PERJALANAN PULANG KE KUCHING : PESERTA-PERSERTA KUCHING INTERNATIONAL BIKE WEEK 2015 DI BETONG DAN SIMANGGANG,SARAWAK
Mula - mula semasa perjalanan pulang ke Kuching dari Kampung Pusa,Betong saya tertanya tanya kenapa hari ini banyak penunggang motor - motor besar sepanjang perjalanan pulang pada hujung minggu ini dan dari mana datangnya.Kemudian barulah saya ingat bahawa pada 3-6 September 2015 berlangsungnya Kuching International Bike Week bagi tahun 2015 yang berlangsung di CityOne Megamall Kuching,Sarawak.
Event yang pengumpulkan ramai bikers - biker yang merupakan acara tahunan antara yang terbesar itu dengarnya berlangsung meriah dengan berjaya mengumpulkan ramai peminat - peminat dan penunggang - penungang motor besar dari ramai negara seperti Indonesia dan Brunei.
Agak sayang sayang saya tidak dapat berkunjung ke events yang besar itu kerana saya terpaksa pulang ke kampung kerana ada yang lebih priority gitu.. hehehe...Maybe Next Time.. Next year ?
Setelah itu saya singgah di Simpang Betong untuk berehat sekejap dan di Simpang Betong terdapat ramai motor - motor besar yang perking kat depan kedai makan di Ulu Layar Betong.Saya sempat bertanya kepada salah seorang penunggang yang berada di situ yang menyatakan event kali ini adalah antara yang tersebesar dengan berjaya mengumpulkan pelbagai jenis motor dari yang berkuasa rendah dan berkuasa tinggi dari pelbagai kategori.Event baru sahaja tamat pada hari ini dan perserta - pesert a yang terlibat mula balik ke bahagian masing - masing secara berkumpulan.
Sempat saya kongsikan gambar gambar menarik motor - motor berkuasa tinggi yang dalam perjalanan pulang dari Event tersebut sebelum saya menyambung perjalanan ke Kuching,Sarawak.
DI REST STOP ULU LAYAR,BETONG,SARAWAK.
DI SIMPANG SIMANGGANG,SRI AMAN ,SARAWAK
Mula - mula ingat nak direct ke Kuching,mata ada sedikit mengantuk semasa memandu.Jadi saya berhenti di Simpang Simanggang,Sri Aman dulu untuk menyegarkan badan dan menghilangkan mengantuk sekejap.
Di Sri Aman saya lihat pun ramai peserta Kuching International Bike Week bagi tahun 2015 yang dalam perjalanan pulang dan memandangkan jerebu yang sedang melanda mereka bergerak pelahan - lahan untuk langkah keselamatan.
Saya kongsikan juga beberapa gambar motosikal - motosikal yang menyertai Kuching International Bike Week bagi tahun 2015.
Saya berharap saya dapat ke event Kuching International Bike Week bagi tahun yang akan datang.Macam BEST lah pula..
KUCHING INTERNATIONAL BIKE WEEK
KUCHING INTERNATIONAL BIKE WEEK 2015
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment