Wednesday, August 16, 2023
AKU HANYALAH PETUALANG BUTA
AKU - MENESULURI NYATA DAN NYAWA MEDAN DUNIA
Biarkan aku begini,
LIRIK LAGU RATU SYURGA - OST GUDANG KUBUR ( 2015 )
LIRIK LAGU RATU SYURGA - OST GUDANG KUBUR ( 2015 )
I Don't Know... Tengah layan facebook sebuah lagu OST yang mengetuk pintu jiwa aku untuk search lagunya merupakan lagu soundtrack filem Gudang Kubur yang diterbitkan pada tahun 2015 bertajuk Ratu Syurga kali ini. Ianya benar - benar menyeru saya untuk berkenalan dengan lagu ini. Belum dipastikan siapa gerangan suara penyanyi dibalik lagu ini...Kalau sesiapa yang ada info boleh komen di bawah posting ini ok.
Walau apapun saya kongsikan video yang saya jumpa dalam youtube yang dinyanyikan oleh Nadeera Sardi yang dikatakan kemungkinan penyanyi yang menyanyikan lagu tersebut di dalam filem Gudang Kubur tersebut beserta dengan lirik lagunya ok.. until further infomation mengenai lagu yang saya rasakan agak.. hmmmmm....
Semoga bermanfaat kepada mereka yang sama sama mencari maklumat lagu ini seperti saya...
Tuesday, June 27, 2023
TEKS DOA DI ARAFAH 1444H / 2023M DARI LEMBAGA TABUNG HAJI
TEKS DOA DI ARAFAH 1444H / 2023M DARI LEMBAGA TABUNG HAJI
Bismillahirahmanirrahim,
Alhamdulillahirabbil Alamin, Terutama Syukur kepada Allah swt dan terima kasih serta penghargaan kepada Lembaga Tabung Haji Malaysia yang telah mengeluarkan Teks Doa di Arafah 1444H / 2023M pada tahun ini dan saya kongsikan dan panjangkan kepada sesiapa sahaja. Semoga ianya menjadikan kita hamba - hamba Allah swt yang taqwa dan menambah penghayatan dan keimanan kita dalam mengambil berkat bulan kemuliaan yang menjadi bulan dilaksanakan salah satu dari rukun Islam iaitu mengerjakan Ibadah Haji untuk kita sama sama mengankat doa bersempena waktu wukuf Jemaah haji di Padang Arafah pada tarikh ini.

PENGISIAN DOA SEPANJANG 330 MINIT WUKUF DI ARAFAH
TIPS MENGISI 330 MINIT WUKUF DI ARAFAH:
Saturday, April 22, 2023
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1444H / 2023H
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1444H / 2023M.
Subhanallah, Walhamdulillah, Laillahaillallah, AllahuAkhbar.
Sepuluh jari saya susun memohon ampun maaf atas segala silap dan salah samaada dari tutur lisan dan perbuatan perlakuan.
Ampuni saya,
Doakan saya,
Restui saya,
zahir dan batin
Semoga Ibadah Puasa dan Aidilfitri menjadikan kita insan manusia yang lebih bersyukur dan tawadduk dalam menjalani amal ibadah, amal kebajikan dan amal kehidupan.
Semoga ianya makin mendekatkan kita pada Allah Swt.
Semoga Allah swt memberikan kita petunjuk dan kemenangan layaknya rasul- rasul dan mereka yang sebelum kita kita.
Semoga Allah swt angkat segala beban dan penyakit serta dosa dosa kita.
Semoga Allah swt menyatukan dan mengukuhkan silaturrahim sesama kita.
Semoga Allah, sempurnakan tauhid, iman taqwa, amal ibadah dan amal kebajikan.
Amin Ya Rabbal Alamin.
WalhamdulillahirobbilAlamin.
Tuesday, March 28, 2023
JANGAN "TAKE TOO PERSONAL " DALAM SEMUA PERKARA YANG BERLAKU DI SEKELILING KAU #COPYPASTE
JANGAN "TAKE TOO PERSONAL " DALAM SEMUA PERKARA YANG BERLAKU DI SEKELILING KAU #COPYPASTE
Jangan "take too personal" dalam semua perkara yang berlaku sekeliling kau. Seolah-olah dunia ini berkisar tentang kau seorang je.
Bila manager bagi nasihat.
Kau tak nampak tu satu nasihat. Tapi kau rasa manager tu sakit hati dengan kau.
Bila client complaint.
Kau tak nampak kau buat mistake. Tapi kau rasa client tu tak happy dengan kau.
Bila mak cik kau tanya nak kahwin bila.
Kau tak nampak sebagai perbualan. Tapi kau rasa mak cik kau tu perli kau.
Bila ada perempuan layan kau baik.
Kau tak nampak perempuan tu just be nice dengan kau. Tapi kau perasan dia syok dekat kau pulak.
Bila orang tak tolong kau.
Kau tak nampak dia ada perkara yang perlu dia utamakan. Tapi kau rasa dia pentingkan diri sendiri.
Bila orang posting good thing.
Kau tak nampak dia share happiness. Tapi kau rasa dia riak.
Susah macam tu tuan-tuan.
Serious Susah.
Bila semua benda kau nak attach jadi "personal" thing. Kau sebenarnya ada problem. Dan problem ni akan buat kau jadi orang yang lalai. Lalai dari hala tuju kau sendiri. Sebab kau akan consume too much time untuk berfikir tentang orang.
Dan dari titik itu
Kemudian kau akan jadi negative.
Kemudian kau akan mula murung.
Kemudian kau akan stop progress.
Bila dah sampai that level. Kalau kau tak hanya stop your own progress.
Worst case,
Kau boleh jadi psycho.
Atau kau akan kena anxiety.
Nampak normal, tapi jiwa tak damai.
So stop being too personal about everything. Be positive and enjoy your life.
#NeverStopImproving
"Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu)." - 56:74
AZLAN BIN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
Wednesday, March 22, 2023
SYUKUR DAN SALING BERBAGI DI BULAN PUASA BULAN RAMADHAN YANG DIMULIAKAN
SYUKUR DAN SALING BERBAGI DI BULAN PUASA BULAN RAMADHAN YANG DIMULIAKAN
Lahaulawala quwata illah billah.
Amin Ya Allah.
#MusafirDunia
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my