22 October 2014

MENSYUKURI KEHIDUPAN.

KEHIDUPAN itu adalah rahsia Allah.Ada turun dan naik,jatuh dan bangunnya.Namun selagi kehidupan itu jalani,haruslah kita syukuri dan redhai disampin kita mengusahakan kehidupan yg lebih baik dan lebih maju dengan mempelajari ilmu dan pengetahuan dengan pembelajaran yang takkan putus dan berakhir.

Teruskanlah kehidupan kita dengan tidak melupakan Allah.Allah segala galaNya.

SYUKURI SEGALA YG ALLAH ANUGERAH DAN KURNIAKAN.

InshaAllah.

HAKIMI IN DA HOUSE IN THE GIANT TABUAN,KUCHING,SARAWAK




HAKIMI IN DA HOUSE IN THE GIANT TABUAN,KUCHING,SARAWAK

MENGHIBURKAN ! Dia adik bongsu kepada adik ipar saya.Orangnya nakal dan comel gitu.

Sempatlah tengah berjalan - jalan di Giant Tabuan hari, dia berhenti di satu sudut.Katanya nak main kereta.Jadi bookinglah satu kereta ini.Maka bermulalah satu aksi hiburan dan lagi menghiburkan melihat telatah dia bermain kereta itu.Kita perhati je.

Last - last.. malu pulak.... hahahahahah.......





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



 

DUCATI DIAVEL UNTUK BALIK BERAYA... TETAPI.......



DUCATI DIAVEL UNTUK BALIK BERAYA... TETAPI.......

Sebelum pulang Raya Aidiladha 2014 singgah di rumah Ayahanda Guru  Mahmud. Ternampaklah motor idaman ini..

posing posing jap.

hehehe.

mantap!




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

TRIP CASTING BALIK RAYA AIDILADHA 2014 DARI KUCHING KE KAMPUNG PUSA,.BETONG,SARAWAK


TRIP CASTING BALIK RAYA AIDILADHA 2014 DARI KUCHING KE KAMPUNG PUSA,.BETONG,SARAWAK

Mengimbau kenangan perjalanan balik Raya Aidiladha tahun 2014 bersama Jai Slank,Drahman dan Chekgu Syabeli.

Perjalanan kali ini agak istimewa.Sepanjang perjalanan pulang Ke Kampung Halaman di Pusa,Betong kami sempat singgah di beberapa lokasi untuk casting.Target untuk meminang ikan - ikan haruan untuk di daratkan.

Keberangkatan seawal pagi menuluri jalan persisir jalan laut ke Asajaya di Kota SamarahanKuching.

Seekor haruan seberat 300g berjaya di daratkan.Yang Lain... Haruan dah raya lebih awal kot ? kah kah kah..

Berikut melupakan wajah - wajah 'Man In Action" pada trip casting bali raya Aidiladha 2014.

 
Setelah itu perjalanan diteruskan lagi ke beberapa lokasi untuk mencuba luck di tempat lain pula.
 
 

Sampai malam BEB ! casting memburu ikan diteruskan.Namun kerana faktor waktu dan masa kami akhirnya meneruskan perjalanan pulang kampung setelah seharian mencari port casting.

Santai - santai je pun.... tapi tetap pulang...

ESOK NAK RAYA OI..
 






AZLAN RUMADI
 www.azlanrumadi.blogspot.com



LUKISAN FANTASI WATAK SUPERHERO DARI IMAGINASI KANAK - KANAK

Saya percaya setiap orang mempunyai pengalaman dan kisah zaman kanak kanak masing.Setiap kita juga pernah mempunyai fantasi masing masing.Ini termasuk watak watak superhero atau adiwira yg sangat diminati.
Antara watak watak hero yg diminati adalah ninja turtle,spiderman,superman,thor dsbnya.
 
 
 
 
 
 



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


 

SUATU PEMANDANGAN MALAM DI WATERFRONT KUCHING,SARAWAK


SUATU PEMANDANGAN MALAM DI WATERFRONT KUCHING,SARAWAK

Pemandangan Malam adalah antara pemandangan yang sangat mempersonakan.Saya sangat suka melihat pemandangan malam di mana sahaja saya berada.Pemandangan malam juga sedikit memberikan ketenangan melihat lampu - lampu neon yang bersinar menghiasi kota.


Waterfront kuching Sarawak merupakan salah satu tempat yang sangat menarik pemandangan malamnya bagi  diri saya di Bandaraya Kuching ini.Pemandangan warna warni yang menghiasi sepanjang jalan memberikan satu perhiasan malam yang sangat indah.
  
Malah saya sering ke sini untuk menikmati pemandangan malam untuk melihat sebahagian pemandangan yang cantik di Bandaraya Kuching.

Selain dari pemandangan malam yang cantik ini terdapat juga aktiviti - aktiviti yang sangat menarik di Sepanjang Waterfront seperti persembahan Penyanyi Jalanan ( Buskers ) yang mempersembahkan hiburan - hiburan dengan dendangan lagu yang menghiburkan.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

29 September 2014

DALAM KESABARAN ITU PASTINYA MEMBAWA KEBERKATAN




ASSABARUL MINAL IMAN


KESABARAN | Kata orang sabar itu separuh daripada iman.Namun bulkanlah sabara untuk melantunkan dan merapkan kesabaran yang hakiki dalam jasad kita.Seringkali kita di duga dengan pelbagai cara dalam kehidupan ini.Tetapi hakikatnya itulah cara Allah mengajar kita erti menguatkan zahir dan batin kita dalam menghadapai apa saja permasalahan dalam hidup ini disamping menyelami kedewasaan dan pelajaran serta ilmu yang bermanfaat untuk kita belajar meleraikan setiap kecelaruan dalam jalan kehidupan ini. 

Namun percayalah dalam kesabaran,ketabahan dan kesungguhan kita menyelami erti kesabaran sebenar besar hikmahnya.Orang yang sabra akan menghadapi segalanya dengan penuh ketenangan disamping menumpukan focus pada sesuatu permasalahan seterusnya mencari penyelesaian uamh terbaik.Orang yang sabra dana berusaha kebanyakan akan menemui kejayaan.Kebanyakan usaha yang penuh sabar pasti akan membuahkan kejayaan dan keberhasilan yang begitu memuaskan hati.Kejayaan yang sebenar berkat usaha dan kesabaran pasti akan dating pada mereka yang SABAR.

Percayalah !

27 August 2014

HABUAN REZEKI UNTUK PEMANCING DI SUNGAI SARIBAS,PUSA, BETONG,SARAWAK


HABUAN REZEKI UNTUK PEMANCING DI SUNGAI SARIBAS,PUSA,BETONG,SARAWAK
Satu keratan Akhbar Utusan Sarawakyang pernah di siarkan rupanya ada yang sangat menarik bila wajah Saudara saya Syabeli Johri dijadikan gambar dalam satu segmen yang bertajuk "Sungai Saribas Sumber Rezeki Nelayan".

Sungai Saribas terdapat kampung halaman saya di sana yang menjadi Pusat Daerah untuk kawasan di sana.Sungai Saribas sebenarnya telah lama menjadi mata pencarian untuk penduduk di kampung saya sebagai mata pencarian terutama bagi nelayan - nelayan yang selalu memasang pukat.

Antara ikan - ikan yang terdapat di Sungai Saribas adalah Ikan Terubok Sungai,Ikan Buntal Sungai,Ikan Belukang,Ikan Semilang, Ikan Pencong,Siakap dan pelbagai lagi jenis - jenis ikan yang lain.

Aktiviti memancing ikan juga menajdi sangat polular dan semakin berkembang di Daerah Pusa.Semenjak beberapa tahun yang berlalu sungai Saribas kekurangan ikan kesan pencarian mangsa bot karam yang menggunakan Kapal Pukat tarik ketika itu menyebabkan ikan - ikan berkurangan berkemungkinan kerana penggunaan Pukat Tarik pada ketika itu merosakkan ekosistem dan habitat - habitat ikan - ikan di Sungai Saribas.

Kebelakangan ini Sungai Saribas sering menjadi tumpuan pemancing - pemancing kerana Sungai Saribas mulai memberikan habuan - habuan hasil pancing yang sangat lumayan.

Ternyata bagi pemancing yang turun memancing di Sungai Saribas mampu menaikkan beberapa hasil seperti ikan Terusan,Ikan panjang yang mencecah berat 10kg , Ikan patin seberat 11 kg dan pelbagai jenis ikan-ikan lain.

Kepada yang ingin mengikuti perkembangan semasa aktiviti memancing anda boleh mengikutinya di Group Facebook " Kaki Pancing Pusa " yang selalu mengemaskini perkongsian dari Pemancing - pemancing yang bergiat aktif dalam memancing ini


SUMBER : UTUSAN SARAWAK.




AZLAN RUMADI
 www.azlanrumadi.blogspot.com

IKAN PANJANG HASIL MEMANCING DI KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK



 IKAN PANJANG HASIL MEMANCING DI KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK

Semalam sempat saya mengikuti perkembangan dalam GROUP PUSA BUMI TERUBOK yang dikendalikan oleh sahabat saya berkenaan dengan aktiviti MEMANCING di kampong asal,KAMPUNG PUSA saya sempat melihat beberapa gambar.

Antara yang menarik perhatian saya berkenaan Ikan Panjang ini yang Berjaya di daratkan oleh Abang Saudara saya,Saudara Sharif dengan Ikan panjang yang seberat 5-10 Kg di Sungai Rimbas,Saribas Sarawak.

Ini menandakan bahawa kampung saya ini mula menumpahkan kembali rezeki sungainya yang sudah lama tenggelam selepas trajedi bot karam tidak berapa lama dahulu.Jika dahulu sungai Rimbas di Saribas ini merupakan antara sungai yang mampu menjadi lubuk rezeki untuk para nelayan tidak pengira peringkat Perikanan yang di jalankan,Mahupun dari perikanan keci - kecilan kepada industri Perikanan yang lebih besar yang mana melibatkan perikanan menggunakan Kapal Bot Pukat Tarik.

Namun rezeki di sungai ini ketara merosot selepas kejadian bot karam pada lebih 10 tahun dahulu.Ini kesan daripada penggunaan Kapal Pukat Tarit semasa dalam operasi mencari mayat mangsa bot karam pada ketika itu.Kini setelah memakan masa bertahun Sungai ini mula menampakkan kembali permainan arus deras sungai nya dengan memberikan rezeki bertuah buat peminat hobi memancing dari seluruh sekitar Daerah Kecil Pusa.

Selain dari ikan panjang ikan - ikan lain seperti ikan Belukang,Patin,Siakap ( Selusong/Ntidong ) turut menjadi habuan para pemancing yang semestinya memberi kepuasan buat menggemar hobi ini.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

25 August 2014

BERAPA RAMAI YANG MASIH MENGHARGAI KEMUDAHAN TELEFON AWAM YANG DISEDIAKAN ?


LOCATION : ELECTRA HOUSE
KUCHING.SARAWAK




Rasanya mungkin ramai yang dah tak pakai public phone lagi kot.kalau ada pun kebanyakan public phone yang masih ada kebanyakan nya telah rosak.
Pada hujung minggu lepas jalan jalan disekitar Kuching saya sempat ambil gambar ni di belakang Electra House,Kuching,Sarawak.
Keadaan telefon tersebut yang agak lusuh menarik perhatian saya.Dengan telefon sekelilingnya sudah rosak dan meninggalkan tapak sahaja.



DI SEKITAR BANDARAYA KUCHING,SARAWAK


ASSALAMUALAIKUM

Pada hujung minggu yang lepas,daripada bosan duduk rumah tak ada aktiviti jadi kali ni saya nak berjalan ke sekitar Bandaraya Kuching.Dengan membawa Camera DSLR Canon D1100 saya yang taklah secanggih yang profesional pakai,saya nak kongsikan kepada semua pemandangan - pemandangan Kuching.

Sebelum ini dah jarang juga turun berjalan - jalan dan santai santai di sekitar Bandar Kuching.Jadi kali ini terfikir nak mengimbau masa dulu - dulu terutama masa pengajian dulu.

 MERDEKA PLAZAKUCHING,SARAWAK.

Merdeka Plaza merupakan sebuah shopping Mall yang terletak di tengah Bandaraya Kuching berhadapan dengan Dataran Merdeka.Merdeka Plaza ini baru sahaja disiapkan dan dibuka dalam beberapa tahun ini.

Tempatnya best...mestilah best.. hehehe..

Dalam Merdeka Plaza ni banyak dijual jualan seperti kasut,baju,gajet dan bermacam lagi barangan yang lain.Boleh dikatakan kedudukan tempatnya yang strategik menjadikan Merdeka Plaza ini sebagai tumpuan pengunjung dari seluruh Kuching kerana ianya terletak di tengah - tengah bandaraya.

Merdeka Plaza juga terletak berdekatan dengan bangunan kerajaan dan kemudahan awam yang lain seperti Bank,Poliklinik,Pejabat Pos,Masjid India selain itu anda boleh hanya berjalan kaki ke Waterfront Kuching,Sarawak.





ELECTRA HOUSE,KUCHING.,SARAWAK

Kebiasaan nya dulu sebelum adanya Merderka Plaza,kat sini lah temapat pertemuan kalau keluar hujung minggu dengan kawan - kawan.



INDIA STREET KUCHING,SARAWAK

Jalan - jalan di India Street,Tetiba saya terlihatlah satu Chopper ni.Kalau nak tahu Chopper ini kepunyaan tauke kedai Rock Shop.Kedai Rock Shop ini menjual pelbagai pakaian dengan harga yang murah - murah. Bagi yang selalu lalu kat kedai Rock Shop ni mesti tahu dengan ayat tauke ni.

"hari - hari pakai baju baru... yea yea...."



 ELECTRA HOUSE KUCHING SARAWAK.

Mesti ramai yang pelik kan ?... apa kena mengena dengan gambar telefon awam ni... perasan tak dalam gambar ni ada telefon awam ni dah rosak dan tak ada lagi.Ok,apa yang saya nak sampaikan kat sini tentang kesedaraan untuk menjaga kemudahan awam.Sikap tanggungjawab bagi memastikan kemudahan awam ini dapat diguna dan dimanfaatkan sesamam kita untuk jangka panjang amatlah perlu.Bersama - samalah kita menjaga kemudahan awam ini.






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com