Mengapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
ketika kita menangis?
Ketika kita membayangkan
Itu kerana hal terindah di dunia
Tidak terlihat ketika kita menemukan
Seseorang keunikannya sejalan dengan kita,
Kita bergabung dengan nya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan cinta.
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.
Seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan,
Tapi, melepaskan bukan akhir dari dunia.
Melainkan suatu awal kehidupan baru.
Kebahagiaan ada untuk mereka yang tersakiti,
Mereka yang telah dan tengah mencari dan mereka yang telah mencuba,
Kerana merekalah yang bisa menghadapi betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.
Cinta yang sebenarnya
Adalah ketika kamu menitiskan airmata dan masih peduli terhadapnya.
Adalah ketika dia tidak mempedulikamu dan
kamu masih menunggunya dengan setia,
adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum dan berkata
"aku turut berbahagia untukmu".
Apabila cinta tidak bertemu bebaskan dirimu,
Biarkan hatimu kembali ke alam bebas lagi.
Kamu mungkin menyedari bahawa kamu menemukan cinta dan kehilangannya,
Tapi ketika cinta itu mati,
Kamu tidak perlu mati bersama cinta itu,
Orang yang bahagia bukanlah mereka yang selalu mendapat keinginannya,
Melainkan mereka yang tetap bangkit ketika mereka jatuh,
Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan.
Kamu belajar tentang dirimu sendiri,
dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada,
Cintamu tetap dihatinya sebagai penghargaan abadi atas pilhan pilihan hidup yang telah kau buat.
Teman sejati,
Mengerti ketika kamu berkata "aku lupa..."
menunggu selamanya ketika kamu berkata "tunggu sebentar ".
tetap tinggal ketika kamu berkata " tinggakan aku sendiri".
membuka pintu meski kamu belum mengetuk dan berkata "bolehkah saya masuk? ".
Mencintai juga
Bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila ia berbuat kesalahan,
melainkan bagaimana kamu memaafkan,
Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan,
Melainkan bagaimana kamu mengerti,
Bukanlah apa yang kamu lihat,
Melainkan apa yang kamu rasa,
Bukanlah bagaimana kamu melepaskan,
Melainkan bagaimana kamu bertahan.
Mungkin akan tiba saatnya di mana kamu harus berhenti mencintai seseorang,
Bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita,
Melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
Kadangkala,
Orang yang paling menyintaimu,
Adalah orang yang tidak pernah menyatakan cinta kepadamu,
Kerana takut kau berpaling dan memberi jarak.
Bila suatu masa pergi,
Kau akan menyedari bahawa dia ada lah cinta yang tak kau sedari.
Kahlil Gibran
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment