09 November 2014

SUNDAY IS THE SPRING SHOPPING MALL AT KUCHING SARAWAK


THE SPRING SHOPPING MALL,KUCHING SARAWAK

CHRISTMAS IS COMING.The Spring Shopping Mall di selaputi ais konon seperti dekat negara baratlah kan. tapi Tahun ini The Spring Shopping Mall Kuching memberikan suasana kelainan yang sangat berlainan apabila mereka mengenakan perhiasan pokok krismas besar serta banyak lagi perhiasan krismas yang lain untuk diperlihatkan kepada pengunjungnya.

THE SPRING SHOPPING MALL KUCHING sememangnya merupakan pusat membeli belah untuk mereka yang meminati pelbagai pakaian dan produk yang lain.Pelbagai jenis jenama dan pakaian yang branded turut dijual di sini.Selain itu bagi mereka yang menginginkan suasan santai juga sering berkunjung di sini memandangkan lokasinya tidak seberapa jauh dari Swimburn College yang hanya bersebelahan dengan bangunan ini.

Selain itu The Spring Shopping Mall ini hanya bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bahagian Kuching,Sarawak dan disebelahnya pula adalah Bangunan Sultan Iskandar yang menempatkan pejabat Jabatan - jabatan dan agensi - agensi kerajaan.

The Spring Shopping Mall pada Hari Krismas tahun ini memilih konsep yang sangat bersesuaian kerana suasana tersebut mampu menjadi tarikan pengujung untuk berkunjung ke The Spring Shopping Mall.

 
 
 



THANK FOR THE READING

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


 

THE SPRING FOOD BAZAAR AT THE SPRING SHOPPING MALL KUCHING SARAWAK

 

 kaki pun dah penat berjalan,tekak haus dan barangan shopping pun dah dapat,perut pun dah lapar.Sekrang tiba masanya kita merehatkan diri dulu selepas berjalan - jalan di The Spring Shopping Mall ni.

THE SPRING FOOD BAZAAR

The Spring Food bazaar menawarkan hidangan pelbagai makanan untuk pengujung yang ingin menjamu selera.Di The Spring Food Bazaar ini terdapat pelbagai macam jenis masakan dan hidangan untuk pilihan pengujung.Terdapat makanan Malayu,India,Cina,Indonesia,Thailand,Singapore,Arab,barat dan bermacam - macam lagi.
Antara makanan yang terjual di sini adalah Nasi Ayam,Yong tau foo,Nasi Thailand,Masakan Jepun seperti Sushi dan Sashimi,masakan korea dan bermacam macam lagi menu yang lain.



Hidangan Nasi Arab menjadi pilihan saya untuk kali ini.

LAMB SHANK CURRY RICE AT THE SPRING SHOPPING MALL KUCHING SARAWAK 
 Masakan Nasi Arab menjadi pilihan saya untuk makan tengahari ni.saya memilih menu Lamb Shank Curry Rice.Masakannya enak dan lazat.Malah harga pun agak berpatutan.Hanya RM11.80 untuk sehidangan.

Perut pun dah lapar.makan dulu'



AZLAN BIN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com

 


 

 

MENIKMATI AIS KACANG DI OPEN AIR HAWKER BANDAR KUCHING,SARAWAK


MENIKMATI AIS KACANG DI OPEN AIR HAWKER  BANDAR KUCHING,SARAWAK

Di Bandaraya Kuching antara lokasi yang menjual kacang ais adalah open air food court.Selain itu terdapat rojak sotong dan bermacam lagi makanan yang lain.Open air food Court memang sinonim dengan ais kacang dan rojak sotongnya.Lokasi ini menjadi tumpuan untuk para mengunjung menikmati keunikan rasanya.

Seharian penat bersiar siar di sekitar kawasan Bandar Kuching,Kemudian singgah di Open Air Foodcourt dengan memesan semangkuk rojak Sotong sambil melepaskan lelah dan menyejukkan badan.


TAU SOON KIAT COLD DRINK STALL

Stall minuman ini selalu menjadi pilihan saya.Sememangnya saya selalu berkunjung kedai ini kerana ABC nya.ABC nya sedap.Memang sedaplah.hahahaha.Ok,apa yang saya paling suka kat kedai ini adalah layanan untie yang punya kedai ini.Saya tak ingat nama untie ni.

Selain ABC,terdapat pilihan yang lain seperti Air Jagung,cendol santan,dan pelbagai lain untuk pilihan pengujung.Minuman - minuman ringan yang lain juga turut dijual di kedai ini.

Suasananya meriahnya yang santai turut menarik saya untuk selalu berkunjung ke sini.Saya akui saya lebih selesa dengan suasana yang santai dan simple.

Selain dari Tau Soon Kiat Cold Drink,terdapat banyak stall - stall lain yang turut menjual pelbagai minuman dan makan seperti rojak buah dan rojak sotong dan kang kung.Makanan Ala Carte juga turut dijual di sini.yang lain - lain itu saya akan share lagi kalau ada masa.. ok...

Kepada mereka yang berkunjung ke bandar bolehlah berkunjung ke Open Air Foodcourt yang teletak berhadapan dengan Electra House,Kuching Sarawak untuk merasa sendiri Ais Kacang nya dan pelbagai lagi yang lain.



SUPPORT OUR LOCAL PRODUCT

 AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com

HUJUNG MINGGU KE MEDAN NIAGA SATOK PADA SEPTEMBER 2014


BERHUJUNG MINGGU DI MEDAN NIAGA SATOK PADA SEPTEMBER 2014

Hari ini seperti kebiasaannya membawa mata dan hati ke Medan Niaga Satok.Seawal pagi keadaan yang dah sesak sampai nak setengah jam mencari parking.akhirnya berjaya juga berkat kesabaran. Medan Niaga Satok, di sinilah tempat kebanyakkan Masyarakat seluruh Kuching mendapatkan barangan keperluan seperti sayur - sayuran, buah - buahan dan pelbagai lagi termasuk kuih muih turut menjadi tumpuan para pengunjung.

Tidak mengira mahupun pengunjung yang terdiri dari penduduk tempatan ataupun pelancong dari negara luar menjadi Pasar Niaga Satok ini sebagai satu tempat untuk mendapatkan gambaran akan keunikan bandaraya Kuching,Sarawak kerana lazimnya di sini juga menghimpunkan kebanyakan budaya dan pemandangan masyarakat majmuk seluruh Kuching.  


Cuaca hari ini pun agak memuaskan, pengunjung pun ramai ,seawal pagi mula berpusu - pusu ke sini.Selain daripada itu, terdapat juga barangan cenderahati seperti baju dan gelas turun dijual di sini.
makanan seperti Kek Lapis Sarawak juga boleh didapati disini. Bagi yang ingin menikmati makanan seperti mee kolok dan laksa sarawak juga boleh dinikmati di Medan Selera Benteng di sini.Apa yang paling menarik,Terubok Masin Sarawak yang terjual di kedah pasar basah utk dibeli dan dibawa pulang oleh pengunjung.

Saya juga kebiasaannya dihujung minggu berkunjung disini dengan keluarga untuk mendapatkan barangan keperluan di hujung minggu dengan harga yang sangat berpatutan.Sememangnya Berbaloi.

JOM KE MEDAN NIAGA SATOK.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


 

05 November 2014

PUISI : MALAM CIPTAAN CHAIRIL ANWAR

Chairil Anwar
Mulai kelam
belum buntu malam
kami masih berjaga
–Thermopylae?-
- jagal tidak dikenal ? -
tapi nanti
sebelum siang membentang
kami sudah tenggelam hilang
Zaman Baru,
No. 11-12
20-30 Agustus 1957

PUISI : AKU CIPTAAN CHAIRIL ANWAR

CHAIRIL ANWAR
Kalau sampai waktuku
‘Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi



Maret 1943


PUISI PERJUANGAN BELUM SELESAI NUKILAN TUN DR.MAHATHIR BIN MOHAMMAD





PERJUANGAN BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara


Nukilan

Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad

03 November 2014

JNR TERUBOK MASIN SARAWAK DI MEDAN NIAGA SATOK,KUCHING SARAWAK



JNR TERUBOK MASIN SARAWAK DI MEDAN NIAGA SATOK,KUCHING SARAWAK

Siapa yang pernah berkunjung Ke Medan Niaga Satok semestinya tidak melepaskan peluang membeli Ikan Terubok Masin Sarawak terutama pengunjung yang datang dari Luar Sarawak.Terubok Masin Sarawak juga merupakan produk tempatan yang sangat popular bagi mereka yang mengunjungi Bandaraya Kuching 

Sekiranya anda menginginkan terubok masin yang meyediakan kepada anda kualiti yang terbaik,anda bolehlah berkunjung atau singgah ke Gerai No 8, JNR Terubok Masin Sarawak di Medan Niaga Satok yang semestinya memberikan anda kualiti terubok yang terbaik.Malah pengalaman bertahun dalam bidang penghasilan dan penjualan terubok masin menjadikan mereka tumpuan ramai termasuk VIP bagi tempahyan terubok masin.

Pengalaman lebih bertahun dalam pengendalian perusahaan terubok masin berjaya menghasilkan antara Ikan terubok masin yang terbaik dari seluruh Kuching yang mempunyai keistimewaan dan citarasa yang tersendiri.Perusahaan yang diusahakan oleh pasangan suami isteri yang berasal dari Betong,Sarawak ini bertapak sudah lama dengan menjual Terubok Masin Sarawak.Tidak mengira masyarakat tempatan dan pengunjung dari jauh serta pelancong dari pelbagai Negara turut tidak melepaskan peluang membuat tempahan Ikan terubok Masin Sarawak di sini.
Gerai No 8 , Medan Niaga Satok ini juga turut menyediakan pelbagai jenis dan saiz ikan terubok masin dengan harga yang berbeza - beza mengikut citarasa masing masing.

Produk ikan terubok ini DIJAMIN 100% HALAL.100% Produk Buatan Tempatan, Buatan Malaysia.
Senarai harga ikan boleh dirujuk pada gambar di bawah.Anda boleh merujuk video dibawah untuk maklumat lanjut.





PROSES PEMBUNGKUSAN ( PACKING )

KUALITI merupakan antara yang dititik beratkan oleh penjual ikan kepada pelanggan menerima hanya yang terbaik untuk kepuasan hati mereka.Jesteru Pembungkusan adalah antara aspek yang diutamakan supaya kualiti produk dapat dinikmati dalam keadaan yang terbaik.

Malah JNR Ikan Terubok turut menyediakan pembungkusan secara percuma bagi pelanggan yang membawa ikan tersebut ke tempat jauh seperti di Luar Kawasan Kuching dan Semenanjung Malaysia ataupun ke Luar Negera.

Untuk makluman JNR Terubok Masin turut menerima tempahan atas talian  yang memerlukan POS LAJU,CARGO dan CURIOUR SERVICE dengan mengenakan caj harga yang berpatutan lagi berbaloi.

 

Video menunjukkan Proses pembungkusan yang dipraktiskan di
JNR TERUBOK MASIN SARAWAK


Terrubok Masin yang siap dibungkus ( packing ) dan sudah sedia untuk di ambil oleh pelanggan ataupun dikirim melalui pos dan kargo.


PENGUNJUNG YANG MEMBELI TERUBOK MASIN JNR TERUBOK MASIN SARAWAK



UNTUK TEMPAHAN ANDA BOLEH MENGHUBUNGI TALIAN
JNR TERUBOK MASIN SARAWAK


JAAFAR : 016 - 8928375      ROZIE : 016 - 8559774, 013 - 8272964

GERAI B.80 ,JNR TERUBOK MASIN SARAWAK
MEDAN NIAGA SATOK (FAMA )



LETS SUPPORT OUR LOCAL PRODUCT



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my




MASAKAN WARISAN PULAU SERASAN DARI RIAU

 
HUJUNG MINGGU | Pada hujung minggu lepas keluarga kami dikunjungi oleh Mak Uda kami dan beberapa ahli keluarga kami yang lain datang dari Kampung asal ayah saya PULAU SERASAN,RIAU.Sempat dalam perjalanan singgah di PASAR NIAGA SATOK mencari ramuan masakan.
 
Kali ini MAK UDA saya membawakan masakan warisan dari Pulau Serasan,Riau.Bagi yang suka pedas memang  sedap giler lah.Memang makan bertambah tambah Percayalah.
 
Antara Resepi makanan yang siap dihidangkan ................
 
 
SOTONG KURITA SALAI MASAK SAMBAL CILI
 
 
 ACAR UMBUT ALA SERASAN
 
 
NASI DAGANG BERSAMBAL
 
 Semestinya masakan - masakan ini sedap - sedap.Lagipun jarang nak merasa masakan ini kalau tidak kerana kunjungan Mak cik - mak cik saya yang datang jauh dari INDONESIA untuk buatkan masakan ini buat semua.
 
Terima Kasih untuk makcik  - mak cik yang buatkan masakan ini.
 
SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MEMBERKATI KALIAN.
 
Amin.
 

SUMAN LEMANTAK ( SAGU) MAKANAN TRADISIONAL NEGERI SARAWAK


SUMAN LEMANTAK ( SAGU) MAKANAN TRADISIONAL NEGERI SARAWAK

Negeri Sarawak merupakan antara negeri yang terkenal dengan makanan tradisional hasil dari kepelbagaian kaum bumiputera Sarawak yang begitu majmuk dan pelbagai.Setiap kaum termasuk kaum melayu mempunyai makanan tradisional nya masing masing.

Kali ini saya ingin mengajak anda mengenali sejenis makanan tradisional yang dinamakan PAIS SUMAN LEMANTAK. Masakan ini terdiri dari tepung lemantak atau tepung sagu yang gaul dengan nyiur dan ramuan tambahan.Ramuan tambahan yang saya maksudkan ini adalah perasa yang kita kehendaki seperti udang,isi ikan dan sesetengahnya meletakkan hati pari sebagai ramuan tambahan.Bagi saya, antara yang saya gemari adalah dicapur dengan isi udang.Memang SEDAP !


Suman lemantak ini kebiasaannya di masak dengan membakar di bawah bara api selepas Aduan ramuan diletakkan dalam pucuk daun atau dibuat PAIS dalam bahasa tempatan.Selepas dibakar di atas bara api suman lemantak ini boleh dimakan begitu sahaja.

Suman lemantak ini juga ada juga yang dijual oleh masyarakat tempatan di sekitar jalan - jalan utama  kawasan Kuching dengan harga yang berpatutan sekitar RM1.50 ke RM2.00 satiap satu.

Ianya sangat sesuai untuk dimakan ketika sarapan pagi dan minum petang.

Untuk pengetahuan semua juga makanan berasaskan LEMANTAK ini juga merupakan makanan ruji Kaum Melanau di Sarawak.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my