Thursday, September 10, 2015

PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : SELAMAT PAGI PELABUHAN SINTETE , INDONESIA


PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : SELAMAT PAGI PELABUHAN SINTETE , INDONESIA .

ALHAMDULILLAH..
Setelah menghadapi pelayaran selama 12 jam dari pukul 5.30 Petang/ sore dari Pulau Serasan akhirnya jam 5.40 pagi kami sampai ke Pelabuhan Sintete.Pagi yang indah dengan melihat matahari terbit di awal pagi.

Sebelum kapal merapati pelabuhan barang - barang disiap dan dikemaskan dulu bagi mengelakkan barang - barang hilang.Memamndangkan orang pun ramai yang akan turun dan naik.Maka barang - barang harus dikemaskan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingin.

Seawal pagi Kapal Sabuk Nusantara 30 terus menuju ke pelabuhan untuk menurunkan para penumpang - penumpang dan kemungkinan kapal Sabuk akan meneruskan pelayannya ke destinasi yang seterusnya pada hari ini juga.





Wajah - wajah gelap di pagi hari ini sebenarnya penat melalui pelayaran.Namun begitu walaupun penat tetapi perjalanan dan pelayaran pada kali ini sangat memberikan pengalaman yang menyeronokkan serta pengalaman yang banyak memberi pengertian yang sangat berharga terutama nilai mensyukuri kehidupan yang sedang kita lalui.



Akhirnya saya menjejakkan kaki ke Pelabuhan Sintete..keadaan yang awalnya sunyi tadi berubah menjadi sibuk dan ramai orang dengan mereka yangsibuk mengangkat barangan ke kenderaan yang masing - masing menunggu.Tidak Kurang kepada penambang kenderaan yang mencari penumpang untuk menraih rezeki mereka pada hari itu.

Pagi yang keemasan di Timur dengan mentari yang menyinsing berseri memberikan satu hari yang sangat mengujukan,walaupun tubuh agak penat.. tapi jiwa saya belum penat lagi........

SELAMAT PAGI PELABUHAN SINTETE.







SEMPAT SELFIR SEKEJAP BERLATAR BELAKANGKAN MATAHARI NAIK...



SALAM SEJAHTERA KE ATAS BUMI DAN LANGIT SERTA KOTA SINTETE YANG DIRAHMATI DAN DIBERKATI.




Baranganpun dah disiapkan dan dikumpul dan Supir atau pemandu kami pun dah menunggu.....

Perjalanan kami diteruskan pada pagi itu dengan langsung bergerak ke Kota Pontianak , Kalimantan Barat,Indonesia.Perjalanan akan mengambil masa kira - kira 4 jam lebih mengingatkan saya pada perjalanan dari Bandar Kuching ke Kampung Pusa,Betong di Sarawak iaitu kampung halaman saya.

Jom kita gerak.. perut pun dah lapar.. selepas ini nak mencari tempat bersarapan dulu...







SELAMAT PAGI SINTETE

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


No comments: