08 November 2015

TREND FESYEN RAMBUT OMBRE PADA PENGGAYAAN DANDANAN RAMBUT TERKINI

 

TREND FESYEN RAMBUT OMBRE PADA PENGGAYAAN DANDANAN RAMBUT TERKINI

Apa itu Ombre ? Ramai yang akan tertanya - tentang istilah ini dan apa kaitannya dengan fesyen dandanan rambut.Perkembangan trend dan fesyen dandanan rambut sering juga mengalami perubahan dan evolusi dari palbagai segi dan sudut serta idea - idea terbaru pereka fesyen yang mempengaruhi permintaan pasaran dalam penggayaan dandanan rambut.

Ombre menerangkan pengadunan secara beransur-ansur satu warna warna ke warna yang lain yang lain, biasanya merujuk kepada p;enyesuaian warna dari terang ke gelap.Teknik ini biasanya dilihat sebagai dandanan awal atau permulaan dalam fesyen dan seni dandanan rambut. Semasa abad ke-21 awal ia menjadi satu ciri popular untuk mewarna rambut, kuku, dan juga pembuatan kek, selain daripada kegunaannya dalam menghias rumah dan rekaan grafik.

Jika kita melihat kepada trend pada masa sekarang trend fesyen ombre ini banyak diperkenalkan oleh selebriti - selebriti terkenal dari seluruh dunia.Ini dipadankan lagi dengan penyesuaian dengan jenis rambut dan gaya potongan rambut yang tertentu.

Apa yang penting pemilihan warna dan gaya rambut haruslah disesuaikan dengan faktor fizikal untuk menampakkan kesempurnaan dalam penggayaan fesyen yang ingin ditampilkan.























AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my




5 PANDUAN KEUTAMAAN HIDUP DI DUNIA DARI DR. AZIZAN OSMAN

 

Sekuat mana tubuh badan dan sebijak mana pun kebijaksanaan otak manusia jika kedua-dua ini tidak digunakan dengan baik dan selari di dunia maka ia akan menjadi satu pembaziran besar di akhirat kelak.

Sebagai seorang manusia yang dianugerahkan akal fikiran, anda sebenarnya mampu membina kehidupan di dunia dalam keadaan terbaik sekali jika anda berjaya fokus kepada matlamat KEUTAMAAN HIDUP yang sebenar. 
#‎TeamAzizan‬
‪
 DR.AZIZAN OSMAN
| Best-Selling Author | Business & Marketing Strategist | Speaker | Trainer | Coach











AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



PELAKON - PELAKON TERKENAL YANG SEPATUTNYA MEMBINTANGI WATAK - WATAK ANIMASI DISNEY






PELAKON - PELAKON TERKENAL YANG SEPATUTNYA MEMBINTANGI WATAK - WATAK ANIMASI DISNEY

Mungkin kita selama ini tidak terfikir sekiranya filem- filem animasi Disney difilemkan menggunakan pelakon - pelakon sebenar seperti mana kita telah pun melihat kejayaan filem - filem hollywood yang diadaptasi dari novel - novel seperti Harry Porter dan The Lord Of The Ring misalnya telah pun menempa kejayaan yang sangat gemilang di layar Hollywood dengan memenangi banyak anugerah - anugerah hasil pengolahan yang sangat berkualiti.

Namun sekali sekala kita tertanya bagaimana sekiranya watak - watak animasi Disney difilemkan dengan menggunakan pelakon - pelakon yang sebenar ?Saya menganggap ramai yang akan bertanyakan siapakah yang akan melakonkan watak - watak utama dalam filem itu nanti?

Baru- baru ini saya tertarik dengan hasil karya Thomas Kurniawan seorang penulis,ilustrasi dan pereka grafik yang berasal dari Bogor Indonesia yang mana beliau mengolah beberapa poster atau cover filem animasi - animasi Disney dengan mengadaptasi beberapa imej pelakon dan selebriti terkenal untuk di jadikan watak utama dalam poster atau cover filem yang beliau hasilkan.

Hasilnya sangat mengujakan dan saya percaya beliau memilih  watak - watak tersebut berdasarkan penilaian karekteristik yang beliau rasakan kesesuaian yang sangat ideal untuk menterjemahkan personaliti watak utama dalam setiap filem animasi tersebut.

Antara pelakon yang beliau masukkan dalam karyanya adalah Angelina Jolie,Emma Watson,Taylor Swift dan beberapa lagi barisan selebriti terkenal hollywood yang hasilnya pasti membuatkan anda kagum.

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang hasil-hasil lain dari beliau anda boleh layari blog beliau di SINI





















THANK FOR THE READING


AZLANA RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



02 November 2015

TIPS TEKNIK COPYWRITING SOCIAL MEDIA DARI FIZO OMAR


TIPS TEKNIK COPYWRITING SOCIAL MEDIA DARI FIZO OMAR

Bidang penulisan secara Online semakin mendapat tempat di ramai penulis seiring berkembangnya juga teknologi secara online tidak kiralah dari mana pun latar belakang anda.Namun begitu,masih ramai dari kalangan penulis termasuk saya yang masih belum mendapat dan mencapai keberkesanan  yang optimum dalam memasarkan penulisan -penulisan seperti artikel,blog dan juga termasuk produk - produk secara online dan sebagainya.

Baru - baru ini saya terjumpa tips yang sangat mudah dan berkesan yang telah di kongsikan oleh saudara Fizo Omar dalam laman facebook beliau.Sila Klik Sini.

KELEBIHAN - KELEBIHAN COPYWRITING.
  • Copywriting ini sangat penting untuk menarik minat dan meyakinkan customer terutamanya melalui online business.
  • Copywriting yang jelas dan mudah difahami juga dapat meninggikan conversion rate dengan menarik customer untuk membeli terus produk yang dipasarkan.
  •  Jangan ambil mudah dengan copywriting kerana ianya amat penting. 
  • Cuba anda ubah copywriting anda mengikut tips ini & anda boleh tengok perubahan pada respon yang diberikan oleh customer anda.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua dan berikut adalah tips - tips yang telah dikongsikan oleh Fizo Omar.




 





SELAMAT MENULIS

 AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my