Monday, April 09, 2018

PANTAI

PANTAI

I
Puing puing kecil yang melukis keindahan dimusim lalu yang menawarkan segala bengkak di benak hati.
Lalu kenangan menjejak tinggalan senyuman yang masih menghibur hati di saat ini.
Pasir dan desir ombak melukis sambil menyanyi tentang tawa riang dan sepasang jiwa dengan kisah asmara.
Kepada laut.
hanyutkanlah duka luka dan airmata agar cahaya dalam rasaku tetap silau menyinar.. Kepada angin.. Hembuskan doa dan kata kata yang menyampaikan rasa dan bicara yang tak terucap.

II
Jadikan diriku penyinta yang tetap mengisihi dan penyayangi penuh belas kasihan.
Sehinggakan tiada lagi ruang tinggal untuk dendam,benci dan amarah.

Biarkan aku genggam kedamaian,kebahagian dan ketenangan ini,
Kerana aku menginginkannya bukan kerana sesiapa,tetapi atas sifatku yang punya rasa dan kerana aku manusia.

28032018

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: