13 February 2015

KALIMAH ALLAH MUNCUL DILANGIT DI PAGI HARI PENGEBUMIAN TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT



SUBHANALLAH

Seperti mana terpancarnya cahaya amalan beliau melalui pegangan kuat agamanya sampai hembusan nafas yang terakhir,Dipagi hari pengebumian beliau Kalimah Allah jelas terlukis di langit mengiringi kepergian beliau yang seolah memberitahu Allah menyambut kepergian beliau dengan hari kemenangan beliau di sisi Ilahi.

Kita semua tahu yang Tuan Guru Nik Aziz sepanjang hidupanya adalah seorang yang rajin dalam melaksanakan solat dan membela syariat Islam dalam setiap langkah kakinya.Mungkin inilah  menandakan bahawa Allah SWT menjadikan kejadian ini sebagai renungan bahawa setiap amalam dalam kehidupan Allah diberikan ganjaran di sisi Nya.

Semoga kejadian ini menjadikan motivasi dan semangat untuk kita menguatkan asas pegangan agama kita dan menambah ilmu agama kita agar kita dijadikan mereka yang dikasihi sisi Allah.




DALAM KENANGAN : TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT


  
AL - FATIHAH | Semalam pada 12 Februari 2015 bersamaan dengan 22 Ribiual AKhir 1436  kita diberitakan tentang kepergian seorang tokoh politik yang sangat besar dalam sejarah politik malaysia. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.Beliau di sagkan meninggal di kediaman rasmi beliau di Pulau Melaka,Kota baru Kelantan jam 9.45 Malam merujuk kepada kenyataan Harian Metro Online di Laman Sosial nya malam tadi.

Sejurus mendapat khabar pemergian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat seluruh negara seolah berkabung dengan pemergian seorang ahli politik yang sangat berpengaruh.Pengalaman yang luas dalam bidang agama dan politik yang diterjemahkan dengan perjuangan beliau dalam PARTI ISLAM SEMALAYSIA ( PAS ) membuktikan beliau merupakan antara tokoh politik yang berpengaruh di dunia sehingga beliau menjadi seorang yang disegani dikalangan rakan seperjuangan juga antara ahli politik yang berlainan ideologi.

Pendekatan agama yang diserapkan beliau dalam pejuangan politik PAS ternyata berjaya membentuk parti politik PAS untuk bertahan sampai ke hari ini.

Kehilangan beliau ke rahmatullah di semestinya kehilangan yang tiada ganti dan tiada lagi akan kita dengar suara dan kelantangan lontaran pendapat yang belaiu ucapkan sehingga kadang - kadang mencetuskan kontroversi di kaca TV dan media sosial.Namun itulah asam garam politik mahupun di parlimen dan di mana - mana medan perjuangan.

Kita sedekahkan AL - Fatihah Buat beliau,

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/
SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH BELIAU 
AMIN.

Seterusnya kami kongsikan secara ringkas profile 
ALLAHYARHAM TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/
 


http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/ 

 http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/


Suasana di kediaman beliau sejurus selepas menerima berita pemergian TGNA pada malam semalam. 

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/


Antara keratan Media Sosial dari Pelbagai Pihak Akhbar yang turut memuat naik status atas Pemergian TGNA.

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/
http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/
http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/
http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

12 February 2015

PENYAMPAI BERITA TERKENAL NEGARA,DATUK HASBULLAH AWANG MENINGGAL DUNIA

www.azlanrumadi.blogspot.com

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

DATUK HABULLAH AWANG |  pagi tadi kita dikejutkan dengan pemergian seorang pengulas berita yang tidak asing dan merupakan suara yang banyak kali mewarnai arena kewartananan di Malaysia sebagai pengulas berita yang sebahagian besarnya adalah BERITA SUKAN.

Saya mendapat berita ini melalui Astro Awani yang menyatakan beliau meninggal selepas mendapat rawatan di Institusi Jantung Negara ( IJN) yang berpunca daripada komplikasi jantung.

Beliau yang bekerja sebagai pengulas Sukan Astro Awani sejak  Januari 2014 yang lalu disahkan meninggal setelah menerima rawatan di fasiliti perubatan sejak minggu lalu.

Saya mengucapakan jutaan takziah atas kehilangan seorang pengulas sukan yang semestinya kita semua akan merindui setiap "punch line" dan ayat - ayat menarik yang power dari beliau.Memang diakui kehilangan belaiu tiada peggantinya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh Beliau.

Amin

03 February 2015

PELAJAR UITM PULAU PINANG MENINGGAL DUNIA DIKELAR DI LEHER OLEH BEKAS TEMAN LELAKI



www.azlanrumadi.blogspot.com

"DIA TAK MAMPUS LAGI KE ? " |
Begitulah kata - kata yang kedengaran dari saspek setelah kejadian menyayat hati mengenai kematian seorang pElajar UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( UiTM) Pulau Pinang merujuk kepada saksi kejadian Mohd Ikhbal Ahmad yang dalam perjalanan dari Pokok Assam ke Ipoh.



Semalam kita dikahbar dengan kematian tragis seorang pelajar UiTM Permatang Pauh Pulau Pinang, Nur Syuhada Johari yang mati dikelar oleh seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Bukit Gantang. 
  
Kejadian diketahui oleh orang ramai setelah seorang saksi melihat sebuah kereta perdana warna hitam berada dibahu jalan kemudian melihat seorang perempuan keluar dari kereta melalui pintu pemandu kemudian terjatuh.Seterusnya diikuti oleh seorang lelaki yang kelaur dari kereta kemudian bertindak menarik mangsa ke tepi besi penghadang jalan.Lelaki itu kemudian  melarikan diri ke kawasan hutan.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu berhenti di kawasan kejadian untuk memastikan apa yang berlaku.Terdapat kesan kelar di bahagian leher perempuan tersebut,

Tidak lama selepas itu,lelaki yang tadi itu mucul semula dan membuka pintu kereta dan mengambil sebuah telefon bimbit lalu menelefon satu nombor yang dipercayai ahli keluarga mangsa sambil memohon maaf dan menyatakan dia telah membuat kesilapan.

Selepas itu,lelaki itu  berkata "Dia tak mampus lagi ke ?"

Orang ramai yang berasa curiga bertindak memukul lelaki tersebut dan menyerahkan lelaki itu kepada polis peronda yang sampai di lokasi kejadian setelah usaha saspek untuk melarikan diri ke kasawan hutan gagal.

Pemangku Ketua Polis Taiping,Superintendan Ismail Che Isa mengesahkan menerima laporan berkenaan dengan kejadian itu dan menyatakan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal dari pihak polis telah menjumpai sebilah pisau lipat di buang oleh saspek di tepi bukit lebuh raya dan mendapati saspek yang berusia 25 tahun itu didapati menghadapai masalah mental








30 January 2015

CARA PALING KREATIF DAN MENARIK UNTUK MEMBUAT MOGOK DAN TUNJUK PERASAAN

MOGOK,TUNJUK PERASAAN dan BANTAHAN adalah salah satu cara orang ramai untuk menterjemah emosi dan perasaan dalam sesuatu isu dan agenda.Dalam Media massa seperti televisyen,internet,surat khabar dan pelbagai lagi media yang lain,kita dapat melihat pelbagai cara dan pendekatan yang digunakan oleh para peserta dan mereka - mereka yang terlibat.

Namun dari sudut lain juga kita dalam melihat kreativiti dalam mereka melaksanakan penyampaian emosi dan perasaan mereka untuk menarik perhatian dari pihak yang tertentu.
 




















29 January 2015

LUKISAN PASIR PANTAI ANDRES AMADOR YANG MENAKJUBKAN


KESENIAN LUKISAN PASIR DI PANTAI | Saya percaya mesti ramai yang mempunyai hobi melukis di pasir pantai untuk mengekspresikan pelbagai idea yang sedang berada dalam fikiran masing - masing.Pelbagai cara untuk menampilkan kreativiti masing - masing.Tetapi siapa sangka sekiranya ianya boleh dijadikan suatu kesenian yang sungguh mempesonakan apabila ia dikembangkan menjadi sebuah hobi yang lebih focus dan serius.

ANDRES AMADOR merupakan seorang artis lukisan yang aktif bergiat dalam bidang kesenian grafik telah Berjaya menghasilkan beberapa lukisan pantai yang Berjaya menarik mata dunia mengenai hobi yang jarang kita telitikan ini.Setiap lukisan di atas pasir yang beliayu hasilkan berilhamkan pelbagai motif dan corak.Setiap lukisan beliau hasilkan dibuat dengan penuh berhati - hati nagi menampakkan kemasan yang halus untuk menjadikan lukisan tersebut adalah lukisan yang sangat mempesonakan bagi pengunjung bertuah yang menemui beliau di lokasi - lokasi beliau menghasilkan lukisan tersebut.

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

SUMBER DI SINI




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


 

PENAMPILAN TERBARU MARIA FARIDA YANG MENGEJUTKAN PEMINAT

 
http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/
 
Siapa yang tidak kenal dengan selebriti Malaysia yang sungguh mempesona dan cantik ini yang sering mencetuskan kontroversi dengan memuat naik foto-foto berbikini dalam laman instagramnya.
Namun kali ini beliau menampakkan kelainan yang mengejkutkan apabila beliau memuatnaik gambar beliau mengenakan tudung.Subhanallah.Walaubagaimanapun,ada maklumat yang mengatakan bahawa gambar beliau bertudung ini adalah atas urusan kerja yang mana gambar yang dimuat naik ini kebanyakkannya dari sesi fotoshoot untuk produk juga gambar beliau semasa mengerjakan ibadah umrah.
 
Apa - apa pun semestinya sebagai peminat kita mendoakan semoga Allah swt membuka pintu hati dan memberikan hidayah kepada beliau untuk memakai hijab seoring dengan penghijrahan beberapa artis tempatan yang nampaknya mula mengenakan hijab.Amin.
 
 
http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/