#12 WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET - KEINDAHAN CASTLE PELES @ ISTANA PELES DI PHAROVA,ROMANIA
Castle Peleş ataupun Istana Peles adalah sebuah istana pada era Neo-Renaissance di Pergunungan Carpathian, dekat Sinaia di Prahova , Romania, Istana tersebut di bina pada zaman pertengahan yang merupakan laluan sedia ada yang menghubungkan Transylvania dan Wallachia,Istana yang tersegam indah dengan kesenian struktur dan arkitektur lama dibina antara tahun 1873 dan 1914. perasmian Istana Peles telah diadakan pada tahun 1883.
Istana ini adalah hasil telah dibina oleh Raja Charles I.
Sungguhpun berusia ratusan tahun struktur binaan istana ini masih kukuh dan istana ini menjadi tinggalan sejarah yang menjadi tumpuan pelancong dan pengunjung tempatan untuk melihat keindahan dan kehalusan seni binaan yang dipenuhi dengan ukiran - ukiran halus yang memukau.
Saya tergerak untuk berkongsikan tentang istana ini kerana keunikan dan kehalusan seni bina nya yang amatlah jarang untuk kita lihat lagi pada masa sekarang.Melihat kepada ukiran - ukiran yang terdapat pada struktur bangunan istana ini mengingatkan saya pada sesetengah babak dalam filem hollywood yang mana lokasi dan latar belakangnya menggunakan latar belakang pada zaman perang seperti zaman viking pada pada suatu ketika dahulu.
Saya melihat Istana Peles ini lebih kepada sudut keseniannya yang halus dan sangat cantik.Kesenian yang sebegini haruslah dikekalkan dan dijaga untuk dijadikan tontonan dan rujukan generasi kita yang akan datang.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment