23 September 2015

#12 WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET - KEHALUSAN SENIBINA CASTLE PELES @ ISTANA PELES DI PHAROVA,ROMANIA






 #12 WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET - KEINDAHAN CASTLE PELES @ ISTANA PELES DI PHAROVA,ROMANIA

Castle Peleş ataupun Istana Peles adalah sebuah istana pada era Neo-Renaissance di Pergunungan Carpathian, dekat Sinaia di Prahova , Romania, Istana tersebut di bina pada zaman pertengahan yang merupakan laluan sedia ada yang menghubungkan Transylvania dan Wallachia,Istana yang tersegam indah dengan kesenian struktur dan arkitektur lama dibina antara tahun 1873 dan 1914. perasmian Istana Peles telah diadakan pada tahun 1883. 

Istana ini adalah hasil telah dibina oleh Raja Charles I.

Sungguhpun berusia ratusan tahun struktur binaan istana ini masih kukuh dan istana ini menjadi tinggalan sejarah yang menjadi tumpuan pelancong dan pengunjung tempatan untuk melihat keindahan dan kehalusan seni binaan yang dipenuhi dengan ukiran - ukiran halus yang memukau.



Saya tergerak untuk berkongsikan tentang istana ini kerana keunikan dan kehalusan seni bina nya yang amatlah jarang untuk kita lihat lagi pada masa sekarang.Melihat kepada ukiran - ukiran yang terdapat pada struktur bangunan istana ini mengingatkan saya pada sesetengah babak dalam filem hollywood yang mana lokasi dan latar belakangnya menggunakan latar belakang pada zaman perang seperti zaman viking pada pada suatu ketika dahulu. 

Saya melihat Istana Peles ini lebih kepada sudut keseniannya yang halus dan sangat cantik.Kesenian yang sebegini haruslah dikekalkan dan dijaga untuk dijadikan tontonan dan rujukan generasi kita yang akan datang. 


















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


AKSI EMOJI GADIS DARI CHINA INI MENDAPAT 11,000 REPOST WEIBO DALAM MASA 2 HARI



AKSI MENIRU EMOJIS GADIS DARI CHINA INI MENDAPAT 11,000 REPOST WEIBO DALAM MASA 2 HARI

Akaun Weibo @Muyalan,menjadi tumpuan netizen pada baru - baru dan tersebar menjadi viral apabila beliau memuat naik aksi yang lucu dan mencuit hati.Beliau yang memuatnaik gambar beliau dalam Weibo, platform yang menyerupai Twitter di China menjadi antara topik perkongsian yang paling banyak di Laman media sosial tersebut.

Beliau yang berasal dari Sichuan meniru emojis dari  iPhone menjadi viral selepas beliau gambar yang dimuat naik beliau dalam kaun Weibo @Mulayan dikongsikan sebanyak 11,000 Repost dalam masa 2 hari menjadikan beliau tersenarai dalam carta trending di Weibo.

Dikalangan ramai mereka menyokong kreativiti beliau dalam menghasilkan aksi yang menarik tersebut , ada juga kalangan mereka yang sempat bergurau dengan berpendapat bahawa dia perlu melakukan sedikit penambahan baik untuk menyempurnakan aksi tersebut memandangkan semua emojis tersebut tidak mempunyai bulu kening.Anda tahu apa yang dimaksudkan bukan ?


Apa - apa pun sememangnya kita tidak menyangkakan bahawa apa - apa perkara dan perkongsian yang tertentu di laman media melalui apa sahaja platform yang sedia ada pada masa kini mampu menjadikan anda tumpuan orang ramai dalam masa yang amat singkat dalam dunia maya tanpa sempadan pada masa sekarang.


 
 












AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



22 September 2015

OPEN AIR HAWKERS MARKET OF KUCHING,SARAWAK


OPEN AIR HAWKERS MARKET OF KUCHING,SARAWAK

Apa - apa pun baca dulu apa yang tertulis dibawah.


OPEN AIR HAWKERS MARKET OF KUCHING,SARAWAK

Selama bertahun - tahun Open Air Hawkes merupakan antara tempat yang terawal di Bandaraya Kuching untuk menikmati minuman dan makanan . Open Air Hawker merupakan antara lokasi yang menjadui tumpuan penduduk seluruh Kuching untuk menikmati Kacang Ais atau Air batu Campur yang merupakan antara yang paling awal selama bertahun - tahun lamanya.Sesetengah pekedai di sini mewarisi jualan ABC melalui ayah dan ibu - ibu mereka pada masa dahulu sehingga di lanjutkan kepada generasi akan datang untuk menjaga identiti  jualan minuman sejuk,panas dan ringan di sini.

Selain itu,terdapat Rojak sotong dan Sayur kang Kung serta Rojak buah-buahan untuk dinikmati bersama keluarga bersama dengan ABC atau Ais Kacang.Ais Krim Gula Apong juga terjual di salah satu Stall di sini.
Tidak mengira hari bekerja atau hujung minggu Open Air Hawker Market sentiasa dipenuhi oleh pengunjung yang ingin menikmati keunikan Minumn dan makanan yang terjual di sini.


Siapa yang kenal dengan Untie ni ? sejak dari bertahun lama dahulu saya selalu memilih stall beliau untuk menikmati ABC  kerana keunikan rasanya yang tetap sama rasanya dari dulu - dulu lagi.Apa yang saya lebih suka ialah layanan mesra yang diberikan oleh beliau setiap kali berkunjung.Beliau yang memulakan peniagaan ini lebih 10 tahun yang dahulu sememangnya memberikan apa yang terbaik buat pelanggan mereka.




Kujungan saya kali kini,saya order ABC Special untuk menyejukkan badan.Simply delicious..



Rojak Buah yang sederhana namun boleh memanjang dan merancakkan bicara.... ye tak ?




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



20 September 2015

GRAFITTI ARTS YANG SANGAT KREATIF DARI KUCHING,SARAWAK.


GRAFITTI ARTS YANG SANGAT KREATIF DARI KUCHING,SARAWAK.

Graffiti berasal dari graffere perkataan Itali, yang bermaksud mengukir atau neninggalkan kesan pada suatu permukaan. Ini  boleh dilakukan pada mana-mana permukaan dengan alat, kekal atau tidak.Pada masa sekarang grafitti boileh dibuat dengan menggunaka material seperti cat semburan, pensil, pelekat, arang, dan lain-lain.

Sesetengah orang menganggap grafitti sebagai menyalahi undang - undang dengan membuat contengan pada dinding yang bukan pada tempat yang  sesuai dan sepatutnya sehingga melabelkan ianya sebagai vandalisme.

Namun dari sisi lain,sesetengah pihak pula menganggap grafitti sebagai suatu seni.Kesenian dalam grafitti boleh kita lihat apabila ianya dibuat dengan cantik,kreatif dan berseni yang mana sesetengah grafitti yang dibuat cuba untuk menginterpretasikan maksud dan suatu mesej yahg cuba disampaikan oleh pembuat grafitti tersebut.

Beberapa hari yang lepas saya sempat ke beberapa lokasi di Bandaraya Kuching Sarawak untuk melihat sendiri seni grafitti yang telah dilukis oleh anak - anak tempatan untuk mengekpresi dan menterjemahkan bakat,kemahiran dan kebolehan masing - masing dalam menghasilkan seni grafitti mereka.Lokasi yang saya kenal pasti adalah di belakang pasar di Jalan Carpenter di Bandar Kuching.Terdapat banyak hasil grafitti yang terdapat di sana yang menjadi daya tarikan pengunjung di sekitar sana.

Selain itu,jika di lihat semenjak beberapa bulan yang lepas dinding kosong di sekitar bandar Kuching juga mula dimanfaatkan dengan lukisan - lukisan grafitti yang bertemakan patriotik dan perpaduan sekaligus mempromosikan bandar Kuching yang diisytiharkan sebagai "Bandar Perpaduan" pada tahun ini.






















































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my