10 January 2018

MUSIM BUAH-BUAHAN DI SIMPANG BATU LINTANG,SRI AMAN, SARAWAK - JAN 2018

MUSIM BUAH-BUAHAN DI SIMPANG BATU LINTANG,SRI AMAN, SARAWAK - JAN 2018.

Batu Lintang merupakan salah satu lokasi yang menjadi tumpuan ramai apabila bermulanya musim buah buahan di Sekitar Bahagian Sri Aman dan sekelilingnya.

Terdapat pelbagai jenis buah buahan yang dijual di Simpang Batu Lintang. Namun begitu buah durian adalah antara yang menjadi tumpuan ramai di musim buah buahan.Durian Batu Lintang sememangnya memang terkenal dengan kualiti dan keenakkan nya.

Tidak hairanlah ramai yang sanggup datang dari jauh untuk menikmati keunikan citarasa durian di Batu Lintang ini.

Selain itu anda boleh mendapatkan durian dengan harga yang sangat berpatutan di Batu Lintang.Kebiasaannya Durian di sini dijual dengan harga sekitar RM15.00 ke RM8.00 untuk seikat durian. Seikat durian terdapat 5 ke 3 biji durian mengikut saiz buah.Murahkan ?

Selain itu, ramai yang datang ke sini untuk memborong durian di sini untuk dijual di tempat lain juga.

Selain durian, Buah Dabai juga merupakan antara yang terdapat di sini. Buah dabai di sini dijual dengan harga sekitar RM10.00 sekilo.

Buah buah lain juga turut dijual di sini seperti buah rambutan,manggis dan berembang dan banyak lagi.

 Kepada yang belum datang ke sini,bolehlah singgah di sini untuk melihat sendiri keunikan buahan yang terdapat di sini.

Jum !

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


































BANGKIT DAN BANGUN

BANGKIT DAN BANGUN

Hidup ini tidak lebih dan kurangnya melangkah menuju langit Allah yang liku likunya berendamkan darah nanah dan noda.

Hanya yang teguh pegangan dan iman yang akan melepasinya.

Sabar Iman dan Takwa itu azimat sejati yang terbilang dgn sejarah yang gemilang,
Tepuk dada ini dan bangun dari tidurmu,
bangkit dari godaan dan nodaan.

Sekarang masa utk menabung amalan suci dan bukan hanyut dalam Arus Sungai hawa dan nafsu yang membinasa dan membakar diri.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
10012016

09 January 2018

HARI INI SAYA DI SINI

HARI INI SAYA DI SINI

Keindahan Fantasi dan kebenaran realiti,
Terlukis antara imaginasi dan Langkah kaki,

Hari ini saya di sini,
esok esok ke mana lagi,
pemandangan yang hanya sekali,
Penuh inspirasi dan visi,
Bingit,derum,bingar dan gempita kota berdendang nyanyi.

Hari ini saya di sini,
esok esok ke mana lagi,
Keindahan hidup harus dinikmati,
kenikmatan manis pahit harus direnungi,dihayati dan disyukuri,

Hari ini saya di sini,
Melangkah menjejak ilahi nan abadi,
Mudahan dipermudahkan perkiraan diri di akhirat nanti.

AZLAN RUMADI.
www.azlanrumadi.blogspot.my
Kuching,Sarawak.
09012016

08 January 2018

SEKUMPULAN MERPATI DI HARI JUMAAT

SEKUMPULAN MERPATI  DI HARI JUMAAT

Sekumpulan Merpati dan damai Kemuliaan Jumaat yang menghulu segala hari,
Bingkisan ilahi yang melaungkan kebersamaan dan perhimpunaan pada saf saf jemaah dalam silaturrahim pada persaudaraan yang tersimpul dalam akidah yang mentauhidkan pada keagungan dan kesempurnaan ketetapan Allah SWT yang Maha Esa.

Betapa ku lihat manis dan nikmatnya meneguk zat dari pencarian gerbang ke pintu syurga yang dicedok dari keimanan dan pegangan pada agamanya yang satu dan tiada perantaranya antara aku dan Dia.

Salam Jumaat Dariku Untuk  Semua.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
08012016

06 January 2018

SAMPAN KAYU, MANUSIA DAN ARUS SUNGAI

SAMPAN KAYU, MANUSIA DAN ARUS SUNGAI

Sampan dari Kayu,
Menyusuri Sungai,
Sekeras kayu yang kukuh,
Sekukuh jiwa kental yang menuntut rezekinya,
Sehebat ciptaanNya yang membelah arus sungai,
Sesempurna iman dan tawakal yang bekerja siang malam dgn kudrat Allah demi syafaat selagi nyawa,
Sedalam iring doa,
Sesempurna ketentuan dan aturanNya,
yang mencukupi segalanya,
tiada lbh tiada kurang,
Sebijak akal dan fikir,
Yang menjelajah lapangan ilmu,
Seluas bumi dan langit,yang menjadikan renungan dan pengahayatan mencari jalan pulang bg mereka yang tekun dan rajin mencari dan berfikir,

Belajar dari susah org utk meneruskan kehidupan,
Jangan memuja kekayaan org yang belum tentu ke tangan kita,
Cemburui keilmuan org yang menyempurnakan kemanusiaan dan ke
Tuhanan mereka.
Siapkan diri sementara ada Nyawa.

Hidup kita abadi bersama Allah bukan manusia.
Hidup kita berarti dgn Insaniah bukan harta yang Mewah.

Dan sampan Kayu,manusia dan Arus Sungai,
Dunia,Diri sendiri dan Allah.

SATU.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
Islamic Information Centre
06012016

#IslamicInformationCentre

SETENANG SENJA

SETENANG SENJA

Setenang Senja di ambang sore,
Melambai malam hitam,
Panas dan bahang surut dibalik bumi dan langit,
Semuanya pulang,
begitu aku,
kutitip doa agar panas dan bahang gundah gelisah pulang ke asal dan usulnya
tinggal tenang,
tinggal nyaman,
Aku senang.
Dalam indahnya dalam renung-renungan,
Malam menyorotkan pancaran dan kerlip,
sementara esok terbit bersama doa,
Berjayaku di dunia,sempurnaku di akhirat.
Sejahtera ke atas diri sendiri.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
Kuching,Sarawak
06012016

05 January 2018

MASALAH

MASALAH

Sik ada masalah,
jangan carik masalah,
mun ado masalah,
janganlah ditambah masalah.
mun tengah resah dan gundah,
adanya Allah tempat berserah,
jangan sesekali menurut amarah yang marah.
sebelum arah dan akidah goyah dan berubah.

ah! Merah darah yang bak api menyimbah,
sumpah seranah dicanang syaitan iblis yang dari jiwa bermadah,
esmu berubah, kesumat berumah,
mengundang puput angin bala musibah,
Jangan sampai langkah bedebah mengundang petaka bak air bah.

Hadapilah masalah dengan sembah pada Allah,
tiadalah diri rebah menjadi korban dan arwah,
Doa ditadah dalam santun diri yang rendah,
Menangkis musibah,
Gah melangkah kelak ke rahmatullah penuh maruah insaniah.

Jangan marah,
kelak neraka berumah,
Tawakal dan berserah,
Tenang dan tabah kunci pintu syurga yang terserlah,
Lidah disebalik Al Kautsar bertitah,
Makrifat terpanah membongkar rahsia amanah.
Dari doa ke telapak tangan si Kudrat Allah.

Diri kita yang unggul dibakar usah,
Kepadanya jua apa yang sudah lalu berserah.
Hadapi dengan gagah dan tabah,
Masalah pasti goyah dan takut tunduk menyembah.
Hanya sebaik- jalan serahkan pada Allah.

5 Januari 2018
Azlan Rumadi.

01 January 2018

SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2018 DI WATERFRONT KUCHING SARAWAK.

SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2018 DI WATERFRONT KUCHING SARAWAK.

Tahun ini Kuching Sarawak dipilih sebagai lokasi sambutan ambang tahun baru 20
18 peringkat Negeri Sarawak yang turut dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak Yang Amat Berhormat  Datruk Patinggi Abang Haji Abdul rahman Zohari Bin Haji Abang Openg.

Tahun ini juga turut menyaksikan kemeriahan sambutan Ambang Tahun Baru dengan keindahan warna warni cahaya lampu di sekitar pusat bandar Kuching terutama di Jambatan Darul Hana yang baru dirasmikan dan dibuka kepada orang ramai pada 11 November yang lalu.Selain itu bangunan Dewan Undangan Negeri juga mencuri tumpuan orang ramai yang tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan pada malam ambang tahun 2018 ini.

Tepat jam 12 tengah malam acara Sambutan kedatangan tahun baru dimeriahkan dengan persembahan bunga api selama lebih kurang 10 minit.

Rata rata masyarakat dari seluruh tempat yang berkumpul di Waterfront merasa teruja menyaksikan keindahan acara persembahan bunga api pada dalam itu.

Selain dari itu, pelbagai program lain turun disusun oleh pihak penganjur sementara menunggu detik 12 tengah malam seperti persembahan artis tempatan dan sebagainya.

Kemeriahan dengan kehadiran orang ramai pada malam sambutan ambang tahun 2018 memperlihat kepelbagaian dan keharmonian seluruh warga di Sarawak dan Kuching khasnya yang hidup dalam pelbagai bangsa dan suku kaum.

Turut teruja untuk menyaksikan sambutan pada malam itu adalah pelancong asing yang semestinya menjadikan ini suatu pengalaman yang sangat bermakna buat merek.

Selamat tinggal 2017,
Selamat datang 2018,
Selamat Tahun Baru untuk semua.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my