Tuesday, May 15, 2018

KEPADA KITA - KITA SEMUA,BERSEDERHANALAH ( KERAJAAN BARU ).


KEPADA KITA - KITA SEMUA,
BERSEDERHANALAH ( KERAJAAN BARU ).

Bersederhanalah,
Jangan terlalu turutkan rasa dan emosi,
Kerajaan baru,
Dasar dan Polisi Baru,
Dan
Mentaliti kita juga seharusnya baru.
Buangkanlah pesimitik dan prejudis.
Kita Sama - sama menantikan pelaksanaan
Pentadbiran baru ini.
Tinggalkan emosi kempen dan pilihan raya.
Biarkan berlalu.
Usahlah Cemuh mencemuh dan keji mengeji
Kita masih ada esok hari.

Apa yang penting,
Perdana Menteri yang lama menjadi baru,
Menteri - menteri yang baru,
Dengan barisan kabinet yang baru,
Negara dan kerajaan dengan wajah - wajah yang baru,
Sistem pengurusan dan pentadbiran yang baru.
Sementara kita ? 
Apakah bersedia untuk pembaharuan ini ?
Berjuta Rakyat,
Pelbagaui kehendak dan kemahuan,
Sikap dan pendirian yang lain - lain.
Permintaan yang pelbagai,
Warna dan Lukisan kehidupan yang pelbagai corak.
Ada yang mensyukuri,
Ada yang mengkesali,
Ada yang memuji,
Ada juga yang mencaci dan mengkeji.
Tapi kita harus selalu tanya diri.

Sekarang,
Terpulanglah pucuk yang mengetuai,
Menurut suara majoriti dan menunaikan janji - janji.
Semoga menjadi Realiti dan di realisasi.

10.05.2018

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: