PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : HARI BERLANGSUNGNYA MAJLIS PERKAHWINAN KAK ERITA DAN SUPARNI PART 2 .
ALHAMDULILLAHIROBBILALAMIN
Telah pun selesai Majlis penyempurnaan merasmikan pernikahan Kak Erita Dan Bang Suparni yang telah menyempurnakan majlis akad nikah mereka.Kini mereka sah menjadi suami isteri dan bermulalah perjalanan baru sebagai penggerak rumah tangga yang terbina dan terbinanya masjid Allah melalui ikatan pernikahan yang menyatukan dua insan.
MAJLIS BERSALAMAN DENGAN AYAHANDA,IBUNDA BAPAK - BAPAK DAN IBU-IBU TERDEKAT
Majlis diteruskan dengan kedua pasangan bersalaman dengan kedua ibu dan ayah memohon restu dan keberkatan dan doa - doa yang berpanjangan.Seterusnya kedua pasangan pengantin bersalaman dengan ayah - ayah saudara dan ibu - ibu saudara yang merupakan saudara terdekat.
MAJLIS PERSANDINGAN PASANGAN PENGANTIN ERITA BINTI SULAIMAN DAN SUPARNI BIN ABDUL LANI
Setelah selesai bersalaman dengan semua ayah dan ibu saudara, kedua pasangan raja sehari pun di raikan dan disandingkan diatas pelamin yang dihiasi dengan seri dan warna nya yang indah.
UPACARA MENEPUNG TAWAR KEDUA PASANGAN PENGANTIN
Setelah disandingkan kedua pengantin maka tepung tawar pun dimulakan dengan menjemput ahli - ahli keluarga untuk memberkati kedua pasangan pengantin.
SELESAI MAJLIS MENEPUNG TAWAR,DI AKHIRI DENGAN BACAAN DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN
ACARA BERGAMBAR BERSAMA DENGAN PENGANTIN BARU
KELUARGA YANG JAUH DAN DEKAT BERKUMPUL DAN BERTEMU DI MAJLIS PERKAHWINAN KAK ITA DAN BANG SUPARNI
HIBURAN DI MAJLIS PERKAHWINAN KAK ERITA DAN BANG SUPARNI.
Tidak lengkap sesuatu Majlis sekiranya tiada sedikit hiburan yang menceriakan suasana majlis. Majlis perkahwinan ini juga sama di mana telah dijemput pemain peralatan muzik organ untuk memainkan lagu yang akan dinyanyikan secara live kepada hadirin yang datang.
Apa yang menjadi tumpuan semestinya nyayian dangdut yang mendendangkan lagu - lagu yang menghiburkan untuk para tetamu.
Inilah penyanyi yang diundang khas untuk menyayikan lagu - lagu untuk hiburan para tetamu.
ACARA TARI MENARI SEBAGAI PENGHIBUR KEPADA PARA HADIRIN
Percaya tak sekiranya saya mengatakan masyarakat di sini turut meminati lagu - lagu dari Malaysia terutama lagu yang berunsur tradisional.Maka untuk tarian ini mereka mendendangkan lagu - lagu tradisional untuk menceriakan suasana majlis pada hari itu.
<<< SEBELUMNYA
SETERUSNYA >>>
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment