AKU HANYA MANUSIA YANG SEADANYA
Aku,
Diriku....
Warak tidak,
Alim pun bukan,
malah jauh sekali dari sifat
kesempurnaan.
Melainkanhanya sebahagian
dari Ciptaan Allah Swt.
Insan yang bergelar manusia.
Namun,
Aku tetap berusaha,
Aku tetap menjalani,
Aku tetap menghadapi,
Dengan Sebaik mungkin
Apa saja yang memberkan
kebajikan dan kebaikan
Mahupun pada diri sendiri,
Mahupun pada seseorang,
Mahupun pada sesama insan,
Mahupun sesama mahkluk,
Mahupun Seluruh alam.
Kerana aku sedar,
Nyawa akan kembali ke sisi Ilahi,
Jasad akan mati,
Dunia akan pergi,
Diriku nanti hanya akan dikenangi,
Namaku juga akan beransur dilupai.
Begitulah hidup,
Punya penghujung dan saatnya akan menghilang
Seperti debu-debu yang menyelubungi
Kemudian hembus angin dan menyepi.
Sementara masih ada hayat di dunia ini.
Tidak kira sesiapapun diri kita ini,
Syukuri dan nikmatilah,
Apa yang tetap masih tinggal dan ada,
Usahakanlah dengan semangat yang tiada pernah mati,
Jalanilah dengan sepenuh hati.
Mudahan hidup seribu tahun lagi,
Abadi dalam sebutan dan
Tulus doa - doa pada Ilahi.
Kepada Allah,
Tuhan Sekalian Alam,
Berserah sampai Akhir Nanti.
23.05.2018
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment