Thursday, March 26, 2015

PENANGKAPAN GADIS PENGHISAP DADAH AKHIRNYA DIDEDAHKAN


Masih ingat tak sebuah video yang menjadi viral di laman media sosial yang memaparkan video seorang gadis yang bertudung menikmati barang yang dipercayai dadah Kokain bersama rakan - rakannya ? Video yang tidak sampai 5 minit itu telah meletup di laman sosial dan ramai yang mengkritik perbuatan gadis tersebut yang mencemarkan imej gadis bertudung sepertinya dan menggesa supaya gadis tersebut diserahkan  kepada Bahagian Narkotik.

Bagaimana pun, baru - ini terdapat sumber yang mengatakan bahawa keluarga gadis tersebut bergegas mencari gadis tersebuit di kediamannya di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur untuk mendapatkan sebarang kemungkinan penjelasan dari gadis tersebut berkenaan dengan perbuatan dan tindakan nya seperti yang dipaparkan dalam video tersebut.


Walau bagaimana punm gadis tersebut yang seolah - olah telah menghidu dari awal akan tindak - tanduk ahli keluarganya yang mencarinya di sekitar Bandar Kuala Lumpur bertindak membawa dirinya ke sebuah rumah rakan nya di sekitar Bangsar.Namun begitu rakannya telah bertindak menghubungi salah seorang ahli keluarga nya dan memberitahu lokasi mereka berada.

Setelah berjaya mendapatkan gadis tersebut ahli keluarganya telah membuat keputusan untuk membawa gadis tersebut pulang ke kampung untuk menjalani pemulihan.

CREDIT : OH - MY GUMMY BLOG

No comments: