia.Siapa mereka sebenarnya ? apakah motih mereka bertindak sedemikian? dan pelbagai lagi persoalan yang lain.
Kita sama - sama nantikan jawapan kepada persoalan ini.
Pergolakan yang sedang berlaku di tebing barat bukanlah menjadikan mereka orang yang lemah melainkan menjadikan mereka golongan yang lebih mendekatkan diri pada agama dan Allah swt.Berpuasa dalam keadaan perang yang bukanlah semua orang mampu untuk menghadapi persekitaran yang mereka hadapi dengan seadanya dan sabar serta ketabahan yang tinggi.
GAZA, meereka memjalani iftar atau berbukar puasa hanya berlapikkan tikar dan tiada meja kerana kediaman mereka telah dimusnahkan oleh tentera Israel dalam perang yang telah berlaku sekian lama.Walaupun mereka dicobai dengan dugaan yang tinggi langsung tidak menggoyahkan iman mereka untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang dimuliakan ini.Berbuka dengan seadanya dan mereka mengongsikan rezeki berbuka sekeluarga tanpa merungut akan apa yang mereka hadapi malah menganggap ianya merupakan hikmah yang dikurniakan pada orang - orang yang Allah SWT.
Apa yang lebih menyentuh sanubari apabila mereka mengatakan "boleh jadi hari ini kami bersahur di rumah dan kami mungkin akan berbuka di jannah kiranya janji kami di jemput ke pangkuan ilahi telah tiba".Subhanallah,dugaan tidak pernah merobek keimanan dalam jiwa - jiwa mereka yang isinya adalah semangat kental berjuang di sisi jalan ALLAH SWT.
Renungannya di sini.Apakah kita yang tinggal dalam keadaan aman dan damai di sini mampu mengucapkan kesyukuran ketika ketika di duga dengan bala musibah dan kematian keluarga seperti mereka.Apakah kita tetap berpegang pada iman kita ketika dihujani oleh peluru dan dugaan yang panjang seperti mereka ?
Semoga kita dijadikan golongan yang selalu bersyukur ketika ramai saudara kita yang sedang berjuang dan jihad menuntun kemerdekaan dan mencari ketenangan yang di dambakan.
Setiap kali anda membeli belah semestinya setiap kedai atau pusat mall akan memberikan anda beg - beg yang unik yang pelbagai bentuk dan jenis yang mana melambangkan identiti unik kedai tempat anda membeli produk atau barangan tersebut.Beg - beg itu akan selalunya diberikan secara percuma kepada pelanggan yang membeli barangan di kedai mereka termasuk membeli pakaian,makanan dan pelbagai pagi barangan dan produk yang lainnya.Malah ada sesetengah dari mereka yang menggemari aktiviti membeli belah yang kebanyakkannya golongan wanita menajdikan mengumpul beg membeli belah sebagai hobi mereka kerana keunikan beg - beng yang ditampilkan oleh setiap kedai.
Perusahaan barangan di pasaran pula menganggap usaha mengkreatifkan beg - beng membeli belah di kedai masing - masing adalah sebahagian dari pelan pemarasan untuk menarik pelanggan berkunjung ke kedai dan memebeli belah di kedai atau perusahaan mereka.Objektif yang lain yang ditampilkan pada beg tersebut adalah ianya secara tidak langsung akan menjadi papan iklan bergerak seperti mana media pengiklanan yang lainnya.Dengan menjadiakan beg - beg ini tampak menarik akan membuatkan orang ramai ingin memiliki beg membeli belah tersebut dengan membeli barangan di kedai tertentu.
NEGARA SWITZERLAND sememangnya terkenal dengan pemandangan - pemandangan panorama semulajadi yang sangat indah sehingga memukau mata mereka yang berkunjung ke negara ini.Keindahan alam semula jadinya yang hijau dan air yang biru sememangnya menjadikan ianya suasana yang menenangkan jiwa lantas menjadikan Negara Switzerkland adalah merupakan destinasi percutian keluarga yang menjadi pilihan bagi keluarga yang merancang untuk menenangkan diri.
Tidak hairanlah ramai penerbit filem - filem terutama penerbit dari barat,hollywood terutamanya menjadikan Switzerland sebagai lokasi pilihan bagi mendapatkan latar belakang alam semulajadi dalam babak - babak filem mereka. Malah para pelakon yang pernah mengikuti pengambaran di sana memuji keaslian alam semula jadinya yang begitu indah dan WOW !
Sempena bulan Ramadhan kali ini saya ingin membawa saudara saudari menjelajah secara dekat panorama atau pemandangan secera dekat sekitar di dalam Masjidil Haram,di bumbung Kaabah dan di hadapan makan rasulullah secara dekat melalui seorang hasil karya seorang jurugambar yang sangat berbakat yang bernama WESSAM HASSANIN yang semestinya pengalaman yang boleh dikongsikan dengan semua masyarakat muslim seluruh dunia yang mengimpikan kehadirian diri mereka ke tanah suci KOTA MEKAH.
Saya menganggap tidak semua kita beruntung diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Kota Mekah untuk melaksanakan umrah tau haji tetapi melalui dengan cara ini saya membawakan sesiapa sahaja untuk merasai sendiri pengalaman berada di Kota Mekah dan berhadapan dengan makam Rasulullah SAW.
Terdapat tiga lokasi yang akan dibawakan kepada anda iaitu.
Sila KLIK Pada gambar di bawah yang akan membawa anda menyaksikan pemandangan yang tidak akan anda lupakan untuk merasai sendiri pengalaman melihat pemandangan Kaabah dan dihadapan Makam Rasulullah SAW.
Saya berharap setiap yang anda lihat menjadi kenangan yang diabadikan dalam jiwa dan memori dan mungkin ianya menjadi inspirasi dan motivasi kepada yang lain untuk merasai sendiri pengalaman menjejak kaki ke tanah suci untuk mengerjakan umrah dan haji.
Semoga Allah mengurniakan ruang waktu dan kesempatan untuk kita semua menjejakkan kaki ke tanah suci Kota Mekah dan melawat makam rasulullullah . AMIN
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak semalam mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500
untuk penjawat awam Gred 54 dan ke bawah.
Beliau turut mengumumkan bantuan khas untuk lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen, dengan bayaran berjumlah RM250
Kedua-dua pembayaran berkenaan akan dibuat pada 25 Jun, yang melibatkan
anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion, katanya.
“Bayaran ini bagi membantu dan meringankan beban kewangan penjawat awam membuat persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri.”
Dato Seri Najib yang juga Menteri Kewangan, turut
mengumumkan kadar baharu terendah imbuhan tetap perumahan dinaikkan
daripada RM180 kepada RM300 sebulan untuk penjawat awam gred 41 dan ke
bawah.
Beliau juga mengumumkan bagi mereka yang
mendiami kuarters pula, yang selama ini tidak menikmati imbuhan tetap
tersebut, turut mendapat faedah sebanyak 25 peratus daripada kadar
imbuhan tetap perumahan sebenar, yang layak bagi mereka.
Najib berkata keputusan yang berkuat
kuasa mulai 1 Nov depan melibatkan lebih 1.1 juta penjawat awam di
seluruh negara, manakala implikasi kewangan pula ialah sebanyak RM1.04
bilion setahun.
Sempena bulan ramadhan ini Jabatan Kemajuan Islam ( JAKIM ) turut menyediakan jadual waktu imsak dan berbuka bagi negeri - negeri seluruh Malaysia untuk rujukan orang ramai yang sedang menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan.
Lazimnya di bulan ramadhan orang ramai akan mendapatkan jadual imsak dan berbuka puasa bagi kawasan masing - masing.Selalunya jadual tersebut akan di tampal di ruangan tertentu untuk menyemak hari puasa yang telah dijalani serta mengetahui waktu imsak dan berbuka.
Jadual tersebut boleh di DOWNLOAD di SINI atau KLIK gambar di atas.
Semoga dengan PANDUAN ini membantu kita memperbaiki amalan dan menyempurnakan keimanan kita kepada Allah di bulan Puasa,bulan ramadhan yang di Muliakan ini.
Baru - baru ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) telah mengeluarkan satu garis panduan kepada orang awam yang sedang sakit dan ingin menjalankan ibadah puasa di bulan ramadhan.
Garis panduan ini dikeluarkan bagi memudah dan menjawab sebarang kekeliruan dan dalam menjalankan ibadah puasa terutama para pesakit yang sedang menjalani rawatan tertentu semasa di bulan ramadhan. Selain itu garis panduan ini juga menjawab persoalan - persoalan bagi mengelakkan sebarang syak dan tidak yakin dalam mejalani ibadah puasa di bulan ramadhan.
Garis panduan ini juga boleh di download secara percuma di SINI
Semoga dengan garis panduan ini membolehkan orang ramai menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan khusyuk. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUSA UNTUK SEMUA.
Dapatkan secara PERCUMAGARIS PANDUAN BERPUASA UNTUK PESAKIT
Credit photo : FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SUMBER DI SINI : JAKIM
Semalam bertarikh 16 Jun 2015 pada Hari Selasa telah diumumkan oleh
Dato' Sri Syed Danial Syed Ahmad sebagai Penyimpan Mohon Besar Raja - Raja
bahawa tarikh berpuasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia adalah jatuh pada hari
KHAMIS bertarikh 18 JUN 2015
menandakan bermulanya bulan berpuasa bagi tahun 2015 / 1436H .
Kehadiran bulan Ramadhan semestinya merupakan bulan yang dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia kerana bulan ramadhan merupakan suatu bulan untuk mensucikan diri disamping ianya merupakan bulan untuk memperbaiki amalam kepada mereka yang mencari keberkatan dan rahmat dari amalan kepada Allah SWT.Kehadiran Bulan Ramadhan juga mengandungi malam lailatul qadar yang merupakan malam yang paling dinantikan oleh mereka yang mengejar amalan di sisi ALLAH.
Di sisi lain bulan Ramadhan merupakan bulan yang menyatukan seluruh manusia.Jika kita melihat konteks masyarakat majmuk yang perbagai kaum,bangsa dan agama di Malaysia,secara tidak langsung bulan ramdhan bukan sahaja merupakan bulan untuk umat islam kerana lazimnya dibulan ramadhan akan terdapat bazaar ramadhan di seluruh Malaysia yang merupakan tempat tumpuan orang ramai tidak mengira sesiapa pun berkumpul untuk mendapatkan juadah berbuka.Diwaktu berbuka pula untuk mereka yang menjalani ibadah puasa pula turut mengajak dan menjemput sahabat handai yang berlainan agama untuk bersama - sama menyertai sajian semasa berbuka puasa.Pengalaman saya sendiri turut memperlihatkan terdapat sesetengah rakan yang berlainan agama terutama yang tinggal serumah mengambil turut sama - sama untuk berpuasa.Samaada ingin merasai pengalaman berpuasa itu sendiri dan ada yang mengambil ruang di bulan puasa untuk sama - sama berpuasa untuk kesihatan diri.
Kepada yang beragama Islam dan menjalani ibadah puasa semestinya bulan ramadhan juga merupakan bulan dihayati sebagai bulan merenungi diri dan merfleksi diri.Bulan untuk menilai setakat mana ibadah dan kekuatan iman dan akidah serta tauhid kita kepada Allah SWT.
Semoga Dibulan Ramadhan tahun merupakan bulan yang lebih baik untuk kita mendekatkan diri kepada urusan akhirat dan ibadah kita kepada Allah swt.Semoga Bulan Ramdhan ini menumpahkan hidayah kedalam jiwa kita supaya menjadikan kita orang - orang yang rajin beramal ke jalan Allah demi mencapai kemuliaan di Akhirat.
Di sini saya mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf terutama kepada kedua ibu bapa saya serta ahli keluarga dan saudara saya.Juga kepada mereka yang mengenali saya dan saya kenali.