Thursday, September 10, 2015

PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : CATATAN DI KOTA PONTIANAK SEBELUM PULANG KE KUCHING,SARAWAK


PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : CATATAN DI KOTA PONTIANAK SEBELUM PULANG KE KUCHING,SARAWAK.

Selepas mengharungi perjalanan panjang selama 12 jam di laut dari Pulau Serasan ke Sintete semalaman disambung pula dengan perjalanan yang memakan masa 4 jam lebih dari Sintete ke Kota Pontianak.Akhirnya sampai juga kami ke di Hotel Hosanna Inn di Kota Pontianak,Indonesia....

MELEGAKAN.... bila dapat berbaring dan merehatkan badan serta mandi untuk  menyegarkan badan.

Rancangan kalau diikutkan pada petang ni nak pergi jalan ronda - ronda kota dengan saudara saya di Kota Pontianak memandangkan masa pun semakin singkat sehingga hari kami pulang ke Kuching,Sarawak.Saudara saya adalah kuliah di Universitas TanjungPura.Selepas habis kuliah mereka akan menjemput kami di Hotel...Merempit k... Lebih seronok menaiki motosikal di Pontianak kerana ianya banyak digunakan berbanding kenderaan lain.Apa yang penting ? dapat mengelakkan kesesakan jalan di Kota Besar seperti kota Pontianak.

Sementara menunggu kazen saya sampai.. relaks dulu....

NASI GORENG BAKAR DARI KOTA PONTIANAK.

Saudara saya pun dah sampai.kali ini dia bawakan kepada saya satu lagi makanan unik yang dipanggil nasi Goreng Bakar.memang unik kerana ianya merupakan Nasi Goreng diletakkand alam daun pisang dan dibakar bagi mendapatkan aroma keenakannya.

Rasanya boleh tahan saya bagi markah 8/10 untuk rasa.tak rugi.. Namun begitu memandangkan saya ada makann yang nak rasa sendiri saya rasa sedikit... simpan untuk masa - masa lapar nanti.. heheheh


THREE SIXTY HARI PERTAMA DI KOTA PONTIANAK,KALIMANTAN BARAT,INDONESIA

Baru pagi tadi sampai di Sintete dan kini berada di Kota Pontianak. Apa -apa pun... singgah dulu ke Rumah Makan Melda untuk menikmati masak minang dengan TEH BOTOL SOSTRO.



Rancangan pada petang ini saya dibawa oleh Saudara saya Bong In atau Zulkarnaen Kardi ke suatu lokasi yang agak menarik.Kataya Lokasi ini menyerupai rumah panjang bagi suku kaum dayak dan juga merupakan antara daya tarikan terbaru Pontianak,Kalimantan Barat,Indonesia.




Akhirnya sampai juga....memang tidak dinafikan walaupunbaru namun tempat ini memang best untuk dilawati.Menurut kata saudara saya,tempat ini juga merupakan lokasi berlangsungnya event - event besar dan telah beberapa kali digunakan sebagai venue berlangsungnya events peringkat kebangsaan.


Inilah dia tempat yang saya maksudkan tadi.. namanya Rumah Radank yang merupakan antara tarikan yang terbaru di kota Pontianak ini.Rumahnya besar dan tinggi.Yang sebenarnya rumah radank ini merupakan dewan berlangsungnya acara - acara besar serta events.


Salah satu anak tangga yang terdapat di Rumah Radank namun pengunjung dinasihatkan supaya tidak menggunakan anak tangga ini sekiranya ada perasaan gayat atas faktor keselamatan.Tangga ini juga agak tinggi dan sebagai pilihan yang lebih selamat satu tangga yang lain di sediakan untuk kemudahan para pengunjung naik ker Rumah Radank ini.


 Sebahagian dari Ukiran yang bermotifkan tradisional kaum Dayak yang terdapat di salah satu tiang Rumah Radank.


Sebahagian dari pada sekeliling Rumah Radank yang sempat saya gambar.



Rumah Radank merupakan antara bangunan yang tinggi sehingga anda boleh melihat sekeliling Kota Pontianak dari atas Rumah Radank ini .






Perjalanan hari pertama berakhir dengan menikmati pemandangan senja dari Rumah Radank.Malam ini nak tido awal sikit..merehatkan badan sebelum memulakan threesixty untuk hari esok hari kedua di Kota Pontianak pula...

HARI KEDUA DI KOTA PONTIANAK,KALIMANTAN BARAT,INDONESIA


hari kedua di Kota Pontianak,Kalimantan Indonesia menyaksikan hujan rahmat turun membasahi bumi Kota Metropolitan ini.Saya yang terbangun awal pada pagi itu kelaparan...

layan je Mee Instant..


Selepas hujan turun dan kami pun bersiap siap untuk keluar mencari tempat untuk minum dulu.
Sepanjang berjalan kali ini tidak banyak gambar yang saya dapat ambil..maklumlah sibuk nak shopping... hahahahaah.....


Abaikan muka yang layu dan kusam itu....


JOM MENJAMU SELERA.


Antara lorong - lorong yang dijalani untuk ke Pasar Sudirman di Pontianak.Ada orang tanya kenapa dengan nama sudirman ? ada kaitan dengan Allahyarham Sudirman Hj Arshad ke ? Wallahualam.



MENJELANG MALAM SEBELUM PULANG KE KUCHING,SARAWAK

 Menjelang malam di Kota Piontianak.Saudara saya Nasri Oyee menemani saya dan membawa saya berjalan sekitar kira macam pasar malam yang menjual pelbagai barangan seperti baju dan seluar serta terdapat pelbagai lagi barangan yang lain.Makana juga turut di jual ke sini.






BAKSO RUDAL DI KOTA PONTIANAK,KALIMANTAN BARAT,INDONESIA.

Jika 9 tahun yang dulu saya pernah menikmati bakso ini semasa berada di Pemangkat,namun kali ini saya menemui kembali bakso ini setelah 9 tahun.Apa yang menariknya mengenai bakso ini adalah saiznya yang sebesar bola tennis.Selain itu,keenakan bakso ini yang tidak pernah berubah selam bertahun - tahun.





Besok dah nak balik dah maka berakhirlah perjalanan dan pengembaraan kami di Bumi Indonesia.esok kami akan berangkat menaiki bas Antarabangsa DAMRI yang akan menjemput kami di hotel dan bertolak ke Kuching dari Pontianak dalam kira - kira pukul 8.00 pagi.






TERIMA KASIH INDONESIA UNTUK PERJALANAN YANG SANGAT BERMAKNA

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com







No comments: