06 December 2024

KUNJUNGAN HORMAT PERGURUAN SILAT PUKULAN 12 SPRING SENDENG HADIAH KE PEJABAT RUMPUN SILAT SARAWAK WILAYAH KUCHING


KUNJUNGAN HORMAT PERGURUAN SILAT PUKULAN 12 SPRING SENDENG HADIAH KE PEJABAT RUMPUN SILAT SARAWAK WILAYAH KUCHING


06 Disember 2024, Jumaat telah berlangsung kunjungan hormat Perguruan Silat Pukulan 12 Spring Sendeng Hadiah ke Pejabat Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching.


Perguruan Silat Pukulan 12 Spring Sendeng Hadiah diketuai oleh Guru Haini Hamlin dari Gelanggang  PSSH Cawangan Muara Tebas bersama perwakilan dari Cawangan yang lain disambut mesra Oleh Ahli jawatan Kuasa Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching yang diketuai oleh Saudara Abdul Taip Yusup.


Pada majlis yang berlangsung mesra turut diadakan sesi bersilaturrahmi disamping bertukar pendapat dan idea mengenai persilatan di Sarawak disamping mengutarakan beberapa perkara perkara dan isu terkini perkembangan program silat di Wilayah Kuching. 


Selain itu, Pengerusi Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching Saudara Abdul Taip turut memperkenalkan Pejabat baru RSS Wilayah Kuching yang akan dijadikan pusat aktiviti dan program bagi merancakkan perancangan takwim yang sedang disusun atur pada tahun hadapan. Pelbagai usaha juga sedang dirancang dalam melengkapkan fasiliti di pejabat baru RSS Wilayah Kuching bagi memudahkan pelaksanaan program dan aktiviti dari semasa ke semasa.


Majlis di akhiri dengan sesi bergambar kenang - kenangan beramai - ramai dan dilanjutkan dengan demonstrasi ringkas Permainan Perguruan Silat Pukulan 12 Spring Sendeng Hadiah dari pelbagai Cawangan. 


Syabas dan tahniah buat Semua pihak yang menjayakan Majlis kunjungan hormat ini.


Silat, Solat, Silaturrahim.
























































 

01 December 2024

SINGKATNYA KEHIDUPAN INI

 


SINGKATNYA KEHIDUPAN INI

Waktu "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita. 

Waktu "Berkuasa" kita percaya bahwa dengan kekuasaan kita boleh melakukan apa saja. 

Waktu "Tak Berdaya" barulah kita sadar siapa sebenarnya diri kita.

Waktu "Jatuh" kita baru sadar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

Waktu "Sakit" kita baru tahu bahwa sehat itu lebih penting daripada harta. 

Waktu "Miskin" baru kita menyadari bahwa pentingnya amalan sedekah.

Waktu "Usia Tua" baru kita tau ternyata masih banyak amalan yang belum dikerjakan.

Waktu "di Ambang maut" kita baru tau begitu banyak waktu terbuang sia-sia. 

Waktu kita "mati", siapakah di sisi dan jenis amalan apakah yang kita bawa pergi.

Ingatlah apa yang ditabur di sini itulah yang bakal dituai di sana. Hidup di Dunia hanya sementara Akhirat  kekal selamanya.

Sahabat,

Indahnya hidup bukan karna ramai orang mengenal kita, tapi masih adakah orang yang setia mendoakan kita meskipun kita telah tiada.

16 November 2024

10,000 LANGKAH PROGRAM KEMBARA MADANI AFIAT NEGERI SARAWAK 2024


16 November 2024  Hari Sabtu di Dataran Stadium Sarawak, telah berlangsung satu lagi program yang saya anggap merupakan program yang amat baik untuk menggalakkan masyarakat dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cerdas.

Program yang berlangsung meriah ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang turut sama -sama turun padang bersama dengan orang ramai untuk menjayakan program pada hari tersebut.

 10,000 Langkah Program Kembara Afiat Madani peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung dengan meriahnya apabila perkarangan Stadium Negeri Sarawak apabila lokasi berlangsungnya program seawal pagi telah dibanjiri ribuan para pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang melibatkan diri di dalam program yang disusun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini.

Saya turut telibat bersama - sama di dalam program ini dan menyaksikan banyak segmen dan program sampingan telah susun atur oleh pihak penganjur kepada pengunjung seperti pameran dan booth - booth berkenaan dengan kesihatan dan juga informasi yang turut disertai oleh banyak agensi kesihatan yang lain. Antaranya adalah pemeriksaan percuma, game - game digital, informasi berkenaan dengan penjagana kesihatan, kuiz, sudut kreatif, hasil kraf tangan dan pelbagai macam lagi yang turut terlibat.

Apa yang paling menarik adalah pemberian cendera hati dan juga pemplet edaran kepada orang ramai mengenai penjagaan diri dan kesihatan.

Saya juga sempat mengambil tawaran Vaksin HPV Gardasil 4. Mengikut informasi yang saya faham vaksin ini dalah amat penting dalam mengurangkan risiko Kanser Rahim bagi perempuan dan Kanser Prostat bagi lelaki.

Secara keseluruhan saya sangat berpuashati dengan susun atur program yang dianjurkan dengan meriah ini. Selain itu saya juga berharap program sebegini dapat diteruskan dan diperbanyakkan dalam menggalakan masyarakat dari pelbagai peringkat umur dapat terlibat dan merasakan manfaat - manfaat dari segmen - segman program yang disediakan oleh pihak penganjur.

Syabas dan tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. ! 





























AZLAN RUMADI
www.azlan.rumadi.blogspot.my

 

 

13 November 2024

PENYAKIT HASAD SESAMA MANUSIA

 


Penyakit Dengki Sesama Manusia


1. Penyakit dengki mempunyai jalur sejarah yang paling panjang. Ia bermula sejak kejadian manusia yang pertama lagi apabila Iblis menzahirkan sifat dengkinya kepada Nabi Adam. Sifat tersebut menjadikan Iblis dilaknat oleh Allah. 


2. Kemudian penyakit ini mula meresapi jiwa anak-anak Adam apabila Qabil dan Habil, bertelagah atas kurniaan yang diberikan kepada mereka sehingga membawa kepada berbunuhan. Insiden yang hampir sama menimpa Nabi Yusuf yang juga hampir-hampir dibunuh.


3. Punca penyakit dengki ini datang setelah manusia melihat nikmat yang dikurniakan kepada orang lain. Kata Umar al-Khattab:


ما كانت نعمة الله على أحد إلا وَجَدَ لها حاسدًا


“Tiada satu nikmat yang Allah kurniakan ke atas seseorang melainkan akan ada orang yang dengki.”


4. Oleh yang demikian, Nabi Ya’qub mendidik Nabi Yusuf agar tidak menceritakan semua nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Firman Allah:


قَالَ يَا بُنَيَّ لَا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَىٰ إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا ۖ إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلْإِنسَانِ عَدُوٌّ مُّبِينٌ


“Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (Surah Yusuf: 5)


5. Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa adakalanya nikmat yang dikurniakan kepada kita perlu untuk tidak ditayangkan, apatah lagi diceritakan kepada orang ramai kerana ia berupaya menimbulkan reaksi yang tidak dijangka. Kata al-Tantawi:


أنه يجوز للإنسان فى بعض الأوقات أن يخفى بعض النعم التى أنعم الله بها عليه ، خشية حسد الحاسدين ، أو عدوان المعتدين


“Sesungguhnya harus bagi seorang insan itu dalam sesetengah keadaan untuk menyembunyikan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, kerana bimbang (nikmat tersebut berupaya) menimbulkan hasad dengki atau permusuhan dari orang yang memusuhi.” (Tafsir al-Wasit)


6. Bacakan juga pada waktu pagi dan petang doa yang diajar oleh Rasulullah agar kita dilindungi dari segala kejahatan penyakit dengki iaitu:


أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ


“Aku memohon perlindungan daripada kalimah-kalimah-Mu yang sempurna daripada sebarang kejahatan yang diciptakan.”


*Semoga Allah membimbing kita.*


Kredit :

*Dr. Ahmad Sanusi Azmi*