17 November 2015

UBAT SEMULAJADI DI RUMAH DARI IMUSLIMSHOP.COM

 
 UBAT SEMULAJADI DI RUMAH DARI IMUSLIMSHOP.COM

Kita sering beranggapan dan didik supaya menganggap setiap penyakit tidak boleh sembuh tanpa ubat - ubatan secara klinikal.Namun jika difikirkan kembali dari sudut dan persepsi keagamaan kenapa tidak kita menerima pendapat bahawa setiap ciptaan Tuhan itu terdapat manfaat dan kegunaan yang tersendiri yang kita sering terlepas pandang.Setiap kehidupan terdapat zat - zat nya yang tersendiri yang mempunyai fungsinya yang unik.

Tahukah anda selain daripada ubat - ubatan secara klinikal kita juga mampu mendapatkan ubatan secara semulajadi melalui apa sahaja jenis- jenis makanan dan ramuan semulajadi yang terdapat di rumah kita.Melalui pengalaman pengambilan makanan tertentu kita mampu menyembuhkan beberapa jenis penyakit dan permasalahan kesihatan tanpa mengeluarkan wang yang banyak bagi menampung kos perubatan anda dengan mengekalkan kesihatan tubuh badan melalui pengamalan ubat - ubatan semula jadi yang diperkenalkan dalam perkongsian kali ini.

Kebanyakan ramuan dan makanan yang dikongsikan ini merupakan apa yang anda lihat sepanjang hari dan anda mudah untuk mendapatinya di mana sahaja.Apa yang menjadi kunci kejayaan dalam menyembuhkan pelbagai penyakit dan pelbagai lagi masalah kesihatan adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang serta sedikit kesedaran dan pengetahuan tentang gaya pemakanan yang betul.Tidak dinafikan kesihatan adalah sangat berkait rapat dengan pengambilan makanan.

Semoga perkongsian kali ini memberikan anda insisprasi dan ilham untuk memulakan hari esok dengan pemakanan yang lebih menyihatkan dan sembuh dan bangun dari pelbagai penyakit anda dengan mengamalkan ubat semula jadi yang menjadi tajuk perkongsian saya pada kali ini.

























































WHAT WE EAT IS WHAT WE ARE

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

11 November 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN BUAT IBUNDAKU



 

 SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN BUAT IBUNDAKU

Senang hati bila tengok gambar mak tengah tiup lilin kek hari ulangtahunnya di Kampung Hilir Pusa.. semalam kot...

First,
thank to Adik Ipar... MIMIE   
untuk gambar - gambar mak yang tengah tiup kek hari ulangtahun dia kat kampung.

Kepada mak,
Selamat menyambut hari ulang tahun yang ke 49 tahun.
Semoga Panjang Umur dan murah rezeki.
Semoga dilimpahi oleh rahmat dan berkat dari Allah SWT.
Semoga Bebahagia selamanya di sisi Allah bersama Ayahanda Rumadi Arshad.
Semoga sejahtera sampai kiamat.
Berjaya di Dunia dan sempurna Di Akhirat buat ibuku.
AMIN



MUMMY,I LOVE YOU ...








LAWA KEK HARIJADI....hehehe


AZLAN RUMADI
www.,azlanrumadi.blogspot.my



HARI INI HARI ULANGTAHUN YANG KE 49 TAHUN IBUNDA SAYA




HARI INI HARI ULANGTAHUN YANG KE 49 TAHUN IBUNDA SAYA

Namanya
ROHANI BINTI TAMAM
Hari ini hari ulangtahun yang ke 49 tahun beliau pada 11 November 2015 
Isteri kepada Ayahanda saya RUMADI BIN ARSHAD
yang merupakan ibu kandung saya 
yang melahirkan saya ke dunia ini
yang menyusukan saya sejak hari pertama saya melihat dunia ini
yang menjaga saya dari merah telapak kaki saya
yang mencukupkan keperluan saya sepanjang hidup saya sampai ke saat ini,
yang menjaga saya dalam jatuh bangun dan semua sisi hidup saya,
yang mencukupkan makan dan minum saya,
yang menjadi teman dalam suka dan duka,
yang menjadi tempat saya berkongsikan segalanya hidup saya dari dunia sampai ke akhirat.
Dialah segala - galanya dalam hidup saya.
Dialah satu - satunya manusia utusan Allah 
untuk menjadi ibu kandung kepada diriku yang kerdil berbanding tangan dan jemari yang membuaiku sejak kecil dan mengerjakan secukupnya kehidupanku.

Mak,
Hari ni hari jadi mak,
Saya doakan mak dan termasuk juga Ayah kesempurnaan,kesejahteraan dan kejayaan dunia dan akhirat.
Takkan terbalas diri saya akan setiap titis darah,titik susu dan titiis keringat mak sampai saat ini.
Hanya pada Allah yang memberikan segalanya selagi hayat dikandung badan.

Hari ini hari jadi mak,
Dalam jauh dan dekat,kami adik beradik sentiasa mendoakan mak dan ayah serta seluruh keluarga dalam aman makmur sejahtera selalu.

Mak,
Saya memohon ampun dan maaf dunia dan akhirat atas kekurangan diri saya selama  ini.
Halalkan lah dunia dan akhirat zahir dan batin saya selama ini.
Restuilah kehidupan saya selama ini.

Mak,
Semoga mak kuat seiring kudrat Allah dalam menghadapi kehidupan.
Semoga mak dilimpahi rahmat berkat di sisi Allah.
Semoga mak dijadikan golongan yang berjaya di dunia dan sempurna di akhirat 
Jaya - jaya sempurna jaya hendaknya.
Semoga Allah menjadikan mak serta Ayah ahli syurga Firdaus

"Allahuma firlana zunu bana wali wali di na,Warhamhuma kama rabbaya na Saghi ra."

Selamat hari ulang tahun Ibu.
Syurgaku ditelapak kakimu,
kasihmu membawa ke syurga,.




 Wassalam.

Anak - anakmu
Azlan Rumadi
Khairil Rumadi
Allahyarham Abdul Rani Bin Rumadi....*Al-Fatihah



 AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

HATI - HATI,BAHAYA JERAT VIDEOCALL DI LAMAN SOSIAL DENGAN ORANG YANG TIDAK DIKENALI

HATI - HATI,BAHAYA JERAT VIDEOCALL DI LAMAN SOSIAL DENGAN ORANG YANG TIDAK DIKENALI

Semenjak kebelakangan ini kuta sering dihebohkan dengan beberapa kes ugutan yang melibatkan pengguna laman sosial yang semakin menjadi kebimbangan masyarakat pada masa sekarang.Terdapat banyak modus operandi yang menjerat mangsa yang kebanyakkan nya berpunca dan bermula dengan video call dan gambar - gambar bogel atau separuh bogel yang diambil sama ada dengan sedar ataupun tanda disedari sepanjang perhubungan melalui laman sosial.

Setelah gambar bodel ataupun separuh bogel ataupun video diambil oleh suspek ugutan maka modus atau taktik yang seterusnya dengan mengugut mangsa untuk memberikan sebahagian wang ataupun mengugut mengsa untuk melakukan beberapa perkara yang diingini ataupun mangsa akan menerima Malu apabila gambar - gambar bogel atau video tersebut diviralkan ke seluruh laman sosial.

Mangsa yang enggan videonya disebarkan akan menurut segala kehendak pengugut yang identitinya tidak diketahui.Kebanyakkan yang berlaku setakat ini melibatkan kes ugutan dengan meminta mangsa membayar sebahagian nilai wang sebagai duit " tutup Mulut " untuk tidak menyebarkan video tersebut.Malah apa yang paling membimbangkan adalah mangsa - mangsa perempuan yang dipaksa melakukan hubungan seks dengan pengugut yang menjadikan mangsa rogol.

kebanyakkan mangsa yang ditemui setakat ini melahirkan rasa trauma dan takut dan tertekan akan perasaan malu yang terpaksa ditanggung sekiranya gambar atau video tersebut tersebar dan menjadi viral di laman sosial.

 

 Baru - baru ini saya terbaca akan beberapa printscreen yang dikongsikan oleh rakan facebook,CF CREW yang memaparkan tentang kejadian ugutan untuk melakukan hubungan seks terhadap seorang mangsa perempuan yang dipercayai berbangsa India.Suspek yang memperkenalkan diri sebagai Raj berusia 24 tahun berasal dari Perak mengugut mangsa untuk melakukan videocall dan seks dalam talian dengan suspek.

Kepada pengguna Media sosial  sekalian,terutamanya golongan wanita berhati  hati lah dalam menggunakan laman media sosial dan sila periksa dan pastikan kenalan yang terdapat dalam media sosial anda.Jangan biarkan anda menjadi mangsa yang seterusnya.Berhati -hati dengan orang yang tidak anda kenali kerana boleh jadi ianya akan menjerat anda dalam perkara yang boleh mengancam keselamatan anda.







AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my