29 March 2017

#24 WORDLESS WEDNESDAY - KREATIVITI PERHIASAN MENGGUNAKAN BAHAN YANG TERBUANG


#24 WORDLESS WEDNESDAY -
 KREATIVITI  PERHIASAN MENGGUNAKAN BAHAN YANG TERBUANG 

Wordless Wednesday ? Apa benda Wordless wednesday ini sebenarnya ? baca sini




















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


21 March 2017

BIODATA PELAKON UTAMA THE PROMISE ( PANGAKO SAYO ) 2015 DARI FILIPINA


BIODATA PELAKON UTAMA THE PROMISE ( PANGAKO SAYO ) 2015 DARI FILIPINA

The Promise ( Pangako Sayo ) merupakan drama dari Filipina yang semakin mendapat sambutan para peminat Siri Drama TV di Malaysia. Drama ini memulakan menyiarannya pada 2 Januari 2017 melayu channel Astro Maya HD dan Astro Prima yang juga merupakan Siri Drama dari Filipina yang pertama di alih suara ke Bahasa Melayu.

The Promise ( Pangako Sayo ) ini juga yang mula ditayangkan pada 2015 ini berdasarkan siri asal dengan judul yang sama pada 2003 yang mana dilakonkan oleh Kristine Hermosa dan Jericho Rosales yang mendapat sambutan pada ketika itu menarik minat penerbit filem untuk membuat semula cerita itu dengan menampilkan dua bakat muda iaitu Kathryn Bernardo yang membawa watak Yna Macaspac dan Daniel Padilla membawa watak Angelo Buenavista bagi menggalas tugas membawa watak utama dalam Siri Drama ini.

Selain dari lakonan yang berkesan dengan jalan cerita yang menarik cerita ini mendapat perhatian ramai kerana personaliti pelakonnya yang jelita dan tampan.

Seterusnya kita lihat Biodata dua bintang muda berbakat  Siri Drama ini.


BIODATA KATHRYN BERNARDO

Nama Penuh : Kathryn Chandria Manuel Bernardo


Nama Popular : Kathryn Bernardo


Tempat Lahir : Cabanautan City,Filipina


Tarikh Lahir : 26 March 1996


Umur : 20 Tahun


Adik - Beradik : Anak Bongsu dari 4 orang adik - beradik.

Ibu Bapa : Luzviminda Bernardo , Teodore Bernardo


Pendidikan : Belajar di OB Montessori Center Inc sebelum menceburi bidang lakonan pada tahun 
                     2003.Bersekolah di rumah, dan ketika ini belajar di Kolej Enderun, Bandaraya Taguig.

Perkerjaan : Artis, Model dan Penyanyi


Agama : Kristen


BIODATA DANIEL PADILLA

Nama Penuh : Daniel John Ford Padilla

Nama Popular : Daniel Padilla

Tempat Lahir : Manila,Filipina

Tarikh Lahir : 26 April 1995

Umur : 21 Tahun

Zodiak : Taurus

Ibu Bapa : Karla Estrada, Rommel Padilla

Adik Beradik : Ralph Mattew Padilla, RJ Padilla dan lain2

Twitter : https://twitter.com/imdanielpadilla

Instagram : https://www.instagram.com/imdanielpadilla/


GAMBAR - GAMBAR PELAKON THE PROMISE ( PANGAKO SAYO ) 2015

Seterusnya saya kongsikan gambar - gambar menarik kedua - dua weatak utama dalam Siri Drama terkenal ini. 





































 AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

15 March 2017

PANDUAN DAN TIPS ASAS TROLLING OLEH PENGAIL TEGAR


Memancing merupakan salah satu kegiatan yang sangat memberi kepuasan terutama nagi mereka yang bergiat secara aktif dalam aktiviti ini.Namun begitu, adalah penting juga untuk mempelajari  teknik - teknik asas memancing.Salah satunya adalah Trolling.
Pengail Tegar berkongsikan beberapa panduan dan tips asas teknik trolling yang mana telah diterbitkan dalam salah satu segmen dalam  Majalah "UMPAN"

 PANDUAN DAN TIPS ASAS TROLLING OLEH PENGAIL TEGAR

TROLLING merupakan satu teknik memancing dengan cara menunda gewang dibelakang sampat bot,kapal dan sebagainya.Trolling di laut,muara dan sungai mempunyai perbezaan yang ketara dan memerlukan peralatan dan yang sesuai.Di sinis aya kongsikan beberapa tips untuk troling di muara atau sungai kecil.

STRUKTUR SUNGAI

Sebelum melakukan teknik trolling , kita perlu mengenalpasti struktur sungai terlebih dahulu.Ianya kuruang sesuai sekiranya struktur sungai terdapat banyak bangkar kayu mati.Trolling dilakukan berhampiran reba atau kawasan tanah runtuh tau berhampiran dengan susur tebing.Ini kerana lazimnya ikan - ikan gemar bermain di dasar kawasan tersebut untuk mencari makanan atau menghendam mangsa.

GEWANG

Gewang yang paling sesuai digunakan untuk teknik ini adalah selaman 3 meter hingga 5 meter bergantung pada paras air sungai tersebut.Tidak kisahlah jenis atau jenama gewang apa yang ingin digunakan.Selain gewang selaman dalam,gewang selaman cetek atau Minnow juga boleh digunakan  meskipin peratuasan strike lazimnya berpihak kepada gewang selaman dalam.

JORAN

Untuk keselesaan trolling di muara sungai memadai joran aksi sederhana ( Medium Heavy ).Disarankan joran kekuatan 6-12 lb , 6-16lb , 8-17 lb, 8-20lb, atau 10-20lb . Panjang Joran pula sebaiknya 6 hingga 7 kaki panjang.

TALI DAN PERAMBUT

tali yang digunakan untuk trolling haruslah tidak terlalu halus atau kasar.Jika terlalu halus , ia akan mudah putus jika tersangkut atau disentap oleh ikan bersaiz besar. Jika terlalu kasar pula ia akan menghasilkan getaran dan bunyi semasa ditunda. Ia akan menyebabkan bunyi bising dan peluang untuk strike ikan agak nipis. Cadangan paling sesuai adalah dalam 20 lb - 30 lb sahaja atau diameter tali 0.18 mm - 0.28 meter.

JARAK

Berkaitan dengan jarak,terdapat dua perkara yang perlu diketahui semasa trolling.Pertama adalah adalah jarak antara bot dengan tebing dan kedua adalah jarak antara bot dengan gewang.Semasa Trolling, jarak yang paling sesuai dengan bot adalah antara 5 - 10 meter. Pada kedudukan jarak ini, gewang selaman dalam kita gunakan akan sampai ke sasaran. Jika terlalu jauh ke tengah sungai , gewang tidak akan sampai ke dasar,

Jarak yang kedua perlu dipertimbangkan adalah jarak antar bot dengan gewang yang kita tunda di belakang bot. Kebiasaannya jarak paling sesuai adalah antara 30-50 meter. Amat sesuai jika menggunakan tali yang berwarna - warni kerana lebih senang buat ukuran ( 10 meter setiap warna ).

KELAJUAN

Tip inia dalah antara yang terpenting perlu diketahui jika melakukan teknik trolling. Semasa Trolling pastikan bot dalam kelajuan paling minima. Kerana ini dapat memberi peluang kepada ikan untuk mengejar gewang tersebut. Jika bot dalam keadaan laju, kebanyakan ikan tidak mahu mengejar ataupun tidak dapat mengejar gewang tersebut.

PENYELAMAT GEWANG

Jangan Lupa ! Amat penting untuik kita membawa alat ini. Ini Kerana , semasa trolling peluang untuk gewang tersangkut pada batu dan kayu di dasar sungai adalah tinggi.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


06 February 2017

PENYEDIAAN DAN CARA - CARA MEMBUAT TEMPE SECARA TRADISIONAL



PENYEDIAAN DAN CARA - CARA MEMBUAT TEMPE SECARA TRADISIONAL


Tempe adalah makanan kacang soya yang amat popular di Asia Tenggara dan berasal dari suku jawa (Indonesia). Tempe semakin mendapat tempat di kalangan selera seluruh pelusuk Asia seiring dengan penggunaan tempe yang dalam resepi masakan dan makanan seperti ayam penyet,lalapan dan sebagainya yang sebahagian besarnya berasal dari negera Indonesia.

Kali ini saya ingin berkongsikan kepada anda semua cara - cara pembuatan tempe secara Tradisional. Bahan - bahan asas yang diperlukan untuk pembuatan tempe adalah

 Kacang soya ( Cadangan 4 Kg )
 Air Secukupnya ,
 Ragi tempe ( 1 Sudu )

 selain dari peralatan yang diperlukan sepanjang proses penghasilan tempe.



CARA - CARA MEMBUAT TEMPE TRADISIONAL

Berikut merupakan cara - cara atau langkah - langkah membuat tempe secara tradsional.

Pertama sekali, Kacang soya sebanyak 4 kg direndam selama 2 hari di dalam 2 baldi di mana setiap satu baldi berisi 2 kg kacang soya. Setelah direndam 2 hari dan dibiarkan sehingga menjadi kembang, ramas-ramaskan kacang soya tersebut supaya kulitnya tertanggal. 

Kedua, Kacang yang telah direndam dibasuh sebanyak 3 kali sehingga bersih dan bahan asing yang telah bercampur dengan kacang soya seperti kacang dal diasing dan dibuang. 

Ketiga, Kacang soya tersebut seterusnya direbus di atas dapur kayu dan dibiarkan mendidih selama 2 jam. Sekiranya menggunakan dapur gas, proses merebus kacang soya boleh dipendekkan menjadi 45 minit sehingga 1 jam sahaja. 

Keempat, Kacang soya yang telah direbus ditos dan dikeringkan di atas meja yang dilapikkan dengan kain putih pada suhu sederhana ataui suhu bilik. Kemudian, masukkan kacang yang sudah kering ke dalam dulang yang dialas dengan kertas minyak.Selain itu terdapat juga cara moden dengan mengaginkan kacang soya yang telah ditoskan  bagi mempercepatkan proses pengeringan. 

Kelima, Ragi tempe sebanyak 1 sudu besar ditaburkan dan gaulkan sehingga rata pada semua kacang soya yang telah dikeringkan.

Keenam, Kacang soya yang telah digaul tadi dibungkus mengikut sukatan bekas kecil ke dalam daun yang sudah disusun dan dilipat. Pembungkusan juga boleh dibuat dengan surat khabar yang sudah dipotong menjadi empat segi kecil bagi lapisan pertama, 2 helai daun pokok ubi garut bagi lapisan kedua dan kemudian daun pokok pisang.
Selain itu dalam kaedah moden,pembungkusan tempe boleh dibuat menggunakan plastik yang lebih mudah untuk diperolehi.

Ketujuh, Biarkan tempe yang telah dibungkus di tempat yang kering pada suhu bilik. Setelah dibiarkan selama 48 jam, sejenis kulat putih akan memenuhi bungkusan tersebut.

Siap.Mudahkan ?

Selain itu juga diingatkan pembuatan tempe memerlukan ruangan yang amat bersih dan sesuai kerana ianya penting bagi menghasilkan tempe yang berkualiti dan enak.Selain itu ianya penting kerana penghasilan tempe melibatkan mikroorganisma dan agak sensitif.

Perkongsian saya ini juga diharapkan dapat menjadi rujukan bagi yang ingin menjadikan penghasilan tempe sebagai satu kerjaya dalam mencari punca rezeki.Mudahan ianya bermanfaat untuk semua.

Saya juga ingin memberikan kredit kepada Blog " Tempe Tradisional Hajah Tuminah " yang saya jadikan rujukan dalam perkongsian kali ini. 

Selamat Mencuba ! semoga Bermanfaat.




  
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

19 January 2017

AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT DENGAN PANDUAN PIRAMID MAKANAN


AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT DENGAN PANDUAN PIRAMID MAKANAN

Saya masih ingat lagi semasa percutian di Kalimantan Barat,Indonesia yang mana kami bercerita tentang perihat MAKAN. Ungkapan yang saya masih segar diingatan saya sehingga sekarang adalah 

" Di Negara Malaysia,ramai yang mati kerana makan manakala di Negara Indonesia ramai yang mati kerana tidak makan."

 Bunyinya agak sinis namun persoalannya bukanlah untuk perbandingan kehidupan di Malaysia ataupun Indonesia.Melihat kepada maksud persoalan Di Malaysia,ramai yang mati kerana makan ada mempunyai asas yang boleh difikirkan bersama di mana pada keadaan gaya hidup semasa kita pada masa sekarang di mana faktor pemakanan banyak mempengaruhi faktor kesihatan kita pada hari ini.


Piramid Makanan adalah salah satu antara panduan yang amat berguna dalam merancang pemakanan untuk merujuk diet pemakanan yang betul dengan mengambil kira sukatan yang betul dan memahami kandungan atau nutrien makanan yang kita ambil.Pengambil nutrien makanan yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan kesihatan pada tahap yang terbaik dan bagi mencukupkan keperluan tubuh badan.

Namun adalah penting juga untuk mengambil pemakanan seimbang yang seperti yang dicadangkan dalam piramid makanan bagi menjaga amalan pemakanan yang sihat supaya kita mempu meneruskan kehidupan dengan cergas dan cerdas.

Tidak dinafikan penjagaan pemakanan yang betul adalah penyumbang utama dalam memberikan gaya hidup yang berkualiti disamping memanjangkan umur di dunia.
 

APAKAH PIRAMID MAKANAN ?

PIRAMID MAKANAN adalah penting untuk mengetahui dan memahami diet yang betul dan bersesuaian untuk kehidupan seharian kita.Piramid Makanan amatlah penting dan berguna untuk kita dalam merancang pengambilan jenis - jenis makanan dan sukatan yang sesuai bagi menjalani kehidupan seharian.Piramid makanan juga amatlah penting dalam mencapai objektif pemakanan yang sihat.

Saya bukanlah sorang pakar pemakanan dan bukan juga seorang yang ahli dalam bidang pemakanan namun di sini saya ingin mengajak para pembaca untuk mengambil masa untuk melihat dan memikirkan kembali kepada pemakanan kita.


 Tidak dinafikan kehidupan kita di Malaysia dilimpahi dengan pelbagai pemakan yang sedap,lazat dan nikmat yang didorong oleh limpahan pilihan tempat - tempat seperti kedai makan,restauran warung dan sebagainya yang menwarkan hidangan makanan yang sangat menarik selera.

Namun begitu sejauh mana pengambilan makan yang kita amalkan pada hari ini adalah bersesuaian mengikut keperluan aktiviti tubuh badan kita ? apakah kita mengambil makanan dengan diet yang betul ? 

Sekiranya kita jarang untuk menitik beratkan pengambilan makanan kita maka kita berisiko terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan atau penyakit.Mengabaikan pengambilan makanan yang betul akan mengundang pelbagai penyakit serius seperti masalah jantung,diabetes,kencing manis,darah tinggi dan pelbagai jenis penyakit serius yang lain yang jika tidak dikawal dan dipantau akan menyebabkan kematian.

 
 
PANDUAN PIRAMID MAKANAN

Piramid makanan secara asas nya mempunyai 4 klasifikasi ataupun jenis/kumpulan makanan yang disusun mengikut tingkat/ aras berdasarkan jumlah atau kuntiti pemakanan yang disyorkan oleh pihak kesihatan seluruh dunia bagi memenuhi ciri - ciri pemakanan yang seimbang,sihat dan betul.


ARAS 1 ( PALING BANYAK )

Makanan dalam kumpulan ini lazimnya makanan yang kaya dengan kandungan nutrien Karbohidrat Komplek yang terdiri dari zat - zat penting yang membekalkan sumber tenaga kepada tubuh badan kita.Selain itu, ianya turut melengkapkan zat - zat nutrien yang lain seperti vitamin,serat,mineral dan sedikit protein.

Makanan dalam kelas ini perlu diambil dengan jumlah yang banyak ataupun paling banyak berbanding kelas makan yang lain bagi memasti tubuh badan mempunyai nutrien yang cukup dalam membekalkan seumber tenaga tubuh badan kita bagi menjalankan rutin harian.

Makanan dalam kelas ini disyorkan diambil dalam kuntiti 8 sehingga 12 hidangan sehari.

Contoh - contoh makanan dalam kelas makanan ini adalah basi, bubur, roti, mi, bihun , biskut, pasta, kentang , keledek, bijiran sarapan dan sebagainya.


ARAS 2 ( BANYAK )

Makanan dalam kumpulan ini selalunya makan yang kaya dengan zat vitamin , mineral dan serat.Makanan ini juga amatlah penting bagi melengkapkan fungsi - fungsi organ dan sistem tubuh badan.Ini termasuk sistem imunisasi ( daya tahan ) tubuh badan dan juga sebagai pelindung ataupun peransang kepada sistem tubuh badan yang lain seperti sistem pencernaan dan sistem aliran darah dan banyak lagi sistem - sistem penting di dalam tubuh badan kita.

Selain itu juga,pengambilan makanan dalam kelas ini mampu membantu dalam melambatkan penuaan dan mencantikkan kulit.

Makanan dalam kelas ini boleh diambil dalam jumlah yang banyak.Selain itu pilihan pengambilan makanan dalam kelas ini boleh dipelbagaikan dalam setiap hidangan.

Saiz hidangan yang disyorkan untuk makanan dalam kelas ini adalah sekurang - kurangnya 5 sajian ataupun lebih.

Contoh - contoh makanan dalam kategori ini adalah pelbagai jenis  sayur -sayuran hijau dan buah - buahan.


ARAS 3 ( SEDERHANA ) 

Makanan dalam klasifikasi aras 3 ini dalah dalam saiz sederhana.Makanan kategori ini adalah makanan yangh kaya dengan zat nutrien protein , vitamin,kalsium , zat besi , zink dan magnesium.Makanan pada kelas sangat penting untuk tumbesaran tubuh badan yang sempurna terutama diperingkat bayi atau kanak - kanak.Selain itu juga ianya sangat penting dalam membantu memulihkan tisu - tisu atau organ badan.

Makanan dalam katagori ini boleh diambil dalam saiz yang sederhana.Kelas makanan dalam Aras 3 taua katagori sederhana ini boleh dipecahkan kepada dua jenis.

Jenis pertama adalah makanan seperti ayam, daging, telur, dan juga kekacang serta hasil kekacang yang lainnya seperti kacang soya,tauhu, tempe dan juga kacang merah dan dhal.Makanan dalam jenis ini disyorkan untuk diambil dalam kadar 2 hingga ke 3 hidangan untuk saiz hidangan yang seimbang.

Jenis yang kedua pula adalah makanan hasil tenusu seperti susu,keju dan dadih.Makanan dalam kelas ini sangat kaya dengan kandungan zat nutrien protein, kalsium dan juga vitamin D.Pengambilan susu rendah lemah adalah sangat disyorkan untuk memberikan anda kesihatan yang mantap.
 
ARAS 4 ( PALING SEDIKIT ) 

Makanan aras 3  adalah antara katagori makanan yang paling atas atau pun yang paling sedikit pengambilannya walaubagaimana pun ianya tetap merupakan makanan yang penting dalam memberikan kesihatan tubuh badan.Ini kerana makanan dalam ini turut menjalankan fungsi tertentu dalam tubuh badan seperti melindungi organ dalaman dari kecederaan dalam keadaan tertentu.

Antara jenis makan yang terdapat dalam katagori ini adalah lemak,minyak cokelat,gula dan sebagainya.Namun ianya perlu diambil dalam saiz yang sangat sedikit.



Pengambilan makanan yang seimbang dan betul amatlah penting  dalam mengekalkan gaya hidup sihat selain meningkatkan kualiti kehidupan kita seharian. Jesteru amatlah mustahak untuk menitik beratkan pengambilan makanan untuk menjaga kesihatan kita seharian.


 


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my