Friday, October 31, 2014

KOLESTROL DAN LANGKAH MENGAWALNYA


Pada masa kini,Ramai orang yang mempunyai masalah berat badan mahupun kesihatan terutama kesihatan 3 serangkai seperti kencing manis,darah tinggi dan  penyakit jantung mempunyai masalah dalam merancang pelan penjagaan kesihatan mereka.Antara salah satu sebabnya adalah kurang memahami faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan mereka.Salah satunya adalah dengan mengawal pengambilan makanan yang mempunyai kadar kolestrol yang tertentu dalam setiap hidangan.Apakah itu kolestrol ?

Kali ini saya ingin berkongsikan kepada anda sedikit tentang pengetahuan KESIHATAN yang mudahan bermanfaat untuk semua.

Apakah itu kolesterol?

Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Badan kita memperoleh kolesterol daripada makanan yang bersumberkan haiwan di samping menghasilkan kolesterol sendiri di bahagian hati. Molekul kolesterol diangkut melalui darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein, terdapat dua jenis kolesterol yang utama iaitu:
 
                 i.  Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) berkecenderungan dimendakkan dalam    
                      saluran darah yang menyebabkan penyumbatan salur darah dan meningkatkan risiko
                      penyakit kardiovaskular.
 
                 ii. Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) mencegah penyempitan saluran darah  
                      jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol dalam saluran darah. Oleh itu, ia
                     menurunkan risiko serangan jantung.
 
Mengapa perlu mengawal pemakanan ?
  1. Memastikan tahap kolestrol dalam badan adalah dalam julat yang normal
  2. Risiko kardiovaskular dapat dikurangkan
Tidak ramai yang menyedari tentang terapi diet untuk kesihatan walaupun hakikatnya terapi diet adalah sangat berkesan untuk menurunkan kadar kolestrol sebanyan 10%-15 %
 
Contoh Makanan Tinggi Kolesterol
Makanan
Sukatan/ Berat (g)
Kolesterol (mg)
Hati lembu
½ cawan (124)
356
Hati ayam
2 ketul (105)
353
Telur itik
1 biji (73)
243
Telur puyuh
5 biji (60)
188
Udang
3 oz.
166
Telur ayam
1 biji (53)
157
Ikan bilis
½ cawan (28)
86
 
Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan,Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Langkah - Langkah Menurunkan Kadar Kolestrol
 
Terdapat beberapa langkah dalam usaha menurunkan kadar kolestrol dalam badan yang harus diikuti secara disiplin dalam melaksanakan usaha dan tindakan untuk kesan dan hasil yang optimum.
 
1. Mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolestrol
  • Kuning telur yang tidak melebihi 2 biji seminggu
  • Mengurangkan makanan dari biji telur termasuk kek dan biskut krim
  • Pengambilan organ dalaman haiwan seperti hati,limpa dan hempedal perlu dihadkan.
  • Mengelak pengambilan bahagian kepala atau telur pada makanan laut seperti Ikan ( Kepala ) udang dan ketam.
2.Penyediaan makanan secara ideal dan sihat.
 
  • Kulit dan lemak dan ayam/daging harus dibuang sebelum dimasak.
  • Mengamalkan kaedah memasak yang lemak seperti Kukus,rebus,panggang dan bakar
  • Mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan.Saranan untuk Kuali tidak melekat ( Non Stick Pan )
  • Gunakan minyak campuran (brended oil) dalam memasak.
  • Pengambilan asid lemak seperti Omega 3 terutamanya dalam ikan ( Salmon,Kod,Tuna,Jelawat dan Herring ) .Juga dalam Walnut,Minyak flaxseed dan sayur - sayuran hijau.
3. Meningkatkan Pengambilan makanan berserat tinggi.
  • Amalkan mengambil 20-25 g serat sehari, Melalui 2 ke 3 hidangan buah - buahan,3 ke 4 hidangan sayur - sayuran  dan 5 ke 7 hidangan bijirin penuh.
  • Mengambil serat larut air ( soluble fibre) sekurang - kurangnya  10-15 g sehari untuk menurunkan paras kolestrol LDL.
 
 
Sumber dari : Bahagian Pendidikan Kesihatan,Kementerian Kesihatan Malaysia.
                           http://www.myhealth.gov.my
 
Diharapkan perkongsian ini mampu memberikan manfaat bagi mereka yang benar - benar komitmen untuk kesihatan yang lebik baik.
 
 
 


No comments: