16 January 2018

DIARI KOSONG

DIARI KOSONG

Ibarat mencari kata-kata dalam diari kosong
 namun diari kosong membisu lalu ingatan mencoret rasa dikalbu,aku yg sekian lama terbuang di daerah tiada bernama asing dalam diriku sendiri,

kata kata masih kabur dan kosong,ketika dada yg sekian lama membengkak mencalit kisah duka lara. hati sepi,angin menghembuskan dinginnya dinding kalbu yang membeku,dinding kalbu ini adalah bicaraku ketika lidah kaku yang melinangkan darah dari perjalanan jiwa yang sering disirami gerimis panjang.

Diari kosong dan diriku.
Diam dan membisu yang sendu bersama rasaku.

 Diari kosong dan diriku
Tiada yang mengerti
Hanya aku dan benda yang tak bernyawa
Juga kertas yang tak bersuara
Aku diam diulit kenangan
Kenangan yang membuai hati dan perasaan
Membawa pergi dari dunia realiti

23012017, Isnin

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

MASA DAN MALAM

MASA DAN MALAM

Masa tidak akan menunggu kita,
Masa tetap dengan detiknya,
Namun sesingkat
Kehidupan,
Umur
dan nyawa
Yang dipinjamkan,
Bagaimanakah seharusnya kita jalani?
Agar disuatu masa,
Ketika kita meninggalkan dunia,
Penuh tenang
dan kepuasan yang sebenar.
Hidup yang ada
Bukan hanya untuk dinikmati
Tetapi dihayati dan difahami serta didalami.
Seperti juga malam yang setia.
Mencurah ilham bening,
Dan malam juga sering menghamparkan fikir dan renung,
Mencari makna dan erti
Disebalik adanya aku di dunia ini.
Sesungguhnya,
Malam banyak memberikan pengertian yang murni suci.

16012016

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

MENCINTAI DAN MENYAYANGI

MENCINTAI DAN MENYAYANGI

Mencintai dan menyayangi seseorang
Akan menjadikan kita
Seorang manusia yang lebih baik
Demi menjadikan yang terbaik,
Demi membahagiakan sesebuah percintaaan
Walau apapun yang datang dan dihadapi.
Cinta itu dimengertikan dari dalam diri untuk memberi.
Infiniti dan abadi dari Ilahi.

26022017

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

15 January 2018

MALAM

MALAM

Malam yang Penuh Sinaran dan Kilau,
Menjanjikan tenang dan damai,
Malam yang berdinding gelap dan dingin,
Membawa peringatan Lillahirabbil alamin,
Malam yang berhias sinar dan kilau,
Indahnya hanya setitis berbanding indah Syurgawi Ilahi,
Malam yang dijadikan dr Dzat Allah,
Menjadi pelajaran mereka yang rajin mentela'ah.
Malam yang sunyi dan sepi,
Sampai waktu dijemput kembali,kita tetap bersendiri,
Malam yang sesempurna aturan dan kejadiannya.
Bingkisan dari Tuhan buat kita Manusia yang nuraninya Insan.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
15012016
Kuching,Sarawak.

14 January 2018

#1 INSPIRASI REKABENTUK DAN HIASAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN


#1 INSPIRASI REKABENTUK DAN HIASAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN  

Wowww ! Kali ni saya nak himpunkan rekaan-rekaan dalaman rumah dalam blog saya.Secara jujur, saya pun minat jugak kalau bab-bab rekaan dan hiasan rumah ni.

Jadi mulai hari ini saya akan kongsikan rekaan dan hiasan rumah ini dalam segmen perkongsian dalam blog saya.Ianya akan bermula dari post yang pertama ini.

Mudahan ianya akan menjadi sumber inspirasi buat semua.

Rekaan dan hiasan dalaman kali ini adalah dari Inspirasi Nurulazra Mohd Jaafar.Rekaan nya simple,kemas dan minimal tapi cukup cantik disamping penggunaan ruang yang sangat strategik dan mudah.

Nice!



14 Januari 2018.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my









13 January 2018

TENANG DAN TABAH

TENANG DAN TABAH

Aku cukup tenang dan tabah.
Aku gembira dengan kehidupanku.
Aku bersyukur.
Walaupun ramai yang
membenciku...
memusuhiku...
Menghinaku...
dan mencaci maki diriku...
Tak mengapalah.,
Kerana..
bahagian mereka dan hak mereka..
Biarkanlah,
Mereka dengan kehidupan mereka
Sementara aku dengan bahagianku.
Tak perlu untukku sakit hati
dan tersinggung serta terasa hati
Kerana,
Aku jalani kehidupanku yang tersendiri.
Alhamdulillah.

07062014

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

12 January 2018

KEKALUTAN HIDUP

KEKALUTAN HIDUP

Kekalutan dalam hidup
Takkan redha
Jika tidak diusaha dan diuraikan.

Hadapilah dengan penuh
Penghayatan,
Tumpuan,
Ketekunan
Dan kegigihan
Serta kesabaran
Dan keredhaan
Pada Kehendak Allah.

Ketenangan dan kekuatan dari Allah
Akan selalu ada
Buat mereka yang berusaha
Dan berpegang pada
Allah semata mata.

Amin.

25032014

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

11 January 2018

KU AKUI

KU AKUI

Ku akui,
Aku bukanlah seorang yang sempurna.
Namun,
Aku berusaha menjadi yang terbaik.

Ku akui.
Masih terlalu banyak kekurangan,
Namun,
Aku berusaha menjalani dengan seadanya.

Ku akui,
Aku mempunyai banyak kelemahan.
Namun,
Aku menjejaki kekuatan dan keterbatasanku.

Aku akui,
Aku banyak kesilapan,
Namun,
Aku sentiasa mencari jalan mengatasi dan memperbaikinya.

Ku akui,
Aku banyak melukakan,
Namun,
Aku berusaha menjadi seorang yang menyenangkan.

Ku akui.
Aku bukan yang terbaik.
Namun,
Aku tetap sehabis daya dan seadanya.

Ku akui,
Aku hanya seorang manusia yang tiada apa apa,
Namun,
Aku tetap ingin membahagiakan dengan kasih, sayang dan cinta yang seadanya.

Ku akui,
Aku tetap aku.

11012018

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

HIDUP DI DUNIA HANYA SEMENTARA

HIDUP DI DUNIA HANYA SEMENTARA

Hidup di dunia hanya sementara.
Setiap Nyawa yang Allah hembuskan ke jasad kita juga hanya pinjaman,
Harta keluarga dan
kepunyaan kita
Akan ditinggalkan..

Jadi,
Apa yang harus kita banggakan?
Apa yang kita pegang dan lihat melata serata alam juga bukan punya kita
Tetapi
Kepunyaan Allah..
Apa yang harus kita banggakan?

Jangan mencari kekayaan dan kemewahan.
Tetapi
Carilah ketenangan jiwa dan kelapangan Nya.
InshaAllah.
Hidup akan menemui
Pengertiannya sendiri
Bagi yang
Merenungi dan mencari.

14032014

AZLAN RUMADI

www.azlanrumadi.blogspot.my

PADA ALLAH SEGALA-GALANYA

PADA ALLAH SEGALA-GALANYA

Seberat berat dugaan dan cobaan kita..
Tidaklah seberat dugaan
Para Nabi Nabi,
Para Anbia,
Para Pejuang kemerdekaan...
dan Ibu Ayah kita
Pada masa dulu.

Tetapkanlah hati
Untuk selalu berpegang pada
Allah Yang Maha Esa.

Insha Allah.
DiaM,
Belajar dan
Tersenyumlah.

Haqqul Yakin.

Pada Agama,
ibadah,
amalan
dan sikap kita
dalam
Membentuk akhlak,
Prinsip,
Pendirian dan
Diri sendiri
Letaknya kunci syurga.

Dan,
Pada Allah segala-galaNya.

Allahuakhbar.

19022014

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

HIDUP MESTI DITERUSKAN

HIDUP MESTI DITERUSKAN

Hidup mesti diteruskan.
Dari kesusahan kita belajar mencari Kesenangan dalam kepayahan
dan kesulitan,
Yang mengajar erti kesabaran,
ketabahan,
Ketekunan
dan kerajinan.

Mendidik kita untuk membina kekuatan mental dan fizikal untuk terus menjalani kehidupan.

Selagi masih bernyawa dan bernafas,
Hidup mesti diteruskan,
Ibadat harus dilaksanakan,
Amalan terus dijalani,
Pahala dan dosa harus ditimbangi.

Jalan hidup memang takkan mudah,
Manusia itu lemah,
Tetapi pada Allah swt adanya kekuatan,
Jadi sandarkan hidup pada Allah.
Allah segalaNya.

Hidup mesti diteruskan.
Teruskan melangkah dan
Teruskan belajar dari kejatuhan dan kegagalan.

Insha Allah.

29012014

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

YANG MASIH ADA

YANG MASIH ADA

Diriku sering penat zahir dan batin.
Namun,
Alhamdulillah,
Allah swt masih mengizinkan jantungku berdegup dan jasadku masih bernafas.
Jatuh bangun jiwaku yg dibolak balikNya,
Mengajarku erti lebih bersyukur dgn apa Yang diriku masih punya dan
Yang masih ada.

24012014

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

10 January 2018

IKHLAS DAN MAARUF

IKHLAS DAN MAARUF

Biarlah org berbuat,
Asalkan bukan aku yg berbuat,

Biarlah mulut org yg berkata dan mengata,
Asalkan bukan mulut aku yang mengata.

Paling tidak,
Ingat pesan kedua ibu ayahku,
Ikhlas dan jadilah org yg memandang kebaikan.
Sesungguhnya nasihat kedua orang tua sebaik baik nasihat dalam hidup.
Redha dan restu mereka juga sebahagian dari rahmat dan berkat dari Allah swt buat yg setia dan taat.

Doakanlah yang baik dan makruf walaupun sesulit dan sekejam manapun yang kita hadapi.

Insha Allah,
Kudrat Allah swt pastinya selalu bersama zahir batin yang tetap dalam mulia sifat insani.

26122013

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

MEMILIH SATU DI ANTARA DUA

MEMILIH SATU DI ANTARA DUA

Dari awal kejadian kita ke dunia,
kita telah diberi memilih satu di antara dua.

Jalan kebaikan dan keburukan,
Syurga dan neraka,
ya atau tidak.

Jadi tetaplah berusaha memilih jalan kebaikan dan kemuliaan sifat.

Belajarlah walaupun jatuh dan bangun bkali kali.
Setiap usaha pasti menuaikan hasil.

Berusahalah utk memilih yg elok dan makruf walaupun yang jahat itu mudah dan lekas.

Serahkan segala amalan kepada Allah sambil kita bdoa,bmohon dan mengharapkan ganjaran dan pertolongan dari Allah dalam segala sesuatu.

20122013

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

ALHAMDULILLAH, AKU MASIH BERNAFAS

ALHAMDULILLAH, AKU MASIH BERNAFAS

Kadang kadang serasa tak mampu untukku menghadapi semuanya.
Jika tidak kerana Allah,
Mungkin aku seorang manusia yang bertindak bodoh,
Memilih kematian dengan membunuh diri.

Alhamdulillah,
Dengan mencari jalan kekuatan di jalan Allah,
pada ibadahNya,
peganganNya
dan pada sifat dan zatNya,
Aku hadapi hariku dgn redha,
pasrah dan kesabaran.

Alhamdulillah.
Aku masih bnafas.
Hanya Allah sebaik baik tempat kembali.

03122013

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my