Wednesday, September 02, 2015

PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : HARI BERLANGSUNGNYA MAJLIS PERKAHWINAN KAK ERITA DAN SUPARNI PART 1


PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : HARI BERLANGSUNGNYA MAJLIS PERKAHWINAN KAK ERITA DAN SUPARNI PART 1 .

FINALLY..............

hari yang ditunggu - tunggu telah pun tiba ke kemuncaknya.. menyaksikan diasatukan dua insan dan dua keluarga melalui pernikahan dan perkahwinan sepasang kekasih yang terjalin dari persahabatan atas nama ikatan yang suci dan sejati.Setelah mendapat restu dari kedua orang tua dari pihak lelaki dan perempuan akhirnya hari yang dinanti mejadi saksi terjalinnya dan terbina masjid dan mahligai suci antara Kak Erita Binti Sulaiman dan Bang Suparni Bin Abdul Lani di suatu acara yang berlangsung meriah.

Pelbagai acara telah pun diatur dan dirancang oleh ahli - ahli keluarga yang bersama - sama bergotong royong pada hari ini setelah di bincangkan dalam mesyuarat atau rapat ahli jawatan kuasa Majlis perkahwinan pada beberapa hari yang berlalu.Masing - masing dengan kerja dan tugasan masing - masing.

SAYA ? ambik gambar,makan - makan dan penyibuk ditepian.. ngeeeeeee......


Seawal pagi pelbagai persediaan telah pun di buat dan disiapkan di rumah perempuan yang akan menyambut kedatangan rombongan lelaki yang akan membawa serombongan yang menghantar hantaran perkahwinan untuk perempuan.Rumah perempuan adalah lokasi berlangsungnya majlis akad nikah pada hari ini.

Kelengkapan istiadat seperti sirih junjung dan kelengkapan menepung tawar juga dipersiapkan.



Sebahagian perhiasan yang menghiasi dinding kamar pengantin.



Merangkap sebagai "tukang ambik gambar " atau  jurufoto atau photographer... I am Should be the first to take photo with teh Princess of that day.......ensem tak ensem sangatlah...tapi muka nak kena ada ceria dan senyum......

Tema Pengantin hari ini tema Ratu laut Kidur.. ehh.... guruau je lah......



Part ni.. MESTI.. selfie dulu memandang selepas ni saya akan lebih banyak mengambil gambar orang berbanding gambar sendiri k...





Beginilah keadaan bahagian hidangan dan penyediaan di rumah sebelah rumah pengantin iaitu rumah Ayah Ndak Ali ...







Apa - apa pun bagi mereka yang terlibat dalam ahli jawatan kuasa hidangan menjamu selera dan bersarapan untuk mengisi perut kerana hari ini pasti hari yang agak panjang untuk memastikan semua tetamu dapat menjamu hidangan dan memastikans emua hidangan mencukupi.

Semangat rukun bergotong royong untuk menjayakan majlis ini sangat erat dan kuat dalam diri.



Antara anak - anak buah atau keponakan ku yang lucuk dan comel - comel pada hari Majlis perkahwinan.


 YANG TUA DIHORMATI DAN YANG MUDA DIKASIHI

Majlis Perkahwinan ini akan menghimpunkan ahli keluarga dari keluarga yang tertua sampai ke yang mudadari jauh atau pun yang dekat akan bertemu dan berjumpa di majlis perkahwinan ini.




CAPTAIN KITA.. tetap steady....


Mungkin ramai yang tertanya tentang ini... Perigi merupakan sebahagian sumber air bagi penduduk di sini untuk menampung keperluan penduduk di sekelilingnya.... tapi air perigi kat sini bersih... kadang - kadang je kalau ada masanya ianya sedikit keruh....


Paman saya .. Ayah Ndak Ali dan sahabat sebahagian yang menjadi Pegawai Protokol Majlis pada hari itu..


Barisan  - barisan antara mereka yang menjadi orang - orang penting menyambut rombongan pihak pengantik lelaki pada hari itu.. semuanya terdiri dari ayah - ayah saudara saya.. Ayah Long, Ayah - ayah Uda dan bapak - bapak sekalian...








Yang ditengah bebaju Putih dan bermisai rapi itu Ayahanda saya.......lagi hensem dari saya......Ayah saya turut menjadi pegawai protokol pada hari itu...


KEKASIH DUNIA AKHIRAT SAYA.......AYAHANDA DAN IBUNDA SAYA yang juga merupakan pasangan pengantin di setiap hari mereka.....Putih berseri menghiasi pandangan.....
 

Ibu - ibu yang turut menunggu kedatangan rombongan lelaki pada hari itu..


PENGANTIN PEREMPUAN MENGABADIKAN FOTO BERSAMA AYAHANDA DAN IBUNDA SERTA SAUDARA TERDEKAT






PENGANTIN PEREMPUAN SEBELUM MAJLIS AKAD NIKAH.




SEBAHAGIAN PERHIASAN KAMAR PENGANTIN DAN KELENGKAPAN UNTUK PERKAHWINAN








SEMENTARA MENUNGGU KEDATANGAN ROMBONGAN PENGANTIN LELAKI 

Sebelum kedatangan rombongan lelaki dengan hantaran perkahwinan sempat saya mengambil gambar keadaan semasa di Lokasi Majlis.

Berbaju putih itu Ibunda saya yang tercinta dan sebelahnya pula... Ibunda Saudara saya.. Cek Na....


Seorang lagi saudara saya.. Kak Lisa..


Antara wajah -wajah orang kuat yang mengembeling tenaga bagi melancarkan majlis pada haari Perkahwinan.....




KEDATANGAN ROMBONGAN LELAKI BERSAMA DULANG - DULANG HANTARAN PERKAHWINAN

Rombongan pengantin lelaki telahpun sampai dengan dulang - dulang hantaran perkahwinan menandakan akan bermula majlis dan aturcara yang telah diaturkan oleh pihak keluarga pengantin di hari yang sungguh bermakna itu.








Sepertinya.. senyuman yang penuh debaran dan gementar... hehehe





















Sebahagian dari hantaran yang diaturkan pihak lelaki kepada pengantin perempuan.







MAJLIS DISERIKAN DENGAN ADAT ISTIADAT BERBALAS DARI WAKIL KEDUA - KEDUA KELUARGA PENGANTIN.

Rasanya sudah lama saya tidak menyaksikan acara berbalas pantun semasa pihak menyatakan Hantaran kepada pihak perempuan...Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung.. adat lama tetap mempunyai keindahan yang tidak ternilai harganya.



Bersalaman sesama diri menandakan persetujuan menerima hantaran.





BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN SEBELUM UPACARA AKAD NIKAH DILAKUKAN

Hantaran pun sudah diterima dan seterusnya majlis diteruskan dengan akad nikah yang merupakan syarat wajib dalam perkahwinan Islam.

Salah satu adat lama yang masih diamalkan di Pulau Serasan adalah dengan memperdengarkan bacaan ayat - ayat suci Al-Quran yang menyampaikan Firman Allah dan Sabda Rasul yang menjadi ingatan dan pedoman untuk semua terutama kepada kedua Pasangan Pengantin yang melangsungkan pernikahan.

Bacaan dengan taranum yang menggetar Kalbu dibacakan oleh Qariah yang berpengalaman dari Desa Pelimpak.



AYAH PENGANTIN PEREMPUAN MENANYAKAN KEIZINAN UNTUK MEWALKIKAN AKAD NIKAH.

Sebelum berlangsungnya akad nikah adalah satu rukun untuk seorang ayah memohon keizinan anak untuk mewalikan dirinya untuk dinikahkan dengan Pengantin Lelaki.



UPACARA MAJLIS AKAD NIKAH ANTARA AYAH PEREMPUAN DENGAN PENGANTIN LELAKI

Majlis akad nikah pun berlangsung dengan diawalkan oleh Salawat kepada junjungan Nabi muhammad SAW.




ALHAMDULILLAHIRABBILALAMIN

Akhirnya dengan sekali lafaz Pasangan Kak Erita dan Bang Suparni SAH menjadi pasangan suami isteri yang sah.majlis diteruskan dengan membawa ikrar dan lafaz takliq perkahwinan .


Seterusnya watikah perkahwinan ditandatangi oleh kedua pasangan pengantin,Wali iaitu Ayah kepada pengantin perempuan dan saksi - saksi yang melengkapkan rukun perkahwinan pada hari itu.








Setelah selesai, pasangan pengantin akhirnya ditemukan untuk disandingkan diatas pelamin dan bertukar - tukar tanda kahwin atau mas kahwin yang berupa sebentuk cincin dilakukan sebagai tanda perkahwinan pada hari itu yang disaksikan oleh Ahli - ahli keluarga terdekat termasuk ibu - ibu dan ayah - ayah serta bapak - bapak sekalian.







Pengantin Perempuan mencium tangan pengantin lelaki.







Seterusnya kedua pasangan mendengar nasihat dari JuruNikah atau Kadi kedua pasangan yang memberikan pesanan dan nasihat kepada pasangan yang baru diijab kabulkan..





SELESAI SUDAH MAJLIS AKAD NIKAH, TETAMU DIJEMPUT UNTUK MENJAMU HIDANGAN YANG DISAJIKAN KEPADA PARA HADIRIN.

Setelah selesai urusan merasmikan perkahwinan antara Kak Erita dan Bang Suparni majlis dilanjutkan dengan bacaan doa kesyukuran ke Ilahi serta bacaan doa - doa kepada pasangan Pengantin dari Ayahanda Haji Kardi  yang merupakan Imam Besar di Masjid Desa Pelimpak.

Hadirin mula menjamu selera.






ANAK - ANAK DIDIK KAK ERITA HADIR MENDOAKAN GURU MEREKA.

Untuk Makluman,kak Erita atau pengantin perempuan bekerja sebagai guru.

Majlis Perkahwinan pada hari itu turut diserikan dengan kehadiran Anak - anak didik Kak Erita yang turut tidak melepaskan peluang mendoakan majlis dan pernikahan guru mereka.









SELAMAT MENJAMU SELERA PARA HADIRIN







 



SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA

KAK ERITA SULAIMAN DAN BANG SUPARNI BIN ABDUL LANI

SEMOGA KEKAL SAMPAI HARI KIAMAT,AMIN.








AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com















No comments: