01 December 2015

WRAPPER CHROME PROTON IRIZ PALING KUAJAQ INI SEMAKIN MENJADI VIRAL DI LAMAN SOSIAL

WRAPPER CHROME PROTON IRIZ PALING KUAJAQ INI SEMAKIN MENJADI VIRAL DI LAMAN SOSIAL

Hahahaha... mesti ramai yang pelik kenapa tajuk nya begitu.. mana tidaknya pertama kali saya tengok Proton Iriz dengan Wrapper Chrome yang sangat memikat mata ni....Jangan Cakap Abang Tak Payung....

One Word ! SUPERB... semenjak beberapa hari ini saya melihat netizen semakin memviralkan tentang sebuah Proton Iriz dengan Wrapper Chrome kali ini saya pun nak kongsikan juga informasi yang saya dapat mengenai Proton Iriz antara yang paling unik,rare dan mungkin yang pertama di Malaysia

Menariknya tentang Wrapping ini memberikan inspirasi kepada pengusaha aksesori kereta di seluruh negara untuk mencuba apa jua perkara baru yang boleh dianggap suatu kreativiti untuk menterjemahkan hasil pengeluaran dan rekaan yang tersendiri dan memberikan yang terbaik kepada pelanggan yang sentiasa mengingikan kelaianan dan pembaharuan yang menarik dalam industri ini.

Untuk pengetahuan semua juga,cari punya cari belek punya belek rupa - rupanya  Proton Iriz Wrapper Chrome ini adalah hasil karya dan rekaan SAPOK TEMBO WRAPPING yang baru - baru ini dimuat naik dalam page facebook mereka untuk tujuan promosiNak dengan lebih lanjut mengenai mereka anda boleh layari Page Facebook mereka di SINI

Untuk mereka yang ingin mengetahui secara lanjut mengenai Sapok Tembo Wrapping anda bolehlah melayari page facebook mereka atau hubungi talian yang di bawah.
 
















 Last sekali saya nak kongsikan ini dia tuan punya kereta Proton IRIZ Wrapper Chrome tersebut.... cuba teka yang mana satu ??hehhehe






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my




BINGKISAN DARI PASAR SERIKIN DI BAU,SARAWAK

 

 BINGKISAN DARI PASAR SERIKIN DI BAU,SARAWAK

Berkali - kali mengunjungi pasar Serikin tetap memberikan perasaan yang sama kepada saya.Keunikan barangan yang terjual di sini memberikan satu pengalaman yang bgerbeza - beza setiap kali mengunjungi pasar ini.

Pasar yang dibuka kepada orang ramai setipa hujung minggu ini tidak kan pernah menjemukan anda.Barangan yang kebanyakannya dibawa oleh peniaga dari Kalimantan Indonesia ini memberikan harga yang murah dari biasa kepada pengunjung untuk membeli belah pelbagai jenis barangan yang terdiri dari berbagai - bagai kategori.


Setiap hujung minggu pasar Serikin ini kebiasaannya akan dipenuhi oleh Pengunjung yang datang dari pelbagai tempat termasuk dari Negara Brunei,Semenanjung Malaysia dan Singapore.Malah terdapat juga pengunjung yang dari negara - negara yang lain yang ingin melihat keunikan pasar Serikin ini.

kali ini saya kongsikan beberapa bingkisan untuk pengunjung sempat saya rakamkan sepanjang kunjungan saya pada beberapa minggu yang lalu.

Kepada mereka yang belum pernah sampai ke Serikin anda bolehlah mengunjungi Serikin bagi melihat sendiri antara barangan yang dijual di sini .


























 
  
 
  
 
















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my