Friday, October 31, 2014

ADA APA DGN CINTA REUNION DALAM MINI DRAMA 2014

 
 
Kalau mereka yg melalui zaman tahun seawal 2000,pasti kenal dengan wajah wajah ini.Filem ADA APA DENGAN CINTA yang memulakan tayangannya pada 2002.Dibarisi para pelakon-pelakon muda yang sangat berbakat dalam membawa watak -watak masing.Antara pelakon yg membintangi AADC pada ketika itu adalah
 
Dian Satrowardoyo,'
Nicholas Saputra,
Titi Kamal,
Ladya Cheryl,
Sissy Priscilla,
Adinia,Wirasti.

Filem yang diarah oleh Rudy Soedjarwo ini turut memuatkan original soundtrack yang barisan lagu hasil ciptaan Melly Goeslow dan Anto Hoed.Antara yang paling popular adalah lagu Ada Apa Dengan Cinta yang dinyanyikan secara duet oleh Melly Goeslaw dan Erick Benzi.

Filem ini juga menampilkan tentang seni Kesusasteraan nusantara seperti puisi dengan memuatkan puisi puisi yang menarik dengan deklamasi yg sungguh indah dengan suntikan emosi dari pelakon yang turut menaikkan suasana kesenian puisi yang disampaikan.

 
Ada apa dengan cinta kali ini kembali menerusi Mini Drama nya di tahun 2014.Drama yang diterbitkan untuk memprosmosikan Aplikasi android LINE juga memuatkan kisah yang penuh persoalan dan dilemma.Jika anda masih ingat pada ADA APA DENGAN CINTA 2002,di akhir ceritanya Rangga telah berpindah ke Kota NEW YORK namun telah kembali ke Jakarta untuk urusan kerja.Lalu dicuba bertemu dengan Cinta.Walaubagaimana pun dalam usaha mengatur pertemuan itu pelbagai persoalan dan dilemma muncul di hati masing masing yang masih meragui tentang mesej misteri menerusi LINE itu.Dalam filem pendek ini juga memamparkan tentang kehidupan Rangga,Cinta Dan Sahabat - sahabat rapat cinta yang sudah dewasa dan mereka masing - masing dengan karier mereka.
 
 
 
Bagaimanakah pengakhirannya nanti? Apakah yang terjadi dengan Cinta Dan Rangga?Apakah mereka masih mempunyai perasaan yang sama ?

 
 

No comments: