27 February 2021

HIKING DI GUNUNG SERAPI, KUBAH NATIONAL PARK, KUCHING, SARAWAK


Saya pesan, jangan percaya sangat dengan gambar. 

Alhamdulillah, hiking ke Gunung Serapi lagi. jujur saya kata, Pendakian di Gunung Serapi ini adalah pendakian yang amat menguji mental dan fizikal. Mana tidaknya, laluan bersemen sepanjang pendakian akan menguji kekuatan kaki dari mula pendakian sampailah ke puncak pendakian. 

Ketika mendaki ianya menguji kekuatan paha, ketika menurun ianya menguji kekuatan betis. faham tak maksudmya?

walau apa pun view yang menunggu memang memuaskan hati dan amat amat amat berbaloi setelah pendakian yang memenatkan. 

Kali ini plan mengejut. Bangun tidur pagi hari, ternampak member post dalam fb pasal hiking kat sini. pap ! packing barang dalam beg then go ! tau tau dah kat Puncak Gunung Serapi. 

Jujur cakap, pendakian kat sini benar benar mental game. selepas hiking nak kena dua tiga jugak nak recovery kaki. Tapi suasana alam semulajadi sepanjang pendakian? mabeles habis..

Kepada yang baju berjinak dengan kegiatan hiking, boleh je nak try, tapi not recommended for beginner takut mental korang tak ready.

Walau apapun, kepuasan dengan pemandangan ? sememangnya akan memberikan satu kepuasan yang terbaik. 

InshaAllah.

Until the next hiking trip ! 







































































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

22 February 2021

UCAPAN SELAMAT KEPADA CALON - CALON PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ( SPM ) TAHUN 2021


 
Assalamualaikum wbt dan S.elamat P.agi M.alaysia

Selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) kepada semua pelajar Sekolah selaku 

calon - calon menduduki peperiksaan pada tahun ini.


Semoga lulus dan kredit dengan baik dan cemerlang.

Semoga dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan.

Semoga diberikan ketetapan hati.

Semoga diberikan petunjuk, rahmat dan berkat.

Semoga dijauhi dari sebarang penyakit terutama Virus COVID 19.

Allah SWT peliharakan, lindungi dan sempurnakan zahir batin, akal fikiran, bumi langit dunia akhirat 

dan masa sekarang dan mendatang mereka semua.

Amin Ya Rabbal Alamin.


Ingatlah ,

BAHAWASANYA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ( SPM ) itu

SIJIL PENENTU MASADEPAN

dan bukanlah

Sijil Peminangan Masuk

Sijil Pergi Menikah/ Meminang

atau paling sedih

Sijil pergi mati / M*mp*s.


Oleh itu,

Banyakkan Berdoa, 

Mintalah restu kedua orang tua atau penjaga serta guru-guru yang mengajar.

Istigfar dan Minta Ampun pada Allah swt dan sesama manusia.

Berusahalah sehabis baik dan sedayamu.

Berserahlah dan bertawakallah pada segala dan sebarang keputusan dan ketentuan.

Selain itu,

Jaga kesihatan dan 

InshaAllah.


SELAMAT MENJAWAB DAN MAJU JAYA !

27 November 2020

TURUN BERAT BADAN DENGAN AIR RENDAMAN ASAM GELUGUR


Kalau nak turun 5kg amalkan ini...

1. Malam sebelum tidur
2. Asam gelugur sekeping
3. Masukkan ke dalam segelas air suam
4. Tutup gelas
5. Bangun pagi, minum air rendaman ini sebelum pergi mandi

**Amalan ini boleh menurunkan berat badan, kempiskan perut, turunkan darah tinggi, diabetes, Kolesterol. 
**Sangat baik untuk dicuba.

Sumber : Page FB Pesan Bonda.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekali ini saya saja nak kongsikan satu petua yang saya jumpa di dalam Page FB Pesan Bonda baru - baru ini... saya pun baru nak cuba dan nak tengok sendiri hasilnya.

Apa pun perlu fokus dengan menjaga pemakanan dengan menyeimbangkan pengambilan makanan dalam menyokong usaha dalam menurunkan berat badan.

Semoga petua yang saya kongsikan ini dapat dimanfaat dan berguna untuk sesiapa yang sudi mencuba hasilnya.

Selamat mencuba.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


BACA JUGA 

27 July 2020

HADIAH GIVEAWAY BY SECRET JOURNEY


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera buat semua...

Alhamdulillah..... yang ditunggu telah sampai...pertama sekali Terima Kasih kepada Blogger Secret Journey untuk giveaway yang istimewa ini. 

Semoga dengan ini akan menjadi peransang kepada semua untuk menulis blog dalam bentuk apa sahaja penulisan dan perkongsian tentang isi - isi yang menjadi bacaan semua.

Semoga juga akan banyak lagi program - program sebegini yang akan dilangsungkan dan akan diadakan pada masa yang akan datang.InshaAllah.

Walaupun kita ini bukanlah setanding penulis - penulis atau journalist untuk portal - portal kelas dunia yang popular tapi percayalah dengan bermula dari yang sederhana inilah mampu menghasilkan yang lebih besar dan bermakna untuk semua.

Teruskan menulis dan berkongsi apa pun di dalam blog anda dan jangan pernah berhenti. Biarpun jarang menulis atau mengemaskini blog yang penting teruskan penulisan dan perkongsian anda.

Sekali lagi,'

Saya ucapkan terima kasih buat blogger penganjur segmen GIVEAWAY BY A SECRET JOURNEY ".

Semoga kita sama - sama dirahmati Allah swt selalu.








AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

15 July 2020

SAYA MENANG GIVEAWAY BY A SECRET JOURNEY



SAYA MENANG GIVEAWAY BY A SECRET JOURNEY

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Pertama sekali.. alhamdulillah.... Saya tak sangka terpilih sebagai pemenang dan kepada segmen " GIVEAWAY BY A SECRET JOURNEY " . Syukur dan terharu sangat rasanya... hahahaha...

Maaf juga kerana lambat sikit respon dan mengetahui saya dipilih sebagai pemenang. Maklumlah akhir - akhir ini banyak urusan sampai tak sempat nak check email dan posting blog.. huhuhuhu....

Terima kasih kepada blogger yang menganjurkan segmen ini kerana memilih saya dalam undian anda.

Walaubagaimana pun saya juga ingin mengucapkan syabas buat rakan - rakan blogger yang join segmen Giveaway dan semoga ini akan menjadi peransang dan semangat dalam meningkatkan motivasi dalam bidang penulisan blog OK.

Saya juga mendoakan semoga semua rakan blogger dan penulis sekalian dipermudahkan urusan dan terus tetap semangat menghadapi kehidupan amin.

Hadiah ? apa hadiahnya...Insha Allah... tunggu post saya yang akan datang...

Next.. saya nak share juga link rakan - rakan blogger yang sama - sama join segmen ini ..


















AZLAN RUMADI
www.azlan.rumadi.blogspot.my



27 April 2020

REKAAN PELAMIN - PELAMIN MAJLIS PERKAHWINAN YANG INDAH DAN MENARIK


REKAAN PELAMIN - PELAMIN MAJLIS PERKAHWINAN YANG INDAH DAN MENARIK

Setiap tahun, pastiya ramai pasangan - pasangan yang akan melangsungkan majlis perkahwinan. Maklumlah dah sampai jodoh yang disatukan dan dipertemukan. Pastinya untuk melangsungkan sesebuah Majlis Perkahwinan, Rekaan pelamin adalah antara yang paling dipentingkan bagi membuatkan Majlis Perahwinan yag akan dilangsungkan tampak hidup, berseri  seri dan meriah tidak kiralah apapun rekaan pelamin yang akan dipilih nanti.

Saya kali ini berkongsikan beberapa gambar pelamin yang saya perolehi dari laman media FB untuk dikongsikan dalam posting kali in. Manalah tahu kiranya akan menjadi inspirasi dan idea kepada pasangan - pasangan yang akan melangsungkan majlis perkahwinan nanti.

Mudahan bermanfaat.




















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my