27 October 2014

BERHUJUNG MINGGU DENGAN MEREMPIT KE SANTUBONG


BERHUJUNG MINGGU DENGAN MEREMPIT KE SANTUBONG

26 Oktober 2015,Ahad,
Santubong,Kuching,Sarawak.

Hari yang sungguh indah dengan pemandangan langit luas dan pemandangan hijau yang menenangkan.
Semalam hari hujan dan kini langit yang membiru membuka tirai gemawannya menjadikan pemandangan langit biru dan hijau pepohon.

Hari yang cukup nyaman dan tenang untuk merempit.Hari ini saya merempit dengan adik saya iaitu,Khairil Rumadi menaiki...........Yamaha Ego je pun.. hahahah bukanlah selalu berjalan menggunakan motor sambil menikmati pemandangan sekitar Santubong sambil itu pemandangan gunungnya yang indah menemani sepanjang perjalanan.

Percayalah kalau saya katakan pemandangan yang memenangkan ini bukanlah dapat dijual beli dengan wang ringgit. Oleh itu, hayati dan nikmatilah selagi ada kerana Tuhan mencipta alam ini untuk semua umat manusia tidak mengira sesiapa pun. betul ?

 Kata orang jauh perjalanan luas pemandangan dan pengalaman.Sekiranya ada kesempatan dan waktu yang terluang eloklah berjalan - jalan.Kitak tidak tahu sekiranya datang ilham atau fikiran kita dalam menjalani kehidupan sepanjang perjalanan kita.





 

 
 
 
 

 




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



FISHES CORNER DI E-MART MATANG KUCHING,SARAWAK


FISHES CORNER DI E-MART MATANG KUCHING,SARAWAK

Saya sering ke Pasaraya E-Mart Matang Kuching Sarawak untuk membeli keperluan rumah termasuk makanan dan sebagainya.Namun begitu,dalam banyak - banyak kedai dan pelbagai perkara yang ada di E-Mart terdapat satu kedai yang menjual banyak ikan peliharaan yang terdapat banyak aquarium dan ikan - ikan yang cantik - cantik.Inilah corner antara corner yang paling saya sukai.

Sesekali merenung ikan - ikan berenang dan melihat aksi dan telatah ikan - ikan ini serasa memberikan sedikit hiburan dan senyuman.Lebih - lebih lagi melihat ekspresi muka ikan - ikan ini.Tak percaya anda boleh cuba duduk depan mana - mana aquarium dan perhatikan gelagat ikan - ikan ini semua pastinya ada - ada saja yang mereka buat.
Malah kata orang melihat ikan ini kadang - kadang mampu memberikan ilham dan inspirasi pada diri.Kita tak tahu apa rahsianya sehinggakan ramai sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata - mata untuk membea dan memelihara ikan.setuju ? 


Namun saya mendapati zaman sekarang hobi memelihara ikan ini makin berkurang.Kemungkinan kerana ikan memerlukan penjagaan yang cukup rapi..air nak kena tukar dan tapi selalu.Kalau tidak air akan kotor dan aquarium akan berlumut.Ikan nak kena beri cukup makan dan oksigen dan sebagainya.

Namun pada pendapat saya,hobi ikan ini tetap mempunyai rahsia dan keistimewaan yang tersendiri.Minat masing - masing.Nak buat macam mana kan ? MINAT. 



 










AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my




25 October 2014

FIESTA CABUTAN SSP ANJURAN BSN DI MERDEKA PLAZA,KUCHING,SARAWAK



FIESTA CABUTAN SSP ANJURAN BSN DI MERDEKA PLAZA,KUCHING,SARAWAK

Sekarang sedang berlangsung FIESTA CABUTAN SSP DI MERDEKA PLAZA KUCHING SARAWAK.

Banyak hadiah menanti org ramai dgn hadiah hadiah lumayan utk dibawa pulang.

Apa yg paling menarik dua buah kereta.kereta mercedes benz C200 blueEFFICENCY  dan PERODUA MYVI yg bakal dimenangi oleh pemenang bertuah.
HADIAH UTAMA 
SEBUAH KERETA Mercedez Benz C200 BluEffiency

 

Antara hadiah yang bakal dimenangi oleh pemegang SSP BSN.

Sebuah kereta Perodua MYVI untuk dibawa pulanng oleh pemenang bertuah CABUTAN SSP BSN 



Kelihatan orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menyertai Sijil Simpanan Premium dari BSN untuk merebut peluang memenangi Hadiah yang disediakan. 


Bagi yang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang sijil simpanan premium bolehlah melayari


atau hubungi

1300 88 1900


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 




PERARAKAN MASUK PEMENANG CABUTAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM DI MERDEKA PLAZA,KUCHING



PERARAKAN MASUK PEMENANG CABUTAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM DI MERDEKA PLAZA,KUCHING

Kali ini saya kongsikan beberapa gambar perarakan masuk pemenang Cabutan SSP BSN bagi tahun 2014 di Merdeka Plaza,Kuching yang disaksikan oleh orang ramai.

Beliau memenangi Sebuah kereta Meredez Benz C200 BlueEFFIENCY .Beliau di arak masuk di iringi oleh alunan muzik Pancaragam dari 11 RAMD Sarawak.

Majlis diteruskan dengan Penyerahan Kunci kereta bagi Sang Pemenang.
 


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

24 October 2014

SELAMAT HARI JUMAAT YANG DIMULIAKAN DAN DIBERKATI UNTUK KUCHING,SARAWAK



Cuma nak beri pesanan kepada diri hamba sendiri  dan umat yang seagama denganku
 
Hari ni hari Jumaat.Macam biasa,kita turun sholat ke Masjid k.

SELAMAT HARI JUMAAT KUCHING SARAWAK








AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com 

LAKSA SARAWAK AT MADAM TANG'S,MERDEKA PLAZA

Baru semalam ,ada seorg rakan sekerja menyebut tentang Laksa Sarawak Madam Tang's.Alhamdulillah hari ni dapat jugak merasa.Memang terbaiklah.Simply delicious.
Boleh cuba lagi ni.hehe.

23 October 2014

#2 THROWBACK - MAJALAH WIRA TUNGGAL DI ZAMAN PENGAJIAN

KENANGAN MAJALAH WIRA TUNGGAL DI ZAMAN PENGAJIAN

Majalah ini merupakan suatu kegilaan semasa bersama dengan rakan sama menyewa dan juga kawan sepengajian suatu ketika dahulu

Bila sahaja melihat karektor komik wira tunggal ini membuatkan saya teringat masa pengajian dulu.Masa tu masih lagi dalam melanjutkan perlajaran di TWINTECH COLLEGE,SARAWAK CAMPUS yang  masa itu saya dengan kawan - kawan yang lain masih tinggal kt umah sewa bersama faizul,Khaliq dan Yan pada ketika itu.

Antara yang saya tidak boleh lupakan adalah bila berebut majalah yang baru dibeli dari kedai. Faizul merupakan seorang penggila komik Wira tunggal yang akan mula - mula membelikan komik ini di kedai buku.Namun apa yang lebih best nya bila kami semua dalam serumah meminati komik itu dan menunggu perkembangan episod yang seterusnya.

Apa yang paling penting.Minat itu juga yang menyatukan dan mengeratkan persahabatan kami semua sampai hari ini.'

Semoga Allah merahmati dan memberkati sahabat - sahabat saya selalu.

DEDIKASI BUAT FAIZUL YUSOP,ABDUL ISWARNDY SYAH DAN MOHD.KHALIQ.FOREVER !



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

MENDARATKAN HARUAN SEBERAT 1.6 KG DI TRIP CASTING KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK




MENDARATKAN HARUAN SEBERAT 1.6 KG DI TRIP CASTING KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK

Kalau dh minat casting atau pancing,apa pun boleh layan. 
Kali ni saya nak kongsikan satu gambar kiriman saudara saya, Syabeli Johri.

Baru - baru dia sempat berkongsikan pengalaman casting disuatu kawasan ni dan dia berjaya mendaratkan seekor haruan dengan berat 1.6 kg di suatu lokasi yang dirahsiakan.Kenapa dirahsiakan ? tanya dia. hahahaha

Kepada kaki Casting yang ingin berkongsikan pengalaman anda bolehlah menghubungi beliau disamping bertukar - tukar pendapat dan pengetahuan tentang  casting ni.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


NASI KERABU KELATE DI TEH TARIK CAFETERIA DEMAK KUCHING SARAWAK

NASI KERABU KELATE DI TEH TARIK CAFETERIA DEMAK KUCHING SARAWAK

Teringat semasa ditugaskan di negeri Johor,selalu menikmati nasi kerabu ni di Warung Cherry berhadapan dengan Persada Johor dengan kawan - kawan.Kadang - kadang teringin rasa tekak.

 Akhirnya sekarang dah tak susah - susah lagi nak makan nasi kerabu yang berasal dari negeri kelantan ini kerana Nasi kerabu Kelantan ini turut dijual di Kuching Sarawak.

 Teh Tarik Cafeteria Demak Kuching Sarawak antara lokasi yang saya kenal pasti menjual Nasi Kerabu ini.Saya sememangnya menggemari nasi kerabu ini. Lebih enak dimakan dengan Budu.

YUMMY !



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com





22 October 2014

KEHIDUPAN ITU UMPAMA PHOTO VISUAL GRAPHIC



Hidup tidak jauh bezanya dgn apa yg kita pandang dilensa.Itulah kehidupan itu sendiri.Percayalah,jasad dan batin kita tak ubah seperti perakan(recoder) yang akan merakam setiap apa yg kita jalani seharian yang mana akan dimainkan kembali bila diakhirat kelak.

JADI,rakamlah sebuah kehidupan yang suci,baik dan indah.Agar kita boleh tersenyum melihat tayangan Nya nanti.

INSHAALLAH.


MENSYUKURI KEHIDUPAN.

KEHIDUPAN itu adalah rahsia Allah.Ada turun dan naik,jatuh dan bangunnya.Namun selagi kehidupan itu jalani,haruslah kita syukuri dan redhai disampin kita mengusahakan kehidupan yg lebih baik dan lebih maju dengan mempelajari ilmu dan pengetahuan dengan pembelajaran yang takkan putus dan berakhir.

Teruskanlah kehidupan kita dengan tidak melupakan Allah.Allah segala galaNya.

SYUKURI SEGALA YG ALLAH ANUGERAH DAN KURNIAKAN.

InshaAllah.

HAKIMI IN DA HOUSE IN THE GIANT TABUAN,KUCHING,SARAWAK




HAKIMI IN DA HOUSE IN THE GIANT TABUAN,KUCHING,SARAWAK

MENGHIBURKAN ! Dia adik bongsu kepada adik ipar saya.Orangnya nakal dan comel gitu.

Sempatlah tengah berjalan - jalan di Giant Tabuan hari, dia berhenti di satu sudut.Katanya nak main kereta.Jadi bookinglah satu kereta ini.Maka bermulalah satu aksi hiburan dan lagi menghiburkan melihat telatah dia bermain kereta itu.Kita perhati je.

Last - last.. malu pulak.... hahahahahah.......





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



 

DUCATI DIAVEL UNTUK BALIK BERAYA... TETAPI.......



DUCATI DIAVEL UNTUK BALIK BERAYA... TETAPI.......

Sebelum pulang Raya Aidiladha 2014 singgah di rumah Ayahanda Guru  Mahmud. Ternampaklah motor idaman ini..

posing posing jap.

hehehe.

mantap!




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my