18 March 2019

HUJUNG MINGGU HIKING DI GUNUNG SERAPI, KUBAH NATIONAL PARK, MATANG, KUCHING, SARAWAK. 17.03.2019


HUJUNG MINGGU HIKING DI GUNUNG SERAPI, KUBAH NATIONAL PARK, MATANG, KUCHING, SARAWAK. 17.03.2019

Saya kurang gemar membuat perancangan untuk aktiviti hujung minggu kerana selalunya yang dirancang itu kurang menjadi. Jadi saya lebih suka dengan sesuatu yang spontan dan instant dan begitulah yang terjadi pada hujung minggu yang lepas sehingga membawa saya ke Kubah National Park.

Pada mulanya nak pergi jogging di pagi Ahad di Pustaka Negeri Sarawak. Tapi ada program yang sedang berlangsung di sana. Jadi saya tukar plan ke Kubah National Park untuk hiking. Lagipun terakhir saya melawat di sini adalah pada tahun 2017.

Pendakian dimulai pada jam 8.30 pagi dan sampai ke puncak ketinggian 2600 kaki pada jam kira - kira pukul 11.00 pagi.

Pendakian memang agak memeritkan dan mencabar mental dan fizikal ketika semua kekuatan dikerah untuk meneruskan pendakian ke puncak . Namun pendakian yang memenatkan berbaloi dengan menikmati pemandangan gunung ganang yang sangat indah dan mempesonakan.

Selain itu, apa yang menarik saya untuk ke sini adalah suasana alam semulajadinya yang menenangkan dengan menikmati pemandangan sekeliling yang jauh dari kesibukan kota disamping mengerahkan kekuatan diri. Saya umpama mencari diri sendiri dalam persekitaran hijau dan tulen.

Insha Allah, akan ada lawatan yang akan datang. Pasti.




























 







 





 























 


 





 















 



































 






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


LENSA SKRIN BERSEMPERNA FESTIVAL MALAYSIA KE 30 DI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ( UNIMAS ).


LENSA SKRIN BERSEMPERNA FESTIVAL MALAYSIA KE 30 DI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ( UNIMAS ).

16 Mac 2019, Sabtu. Lensa Skrin merupakan salah satu program anjuran kerjasama Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia bersama dengan Perbadanan Kemajuan Filem National ( FINAS ) yang dikendalikan oleh Persatuan Seniman Malaysia bertempat di Experimen Theater di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif di Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ).

Pertamanya, saya sangat berterima kasih kepada Dr Abdul Riezal Bin Dim yang merupakan Penyarah di Program Cinematography yang menjemput dan membuka peluang ini kepada saya.

Lensa Skrin yang berlangsung selama sehari menyusun beberapa program yang sangat bernilai yang mana memberi peluang kepada para peserta mengenali dengan lebih dekat dalam bidang lakonan yang turut menampilkan kehadiran Presiden Seniman Selebriti Zed Zaini bersama dengan team yang lain termasuk Selebriti Noraini, Zarina, Aliff Razali AF dan banyak lagi.

Sesi Bengkel lakonan pada program kali ini disampaikan oleh seorang lagi nama besar dalam bidang seni lakonan iaitu Selebriti Fauzi Nawawi. Secara peribadi sebelum ini saya hanya melihat beliau di dalam skrin atau media lakonan dan kali ini saya berpeluang melihat secara lebih dekat dan kesempatan beliau menyampaikan ilmu dan pengalaman beliau kepada para peserta program pada kali ini.

Saya secarta peribadi pertama kali menjejak diri ke dalam program yang seumpana ini dan pengalaman mendengar dan melihat perkongsian secara dekat banyak memberikan ilmu dan pengetahuan yang sangat istimewa walaupun hanya secara asas. Namun ianya cukup membuka minda dan diri untuk mereka - mereka yang berminat menyelami seni lakonan. Seperti Saya. hehehe.

Selain itu, turut di adakan sesi ujibakat yang memberikan peluang kepada saya dan perserta lain untuk merasai pengalaman dan menguji tahap kemahiran yang ada untuk berlakon. Ternyata ianya bukanlah semudah yang dilihat apabila saya sendiri mencuba bakat dihadapan panel - panel yang terdiri dari mereka yang berpengalaman dan berpengalaman dalam bidang ini. 

Presiden Persatuan Seniman Abang Zed juga sempat berkongsikan dan mengulas mengenai lakonan saya pada masa itu. Ya.. banyak yang perlu dipelajari dan didalami sebelum saya boleh mencapai satu tahap yang terbaik dalam seni lakonan ini. Walau apa pun. Cukup mengujakan.

Program juga diisi dengan tayangan filem pecah panggung Hantu Kak Limah dan juga Sesi Apresisasi bersama dengan Pelakon dan pelawak Ropie Cecupak.

Saya juga berharap akan lebih banyak program sebegini diadakan sebagai satu landasan untuk pemonat seni lakonan untuk mendapatkan ilmu - ilmu dan pengetahuan dalam mempelajari selok belok dalam bidang seni lakonan.

Terima kasih sekali lagi atas jemputan dan penganjuran.















 

 



















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com