Thursday, December 26, 2024

MENYAMBUT KEPULANGAN ABDUL LATIF MAXZAKIR, JUARA DUNIA PENCHAK SILAT TANDING H DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUCHING,SARAWAK.


26 Disember 2024, Khamis. 

Alhamdulillah... Tahniah kepada salah seorang Pesilat dari Sarawak Bumi Kenyalang yang telah memenangi kejuaraan Dunia di Kejohanan Pencak Silat Dunia di Abu Dhabi, Dubai yang ke 20.

Abdul Latif Maxzakir yang telah dinobatkan sebagai Juara dunia setelah menewaskan Pesilat Vietnam Nguyen Duy Tuyen dalam kategori Tanding Putra Kelas H Senior.

Kejayaan Abdul Latif merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bagi menamatkan penantian selama 20 tahun Negeri Sarawak menyaksikan anak jati negeri Sarawak merangkul gelaran Juara Dunia dalam pertandingan Pencak Silat.

Kali terakhir wakil kelahiran anak Sarawak memenangi gelaran Juara dunia dalam sukan pencak silat adalah menerusi Abang Erdie Fauzerul Bin Abang Pauzan pada tahun 2004 bertanding dalam kategori tanding kelas A di World Championship di  Singapura.

Kepulangan beliau disambut dengan sorakan oleh orang ramai sejurus beliau tiba di Pintu Keluar Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.Sejurus tiba dipeluk erat oleh kedua ayah dan ibunya yang merupakan pembakar semangat dan motivasi beliau untuk memburu kejuaraan dunia pada pertandingan silat yang telah beliau menangi.

Beliau menjelaskan setelah tamat pertandingan ini, beliau akan meneruskan kem latihan atlit negera bagi memulakan persediaan untuk menghadapi Sukan SEA yang akan menjelang tidak lama lagi.

Turut hadir menyambut kepulangan Abdul latif adalah Tuan Awang Putrayustri Haji Awang Redzuan, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak bersama dengan Tuan Dolhadi Bin Haji Marzuki, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, dan Pembangunan Usahawan Negeri Sarawak.

Selain itu, turut hadir adalah Perwakilan Rumpun Silat Sarawak termasuk Ahli Jawatankuasa Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching bersama - sama dengan perwakilan dari pelbagai perguruan di bawah naungan Rumpun Silat Sarawak yang meraikan dan mengucapkan tahniah kepada Abdul Latif yang berjaya mengharumkan nama Negara Malaysia, Negeri Sarawak dan juga Rumpun Silat Sarawak.

Turut disambut dengan tepukan gemuruh dari orang ramai yang mengiringi ketibaan Abdul latif adalah seorang lagi kebanggaan Negeri Sarawak iaitu Guru Muda Arnidawati Binti Kassim yang telah diiktirafkan sebagai Wasit Juri Wanita Terbaik Dunia di kejuaraan yang sama. Guru Muda Arnidawati yang telah dinobatkan sebagai Wasit Juri Wanita terbaik setelah penunjukkan prestasi cemerlang sehingga pihak penganjur mengangkat beliau untuk diberikan pengiktifaran berprestij tersebut.

Guru Muda Arnidawati menjelaskan kepada media bahawa beliau berharapkan pengiktirafan ini boleh dijadikan satu inspirasi dan membuktikan bahawa Rumpun Silat Sarawak sebagai badan induk yang mengurus tadbir Persatuan Silat Di Sarawak tidak ketandusan bakat - bakat yang boleh diketengahkan ke dalam bidang penjurian pertandingan silat.

Turut di banggakan adalah Pesilat berasal dari Marudi, Miri iaitu Ummi Masitah Hassan yang telah berjaya memenangi Naib Juara Dunia pingat Perak dalam kategori Tanding Putri kelas C Senior yang mana merupakan penampilan sulung beliau setelah beliau dilamar oleh PESAKA untuk bersama barisan wakil negera . Beliau sebelum ini telah berjaya memenangi pingat Emas di Sukan Malaysia ( SUKMA ) bagi tahun 2024 yang lalu yang mana pertandingan di langsung di Miri, Sarawak.

Seorang lagi pesilat kelahiran Sarawak berasal dari Miri, Inatha Khairuniyah turut merangkul gelaran Naib Juara Dunia di dalam kategori Solo Kreatif Putri.

Secara kesuluruhannya Pasukan Penchak Silat Malaysia telah berjaya memenangi 6 Pingat EMAS, 9 Pingat PERAK dan 4 Pingat GANGSA.











\








































 


AZLAN BIN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


Thursday, December 12, 2024

KEBAIKAN RAWATAN RENDAMAN KAKI BERSAMA GARAM BUKIT DAN AIS BATU.

KEBAIKAN RAWATAN RENDAMAN KAKI BERSAMA GARAM BUKIT DAN AIS BATU.


Kredit: Fatin Adila Razali


 Dah dua hari amalkan rendam kaki dalam ais. Best juga, memang banyak kebaikkannya untuk gout, sakit kepala, sakit badan, lesu, minor stroke, sakit urat, tak lena tidur malam. Badan rasa berat dan penat, try laa.


Untuk pengetahuan anda, amalan rendaman kaki dengan air yang dicampurkan dengan sedikit ais batu dapat melegakan ketegangan otot dan ianya dapat mengelakkan dari gangguan jin.


Tahukah anda? Bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin. Angin dalam badan anda itu adalah angin tidak elok.


Sesiapa yang mengalami masalah tersebut, kerap sakit kepala, sakit belakang, sakit belikat ,lenguh tengkuk, kerap sendawa, kerap kembung perut.


Terapi rendaman kaki dengan air yang dicampurkan bersama sedikit ais bagi orang yang sukar tidur malam adalah baik jika diamalkan.


Bagi masalah sakit kepala pula ataupun bisa sakit-sakit badan adalah elok untuk mengamalkan rawatan rendaman kaki yang dicampur bersama dengan ais ini.


Menurut Perubatan Islam, sekiranya anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang direndam itu, itu adalah tandanya yang tubuh kita ada mangalami gangguan makhluk halus. Oleh itu sekiranya diamalkan, inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari pada tubuh anda.


Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi campurkan air rendaman kaki tersebut dengan daun bidara, limau nipis dan garam bukit dalam air berais itu. Kesannya amat baik dalam tubuh badan kita.


Bolehlah diamalkan membaca sebelum rendam kaki


Surah Al Fatihah 7x

Surah Al Ikhlas 7x

Dan selawat 7x


InshaaAllah dengan izin Allah, kaki badan akan berasa ringan.


Menurut Perubatan Islam, kesan gangguan makhluk halus adalah seperti:


1. Kaki anda berasa Pijar bila di rendam kaki anda dalam Ais

2. Lenguh dan kebas pada kaki

3. Sakit mencucuk di kaki


Haruslah diingat ini adalah salah satu cara alternatif dalam rawatan islam dan ianya juga adalah sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit, inshaaAllah dengan izin Allah, sakit anda akan sembuh atau berkurangan. Ianya juga adalah mengikut kesesuaian tubuh badan anda, wallahualam.


Kredit: Fatin Adila Razali

Friday, December 06, 2024

KUNJUNGAN HORMAT PERGURUAN SILAT PUKULAN 12 SPRING SENDENG HADIAH KE PEJABAT RUMPUN SILAT SARAWAK WILAYAH KUCHING


KUNJUNGAN HORMAT PERGURUAN SILAT PUKULAN 12 SPRING SENDENG HADIAH KE PEJABAT RUMPUN SILAT SARAWAK WILAYAH KUCHING


06 Disember 2024, Jumaat telah berlangsung kunjungan hormat Perguruan Silat Pukulan 12 Spring Sendeng Hadiah ke Pejabat Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching.


Perguruan Silat Pukulan 12 Spring Sendeng Hadiah diketuai oleh Guru Haini Hamlin dari Gelanggang  PSSH Cawangan Muara Tebas bersama perwakilan dari Cawangan yang lain disambut mesra Oleh Ahli jawatan Kuasa Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching yang diketuai oleh Saudara Abdul Taip Yusup.


Pada majlis yang berlangsung mesra turut diadakan sesi bersilaturrahmi disamping bertukar pendapat dan idea mengenai persilatan di Sarawak disamping mengutarakan beberapa perkara perkara dan isu terkini perkembangan program silat di Wilayah Kuching. 


Selain itu, Pengerusi Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching Saudara Abdul Taip turut memperkenalkan Pejabat baru RSS Wilayah Kuching yang akan dijadikan pusat aktiviti dan program bagi merancakkan perancangan takwim yang sedang disusun atur pada tahun hadapan. Pelbagai usaha juga sedang dirancang dalam melengkapkan fasiliti di pejabat baru RSS Wilayah Kuching bagi memudahkan pelaksanaan program dan aktiviti dari semasa ke semasa.


Majlis di akhiri dengan sesi bergambar kenang - kenangan beramai - ramai dan dilanjutkan dengan demonstrasi ringkas Permainan Perguruan Silat Pukulan 12 Spring Sendeng Hadiah dari pelbagai Cawangan. 


Syabas dan tahniah buat Semua pihak yang menjayakan Majlis kunjungan hormat ini.


Silat, Solat, Silaturrahim.