LAWATAN SAMBIL MAKAN KE SUSHI KING , SPRING SHOPPING MALL,KUCHING,SARAWAK .
Ceritanya memang nak pergi makan pun.....memandangkan dah lama tak berkunjung ke Sushi King.Kali ini bersempena dengan cuti pada Hari Malaysia 2015 saya berpeluang untuk mengunjungi Sushi King.Sushi King di The Spring Shopping Mall Kuching Sarawak merupakan lokasi saya pada kali ini.Sudah agak lama tidak mengunjungi Sushi King,kali ini badai mengidam kembali mendebur.
Sushi King menawarkan beberapa sushi dan pelbagai jenis menu - menu dari negara matahari terbit,negara Jepun dan mempunyai banyak cawangan di seluruh negara.Kepada mereka yang sedang dalam merancang menu mereka dengan mempertimbangkan diet makanan yang kurang berlemak dan menyihatkan bolehlah mencuba menu di Sushi King.
Setiap makanan dan menu di Sushi King di kategorikan menggunakan warna piring atau pinggan yang digunakan dengan harga yang berbeza beza.Setiap warna pada pinggan mempunyai harganya yang masing - masing.
Pinggan Biru RM2.00
Pinggan Kelabu RM3.00
Pinggan Pink RM4.00
Pinggan Merah RM5.00
Pinggan Purple RM6.00
Pada waktu - waktu terrtentu Sushi King akan mengadakan extravaganza dengan menawarkan semua pinggan pada harga RM3.00 .
Selain itu terdapat menu lain dalam bentuk set atau ala carte untuk anda pilih.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Sushi King dan produk serta Promosi dan update terbaru dari Sushi King anda boleh melayari http://www.sushi-king.com/ .Segala jenis maklumat mengenai sushi King anda boleh dapat.
Dan ini merupakan beberapa menu yang menjadi pilihan saya untuk kunjungan pada kali ini.... memang macam penagih dadah melepaskan gian.. ngeeeeee...jangan marah ah... lagi pun perut sagak lapar setelah berjalan - jalan sekitar bandar Kuching pada cuti kali ini.
Kalau saya saya lebih suka menikmati sushi dengan teh hijau panas ...... hait !
Menunggu Cik Wasabi lalu jap pada treadmill yang akan memperagakan fesyen show dari pelbagai jenisnya... cuma fesyen shownya boleh dimakan... heheheh/....
Inilah hasilnya....hehehe.
Sebelum saya meninggalkan Sushi King saya nak share satu informasi.. Sushi King The SPring Shopping Mall juga menawarkan potongan harga pada HAPPY HOUR.
Sekali lagi layari http://www.sushi-king.com untuk mengetahui informasi terkini dari Sushi King.
ARIGATO GOZAIMASU.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment