Thursday, April 28, 2016

MAKAN SANTAI DI FOOD COURT & CAR PARKING SAUJANA KUCHING,SARAWAK


MAKAN SANTAI DI FOOD COURT & CAR PARKING SAUJANA KUCHING,SARAWAK

Bertahun sudah saya tinggal di Kuching,Saujana merupakan antara salah satu tempat yang saya suka kunjungi.. Kenapa ? sebab M A K A N ! Bangunan Saujana yang terletak di kawasan Bandaraya Kuching ini menempatkan tempat letak kereta bertingkat dan di Tingkat paling atasnya di tingkat 5 terdapat Food Court atau medan selera yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman.

Tempatnya tidaklah setaraf hotel ataupun restaurant - restaurant namun ianya sangat memenuhi citarasa pengunjung terutama pengunjung yang ingin menikmati selera masakan kampung,tradisional dan pelbagai lagi jenis masakan - masakan yang sedap.


Pengunjung - pengunjung yang ingin menikmati masakan melayu terutama masakan Melayu Sarawak bolehlah mengunjungi Medan Selera Saujana.Medan selera ini turut menyediakan puluhan gerai makanan yang menyediakan aneka pilihan sajian dan makanan berlauk.

Terdapat masakan kampung, ala carte pun ada.Selain itu semestinya Mee Kolok dan Laksa Sarawak juga turut di jual di sini.


Selain anda menjamu selera dengan pelbagai lauk pauk dan makanan yang terdapat  di sini.Apa yang lebih menarik adalah makanan yang disajikan kepada anda adalah pada budjet yang berpatutan.Tidak hairanlah sekiranya bukan sahaja pengunjung tempatan malah para pelancong yang daari pelbagai negara turut ke sini bagi menikmati kelainan dan selera - selera Masakan Melayu Sarawak yang terdapat di sini. 



SISWA CORNER DI SAUJANA KUCHING SARAWAK

Gerai Siswa Corner adalah salah satu kedai yang selalu menghambat hati saya kerana pilihan - pilihan yang menarik serta layanan tuan punya kedai yang sangat mesra pelanggan.Selain itu harga yang diberikan kepada pengujung adalah berbaloi . Selalunya gerai Siswa Corner akan menjadi pilihan saya apabila saya berkunjung ke Medan Selera ini.
 
Siswa Corner menyediakan pelbagai aneka makan Melayu Sarawak termasuk pelbagai jenis Umai , Kerabu dan sambal menyambal serta ulam - ulaman.Terdapat juga aneka masakan ayam,daging sapi dan kambing,Sotong serta ikan dan pelbagai lagi makanan yang lain.


NAHH.. Perut pun dah lapar dan masanya untuk menikmati hidangan.Ini merupakan sebahagian dari pilihan saya pada kunjung ke Medan Selera Saujana di Gerai Siswa Corner pada kali ini.Makanan nya simple tapi menyelerakan.


 
PEMANDANGAN DARI ATAS MEDAN SELERA SAUJANA KUCHING SARAWAK

Makanan di  Medan Selera Saujana sangat murah.Namun begitu,Anda nak tahu apa yang mahalnya di sini. Pemandangannya....yaa...Saya paling suka berjalan - jalan dan menikmati pemandangan di mana sahaja saya berada. Menjamu selera di sini sambil berlatar belakangkan pemandangan menarik  sekitar Bandaraya Kuching akan lebih menarik hati anda.

Pemandangan sekitar Bandaraya Kuching dari tingkat 5 Saujana menampakkkan pemandangan sebahagian dari Bandaraya Kuching yang sangat indah di samping anda dapat menyaksikan kesibukan kota.Terdapat pelbagai pemandangan yang dapat di saksikan dari sini yang turut di hiasi oleh kehijauan lanskap bandaraya Kuching Sarawak.



Memang tidak dinafikan medan selera Saujana ini dari dahulu dan sekarang ianya merupakan salah satu tempat yangs ering dijadikan pilihan saya dan keluarga saya untuk menjamu selera ketika bersiar - siar di sekitar Bandar Kuching terutama pada hujung minggu.

Ditambah dengan ianya berdekatan dengan beberapa lokasi utama di bandar Kuching seperti Masjid, India Street,Merdeka Plaza Kuching, Padang Merdeka,Museum,Waterfront Kuching dan banyak lagi..

Best kan ?  




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my






No comments: