Monday, April 18, 2016

KEMEWAHAN RUMAH KEDIAMAN BINTANG - BINTANG SELEBRITI TERKENAL


KEMEWAHAN RUMAH KEDIAMAN BINTANG - BINTANG SELEBRITI TERKENAL

Kehidupan yang popular dengan gaya hidup yang mewah merupakan sesuatu yang sering berkaitan.Kehidupan yang dilimpahi dengan hasil bayaran yang sangat tinggi serta pendapatan yang mencecah jutaan dollar dari setiap pendapatan mereka membolehkan mereka untuk membeli rumah impian mereka mengikut apa jua citarasa yang mereka inginkan serta memiliki kereta yang hebat - hebat dan dansemesti mereka memilih lokasi - lokasi kediaman yang terbaik dengan pemandangan yang sangat indah dan menakjubkan.

Selain itu rekaan - rekaan dari pereka - pereka terbaik serta rekaan perabot berjenama yang elegan juga merupakan pakej yang menampilkan kehidupan seorang selebriti yang sering menjadi tumpuan media dan paparazi yang ingin mengethui perkembangan semasa dan mencungkil gaya hidup selebriti yang mengumpul aset dan kekayaan melalui karier mereka sebagai selebriti yang terkenal dan popular.

Semestinya bintang - bintang selebriti ini menghabiskan wang mereka dengan mempertimbangkan keputusan mereka dalam merealisasikan impian mereka untuk memiliki aset - aset impian mereka untuk menjalani kehidupan harian mereka.

Kali saya kongsikan beberapa kediaman bintang - bintang terkenal selebriti terkenal yang sering diperkatakan oleh para media yang semestinya sebahagian kediaman ini pastinya mengagumkan anda semua.


ADELE

Adele memilih rumah yang terletak pinggir bandar dengan kos £ 6 juta. Dia juga suka untuk berkongsi Kediamannya di West Sussex dengan teman lelakinya Simon Konecki.Rumah kediaman yang selesa ini mempunyai sepuluh bilik tidur, dua kolam renang dan gelanggang tenis.


WILL SMITH DAN JADA SMITH

Rumah yang dibina di atas tapak seluas 150 ekar ini terletak di lokasi Calabasas,California.Rumah kediaman keluarga Smith ini memilih konsep gaya Adobe yang benar - benar merupakan ciri - ciri yang mencerminkan pilihan kedua pasangan Smith.


BRAD PITT DAN ANGELINA JOLIE

Pasangan sensasi ini memiliki hartanahnya sendiri di seluruh dunia.Terdapat satu rumah kediaman pasangan ini yang terletak di Selatan Perancis.Rumah ini dikelilingi oleh hutan yang terpencil.Pasangan ini telah membeli sebuah Château dengan kos £35 juta untuk menikmati beberapa hari berehat dan menghabiskan masa dengan anak - anak mereka.


DAVID AND VICTORIA BECKHAM

Pasangan Beckham ini boleh dikatakan telah membeli banyak rumah di serata dunia.Rumah kediaman David Beckham dan Victoria Beckham ini dinamakan Beckingham Palace.Pasangan ini membelinya pada tahun 1999 dengan harga  £2.5 juta.Rumah gaya inggeris ini menempatkan kolam renang indoor,Bilik Snooker dan Bilik mandi Audrey Hepburn, sebuah gelanggang tenis dan semestinya gymnasium untuk menjalani latihan.


OPRAH WINFREY

Oprah telah telah membeli rumah ini dengan harga $85 Juta dan ianya terletak di Montecito, California.Rumah kediaman Oprah ini mempunyak keluasan 23,000 kaki persegi dan semestinya Oprah merancang dan mereka sendiri rekaan dalaman rumahnya bersesuaian untuk mewakili personalitinya.


PARIS HILTON

Paris Hilton suka dengan kediaman yang mengenakan konsep dan gaya Tuscon.Pada tahun 2006 beliau membeli sebuah kediaman di Hollywood Hills dengan harga $3.1 juta.Paris seorang yang menekankan keselesaan hidupnya oleh itu beliau telah banyak menghabiskan wang untuk membangunkan rekaan dalaman rumah ini dan menambah baik reka bentuk rumah ini agar kelihatan esklusif dan menepati kemahuannya dalam memenuhi impian rumah impian beliau.


 GEORGE CLOONEY DAN AMAL CLOONEY

George dan Amal Clooney membeli rumah kediaman ini dengan harga $10 Juta bersempena hari perkahwinan mereka.kediaman yang besar ini terletak di Berkshire mempunyai 9 bilik tidur.Dikhabarkan pasangan ini membuat pengubahsuaian rumah kolam,kolam renang dan semestinya pawagam di dalam rumah sebelum mereka berpindah masuk ke rumah ini.


KANYE WEST DAN KIM KARDASHIAN
 .
Pasangan sensasi ini Kanye West dan Kim Kardashian membeli kediaman yang terletak di Bel Air ini dengan harga kira - kira $11 Juta. Pasangan ini membeli kediaman ini dari bekas pemiliknya iaitu, Lisa Marie Presley.Kediaman untuk kedua pasangan ini dibina di atas tapak seluas 3 ekar dan mempunyai 8 bilik tidur, 10 bilik mandi, dua kolam renang serta ladang anggur.


BLACK LIVELY DAN RYAN REYNOLDS

Rumah pasangan ini yang dibina pada tapak seluas 1.7 ekar menelan kos perbelanjaan $2.3 juta . Kediaman pasangan ini terletak di New York. Kediaman ini termasuk bilik berdinding tamu, ruang makan yang formal, perpustakaan  serta anjung yang dihiasi oleh pemandangan matahari yang sangat indah. Kediaman ini juga dikelilingi taman - taman yang subur.


TIGER WOODS

Kediaman selebriti sukan Tiger Woods boleh dianggap merupakan antara kediaman yang paling mahal di dunia.Ianya tidak menghairankan dengan menilai pendapatan yang beliau kecapi hasil penglibatan beliau memenangi banyak kejohanan - kejohanan peringkat dunia.Pemain golf professional memiliki kediaman ini dengan anggaran kos $60 juta yang terletak di Jupiter Island di Florida,Amerika Syarikat.Aset kediaman mewah ini bermula dari Intracoastel Waterway mengadap ke Lautan Atlantik  yang turut menempatkan lapangan rumput yang cukup luas untuk golf.


JENNIFER LOPEZ

Kediaman cantik penyanyi dan pelakon terkenal Jennifer Lopez terletak di Hampston dan ianya telah menelan kos belanja sebanyak $18 Juta di mana majlis meraikan rumah ini telah dihadiri oleh ramai rakan - rakan selebritinya.Kediaman J.Lo ini menempatkan 7 bilik tidur,ruang makan yang sangat bergaya, perpustakaan serta kolam renang,Selain itu ianya menempatkan sebuah bilik media.Ianya betul - betul rumah impian.


TAYLOR SWIFT

Taylor membeli rumah  di Rhode Island ini dengan harga $17.7 juta dan apa yang paling mengejutkan Taylor membeli rumah ini secara cash atau tunai.Wow ! kemudian,rumah kediaman Taylor Swift ini di bina pada tahun 1930 di atas tapak seluas 5 ekar dan ianya hanya 65 kaki di atas paras air laut.Rumah kediaman penyanyi terkenal ini menempatkan kolam renang yang cukup besar, taman seluas 5 ekar dan ianya terletak betul - betul bersebelahan dengan laut.


MARK WAHLBERG

Mark memilih rumah dengan gaya Itali dan ianya dibina diatas tapak yang cukup luas untuk menempatkan kolam renang dan gelanggang tenis.Vila yang cukup selesa ini terletak di Los Angeles.


JOHN TRAVOLTA

Mungkin ramai yang terkejut apabila melihat kediaman John Travolta yang dilengkapi dengan parking Kapal Terbangnya sendiri.Tidak dinafikan John Travolta merupakan seorang peminat kapal terbang dan pesawat  secara umumnya dan beliau menerbangkan sendiri kapal terbangnya.


RIHANNA

Rihanna telah membelanjakan kos sebanyak $21.8 juta untuk memiliki rumah ini yang terletak di lokasi One Sandy Lane.Apa yang anehnya Rihanna juga mempunyai beberapa rumah yang lain sama ada dibeli atau disewa olehnya di beberapa lokasi termasuk Los Angeles,Aspen dan Barbados yang merupakan tempat kelahirannya.. Hmmm..kenapa ye ?



sumber


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: