PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : MAJLIS KHATAMAL ALQURAN BERSEMPENA MAJLIS PERKAHWINAN KAK ERITA DAN BANG SUPARNI . Masyarakat Melayu mempunyai banyak adat yang sangat berhubungkait dengan agama Islam.Kebanyakan tempat di Nusantara termasuk negara Indonesia menerapkan nilai agama Islam dalam adat tradisiional yang diwarisi turun temurun dari satu generasi ke satu genarasi.Adat perkahwinan sebagai contohnya di serta dengan majlis Khatamal Al-Quran bagi bakal pengantin yang belum merasmikan Khatamal Al-Qurannya maka diadakan Majlis Khatamal Al-Quran yang kebiasaannya diadakan sehari sebelum majlis perkahwinan.Ini bagi menyempurnakan salah satu rukun iman iaitu " Percaya kepada kitab - kitab" dan juga menghayati penyampaian isi kandungan ayat suci Al-Quran.
Majlis Khatamal Al-Quran juga telah diadakan bersempenan Majlis Perkahwinan Kak Erita dan Abang Suparni yang akan berlangsung pada keesokan harinya.dalam majlis ini disertai oleh empat(4) orang kesemuanya yang berjaya menamatkan Mengaji Al-Quran dengan guru mereka.Pada Majlis Khatamal - Al-Quran ini keempat - empat perserta akan memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran sambil di amati oleh guru mengaji mereka masing - masing untuk mengesahkan Khatam Al-Quran sebanyak 30 juzuk mereka pada hari yang bermakna itu.
BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN DI MAJLIS KHATAMAL AL-QURAN
Majlis Khatamal Al-Quran ini akan disertai oleh Kak Saudara saya ,Eritha Sulaiman yang merupakan bakal pengantin.Hari ini kak Eritha akan memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran dihadapan gurunya....
KEBERANGKATAN PESERTA - PESERTA MAJLIS KHATAMAL AL-QURAN KE LOKASI MAJLIS.
Pagi yang sungguh redup seolah memahami akan majlis mulia yang menuntut keberkatan dan rahmat Allah swt untuk majlis Bacaan ayat - ayat FirmanNya di dalam Ayat suci Al-Quran.Majlis pada pagi itu bermula dengan keberangkatan perserta dari rumah Ayah Teh Sen saya,seramai 3 orang peserta yang turut menyertai Majli Khatamal Al-Quran berangkat dari lokasi itu pada hari itu.
Antara bunga Melur yang akan diarak bersama dalam keberangkatan ke Lokasi majlis pda hari itu.
Untuk memberikan semangat kepada Para peserta,Majlis dimulai dengan dendangan marhaban dam paluan hadrah yang melantunkan doa - doa dan puji syukur serta memohon kelancaran majlis pada hari itu.
PERSEDIAAN SEBELUM KEBERANGKATAN KE LOKASI MAJLIS KHATAMAL AL-QURAN
Desa Pelimpak,Pulau Serasan yang permai damai dengan cuaca yang redup memberikan hari yang cukup tenang untuk majlis Khatamal yang berlangsung pada hari itu.Sebelum berangkat dan memulakan majlis khatamal Al-Quran pada hari itu persediaan di adakan sebaik menerima isyarat utnuk berangkat dari pihak yang menhaturkan susunan upacara majlis pada hari itu.
PESERTA - PESERTA MAJLIS SEBELUM KEBARANGKATAN KE LOKASI.
terlihat bermacam - macam reaksi dan gelagat dari wajah - wajah bakal khatamal Al-Quran pada hari itu dengan perasaan yang bercampur - campur.mungkin gementar dan gemuruh pada Majlis yang berlangsung pada hari itu ? Namun masih menampakkan keceriaan dan senyuman pada pengalaman yang sangat bermakna dan beerti yang hidup mereka.
PEWARIS MASA DEPAN
Adik kecil ini adalah anak saudara saya.Comelkan?.Saya doakan untuk anak - anak saudara saya di Serasan mudahan mereka mewarisi keilmuan Islam yang sangat cemerlang di masa hadapan dan semoga Majlis ini menjadi pembakar semangat mereka untuk mendalami rukun - rukun islam dan iman demi menjadi Muslim yang memedang prinsip Islam yang Sejati.Amin
KEBARANGKATAN KE LOKASI MAJLIS KHATAMAL AL-QURAN
Insyarat keberangkatan telahpun di beri menandakan bermulanya majlis pada hari itu.Rombongan yang terlibat dalam perarakan peserta Majlis di susun rapi pada hari itu.
Sebelum melangkah dan berangkat ke majlis,Doa dan Salawat ke atas junjungan nabi dibacakan oleh Pak Junai yang mengetuai Rombongan ke Lokasi majlis pada hari itu.
Seperti biasa Abang Long Fier kita tetap Steady...... Captain tetap captain....
SEBAHAGIAN DARI ROMBONGAN YANG MENGIRINGI PERARAKAN KE LOKASI MAJLIS KHATAMAL AL-QURAN.
KETIBAAN PERSERTA DI MAJLIS KAHATAL AL-QURAN
Antara Kakak - kakak saudara saya yang hadir memeriahkan majlis.....
Saudara Deki bersama dengan Ayah Ndak Ali yang tentang hensem.
MAJLIS KHATAMAL - AL-QURAN DI MULAI.
Majlis pada hari itu dimulai dengan lantunan marhabann yang dibaca oleh sekumpulan wanita yang melantunkan doa - doa untuk majlis pada hari itu. dan seterusnya dilanjutkan dengan bacaan surah - surah yang terakhir di dalam 30 juzuk al-Quran dihadapan guru - guru mereka menandakan tamat mengaji Al-Quran untuk peserta - peserta.
PESERTA - PESERTA BERSALAMAN DENGAN HADIRIN SELEPAS SELESAI DAN RASMI MAJLIS KHATAMAL AL-QURAN.
<<< SEBELUMNYA
SETERUSNYA >>>
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment