23 March 2015

SYUKUR : KITA MERASA SUSAH,ADA YANG LEBIH SUSAH DARI KITA



S Y U K U R

Mungkin ramai diantara kita sekarang selalu mengeluh tentang kesusahan dan kepayahan serta kesukaran hidup yang dihadapi saban hari.Ramai yang mengeluh kesah tentang apa yang dihadapi dalam kehidupan sehari terutama yang melibatkan duit atau wang.

Namun sedarkah kita disaat kita mengeluh tentang kehidupan kita yang kita ada sekarang ini,Lebih ramai yang menghadapi kesukaran yang jauh lebuh berat daripada apa yang kita hadapi sekarang ini.
Namun begitu,kesukaran yang mereka hadapi dihadapi dengan sikap diri yang wajar dengan mencari jalan kehidupan yang berterusan.

Disaat kita memilih dan merungut tentang makanan kita , ramai yang di sisi lain berjuang mencari makanan untuk mengisi perut.

Disaat kita tidur dalam suasana yang selesa dan menyenangkan ramai yang terpaksa tidur berlantai tanah dan berbumbung langit tanpa selimut.

Disaat kita mengeluh tentang kehidupan kita.Ramai yang diluar sana yang menginginkan kehidupan seperti yang kita jalani.

Dalam kehidupan yanh serba ada dengan kudrat yang ada.Kita selalu tidak mensukuri kehidupan yang kita da.

Kita merasa kita susah tetapi ada yang lebih susah daripada kita.

Kecukupan itu terpulang pada penerimaan kita sendiri.Orang yang selalu bersyukur sentiasa akan merasa cukup tenang tanpa mengharapkan sesuatu yang melebihi dari usaha mereka sendiri.
Orang yang bersyukur juga akan sentiasa Allah tambahkan rezeki atas setiap kesyukuran mereka menerima apa yang Allah berikan.

Allah mengasihi dan menyukai umatnya yang mensyukuri.

Bersyukurlah kita sementara diberi nyawa dan kecukupan kudrat dan diberikan rezeki dalam kehidupan ini sedang yang lainnya diuji dengan kemiskinan dan kekurangan dan masih berjuang untuk mencukupkan segalanya.

SYUKUR ITU BERKAT.
SYUKUR ITU KUDRAT
SYUKUR ITU TENANG
SYUKUR ITU BERKAT
SYUKUR ITU DUNIA AKHIRAT.

19 March 2015

ALKISAH KEKASIH YANG TIDAK DI ANGGAP

www.azlanrumadi.blogspot.com


TAK TAU NAK CAKAP APA . Pernah tak anda berapa di situasi yang seperti dalam kedua gambar ini ?

Sama ada ada yang memandang situasi ini sebagai "PERASAN " SYOK SENDIRI atau sebagainya.Namun pertama sekali saya melihat kiriman ini,agak geli hati dan ketawa apabila melihat dari sisi lelaki dalam gambar tersebut.

Kadang - kadang kita merakan  seseorang yang cukup istimewa dan menganggap mereka sebagai CINTA dari suatu di sisi namun anggapan itu tidak sama dari sisi yang satu lagi.

Apa -apa pun dalam pergaulan mesti ada sesuatu yang jelas supaya tidak menimbulkan kekeliruan sesama mereka.

PENGORBANAN MULIA SEORANG GURU OKU DI PALESTIN


GURU | Saya percaya hampir kesuluruhan kehidupan yang anda kerjakan dan dimana anda berada sekarang ini adalah melalui kerjaya insan - insan yang kita panggil GURU atau Cikgu.Segala ilmu yang kita belajar melalui mereka menjadikan siapa dan dimana kita berada pada hari ini.

Saya terjumpa satu kisah yang menyentuh sanubari saya dilaman laman facebook pada hari ini berkisar tentang seorang guru yang dalam kekurangan jasadnya telah berdiri dengan sifat kemuliaan mengajar dan memberikan pendidikan kepada mereka yang memerlukan di Bumi PALESTIN.Kekurangan pada daya anggota tidak membataskan semangat perjuangan beliau untuk memberikan pengetahuan yang akan menjadi bekalan dunia dan akhirat buat generasi muda pada suatu hari nanti.

Kita doakan semoga Allah merahmati dan memberkati insan ini serta guru - guru kita yang menjadikan diri kita dan dimana kita pada hari ini.

Amin.




16 February 2015

NORA DANISH AKAN BUAT LAPORAN POLIS BERHUBUNG VIDEO PENGGANAS YANG MEMAPARKAN GAMBARNYA


NORA DANISH |  Berikutan gambarnya yang dipaparkan dalam sebuah video ala pengganas ISIS yang menjadi viral buat masa ini.Pelakon jelita Nora Danish akan tampil membuat laporan polis setelah mengetahui bahawa gambarnya terpampang dalam sebuah video yang dimuat nait menggunakan ID ISIS MALAYSIA 69.

Video tersebut yang kini tersebar luas dan menjadi trending terkini di laman sosial memaparkan 4 orang anak muda yang menggelarkan diri mereka Anak Muda Malaysia mengugut akan menyerang mahkamah pada jam 11.30 malam pada 18 Februari ini pada hari Rabu.
 
"Berita ini saya dengar melalui rakan tengah hari tadi. Saya sendiri sudah menonton video berkenaan. Jelas mereka tidak menyebut nama saya.
"Malah perkara yang dibualkan juga tiada kena mengena dengan saya.
"Cuma kelihatan di dalam video itu gambar saya dipegang oleh mereka. Saya tak mahu komen lebih-lebih.
"Apa yang saya boleh katakan saya akan buat laporan polis sekejap lagi," kata Nora yanf dipetik dari BH Online sebentar tadi 

 

Dalam video tersebut juga menunjukkan salah seorang daripada mereka memegang gambar nora danish yang tidak dapat dipastikan motif sebenar mereka dan 3 botol yang menyerupai bom peletup molotov koktail.

SUMBER : BLOG MY CHANNELMEDIA

 

SANTAI HUJUNG MINGGU BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 5C SMK DEMAK BARU KUCHING,SARAWAK


FORM 5C 2015 SMK DEMAK BARU KUCHING,SARAWAK | 

First of all,

HAPPY BIRTHDAY TO NENG....PEACE..

Last weekend saya sempat menjadi escort untuk geng - geng comel yang merupakan calon SPM 2015 dari SMK DEMAK BARU KUCHING serta menyambut hari ulangtahun adik Neng ( budak - budak ni tak bagi nama sebenar dengan saya ! huhu... ) yang ke 17 tahun.Tahniah adik neng kita.

"Semoga Allah merahmati dan memberkati dan semoga panjang umur dan dimurahi rezeki " 
Amin. 

Thanks kerana menjemput abang join program korang... korang memang sporting berabislah....
Thanks untuk setiap detik "HAPPY"  kita semua...




Yang ayu bertudung pink baju merah lengan panjang dan senyum lebar tu adik Neng kita."Birthday Girl" yang diraikan.


 

 Lagu Hari Jadi buat Neng..
 

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/
http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/


http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

 Selesai acara meniup KEK program kita di teruskan dengan panggang memanggang...dan yang paling utama

"SELFIE  !!!! " hehhehehe..
 

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

EHEM........ jangan komen....


http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

"Jadi selepas ni kita buat rumah kat situ.. siap dengan swimming pool dan lagoon sekali k" yang penting....tempat ternak jaws sekali k... hehehe..

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/ 
 
http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/ 

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/ 

 
Program berlangsung sehingga ke Matahari Terbenam... menikmati pemandangan senja di ufuk garis jingga..
 
http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/ 
 
http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/ 

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/ 
 
http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/ 
 
http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/ 
 
http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/ 
 
 
 
Dan seterusnya.. gambar - gambar aksi dari model - model majalah
 "SEPETANG BERSAMA 5C 2015 SMK DEMAK JAYA"

 
 
Yang sorang ni ENSEM !... jangan jeles semua..dan PLEASE ! jangan gossip ok..
 
 
 
Akhir kata dari saya..

TERIMA KASIH UNTUK ADIK - ADIK COMEL.. HEHEHE...
SEMOGA PELAJAR FORM 5C 2015 SMK DEMAK BARU berjaya dalam Peperiksaaan SPM yang akan datang..buat sehabis baik k.. Tiada yang mustahil...

Jadikan setiap memori dan saat bersama dengan semua adalah satu kenangan yang menjadikan senyuman diketika - ketika yang tertentu..

Persahabatan dari ikhlas dan tulus hati adalah satu persahabatan yang terindah.

BECAUSE I AM HAPPY..
 
KORANG MEMANG SPORTING GILER.!
 



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com